2019 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2019 i-STET by Subject "Al-Bahrul Madid, Ibn A’jibah, Tafsir Sufi Ishari."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tafsir Al-Bahrul Madid Karangan Ibn A’jibah(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019)Mahyuddin HashimSalah satu kitab Turath warisan Islam adalah Tafsir Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah. Kitab ini adalah adalah salah satu kitab tafsir yang menggunakan pendekatan tafsir Sufi Ishari. Ia adalah bentuk tafsiran berdasarkan isyarat yang tersembunyi di sebalik lafaz yang berlawanan dengan tafsir zahir ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimana pun, kitab tafsir ini secara umumnya masih tidak diketahui ramai dan hanya sedikit yang mengkaji dan mengkritiknya. Ia jarang dirujuk sebagaimana kitab-kitab tafsir yang lain yang telah pun masyhur. Jika nilai kitab ini diukur berdasarkan kesaksian para ulama, cendekiawan dan penyelidik maka kita dapati ia sangat kurang diperkatakan oleh mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk memperkenalkan kitab Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah dan metod penulisannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks induktif. Kitab Fahrasaah dan Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah adalah bahan utama yang akan digunakan dalam kajian menggunakan kaedah ini. Antara hasil dapatan kajian ini ialah sorotan sahsiah diri Ibn A’jibah dan pengetahuannya. Kajian ini mendedahkan ketinggian ilmu dan kepintarannya yang melayakkan dirinya untuk menjadi seorang pentafsir al-Quran. Kajian ini juga menerangkan tentang kepelbagaian sumber rujukan, uslub, metodologi dan nilai ilmiah bagi kitab Al-Bahrul Madid.63 5