2025 SWAT
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 SWAT by Subject "Al Quran."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tinjauan Peranan Muslim Chaplain Dalam Penjagaan Pesakit: Analisis Menurut Al-Quran(Penerbit USIM, 2025) ;Ahmad Fitri bin Asmad; ;Shah Rizul Izyan binti ZulkiplyMuhammad Akmaluddin Mohd HamdanBidang chaplaincy sering dipersoalkan dalam usaha Islamisasi kerana diketahui berakar daripada tradisi Kristian Barat. Persoalan utama ialah sama ada sistem tersebut menafikan asas yang telah lama wujud dalam Islam, atau sebaliknya Islam sendiri menyediakan landasan yang kukuh dalam penjagaan spiritual pesakit. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejarah perkembangan chaplaincy, meneliti peranan chaplain terhadap pesakit, dan menganalisis peranan tersebut menurut perspektif al-Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan, khususnya ayat al-Quran dan Pandangan Ahli Tafsir yang berkaitan dengan layanan serta sokongan terhadap pesakit. Hasil kajian mendapati menggumpulkan lima tema utama peranan chaplaincy dalalam Quran iaitu membimbing rohani, menenangkan jiwa, mendampingi dalam kesusahan, menghubungkan manusia dengan Allah, serta menjaga maruah dan kesejahteraan hidup. Konsep seperti ʿiyādah al-marīḍ (menziarahi orang sakit) serta pemeliharaan martabat pesakit merupakan teras yang menyokong legitimasi peranan Muslim Chaplain. Kajian ini diharapkan dapat memperkukuh usaha Islamisasi dalam bidang chaplaincy serta menjadi pemangkin kepada pembangunan model penjagaan spiritual berasaskan wahyu di Malaysia, sejajar dengan matlamat kesihatan holistik.14 7