2019 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2019 i-STET by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 45
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Undi 18: Belia dan Politik Konvensional(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mohd Azmir Mohd NizahSabri Mohamad SharifUsaha ke arah pendemokrasian dan pilihan raya yang matang, adil serta saksama merupakan perkara yang perlu diberi tumpuan bagi memacu kemajuan pembangunan sosial dan politik seseuai dengan perubahan zaman. Di Malaysia, pilihan raya boleh dianggap sebagai kemuncak pendemokrasian. Maka Rang Undang-Undang (RUU) Perkara 119 Pindaan 2019 menjadi manifestasi misi besar proses pendemokrasian dengan menurunkan had umur kelayakan mengundi dan bertanding daripada 21 ke 18 tahun. Namun begitu, persoalan berkaitan maklumat dan data empirikal berkaitan perkara ini masih belum ditemukan. Artikel ini bertujuan melihat literatur-literatur berkaitan pengetahuan belia yang berumur 13 hingga 17 tahun terhadap kontruk-konstruk demokrasi. Ini bagi membolehkan pihak yang berwajib mengambil cakna agar demokrasi dan pilihan raya dapat dimanfaatkan oleh kumpulan yang terkesan ini. Analisa dokumen sekunder melalui kajian kepustakaan dan sorotan literatur bersistematik digunapakai bagi mendapatkan maklumat. Hasil artikel diharap dapat memberi input terhadap program dan dasar pihak berkepentingan dan kerajaan terhadap Undi 18.19 132 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aksiologi Seni: Perlambangan Dan Kefungsian Dari Perspektif Wahyu(Pusat Pengajian Teras, 2019)Noor Hisham Md NawiNilai adalah sesuatu yang kompleks meskipun ia sangat dekat bahkan tidak boleh dipisahkan dari manusia. Seni pula adalah salah satu nilai yang rumit untuk difahami dan dihayati oleh manusia. Penulisan ini berusaha untuk meneroka persoalan hakikat nilai seni, perlambangan dan peranannya untuk memahami kehidupan manusia dengan lebih baik. Menggunakan metodologi inkuiri falsafah dialektik, penulisan ini cuba meneroka makna seni, maksud perlambangan dalam seni dan fungsi serta peranan seni dalam kehidupan. Untuk menjadikan penulisan ini terarah, perspektif wahyu digunakan sebagai panduan dan lensa penalaran. Antara rumusan yang diperolehi ialah aksiologi seni bukan hanya isu estetika semata bahkan melibatkan persoalan etika. Konsep keindahan tidak boleh dipisahkan dengan aspek nilai baik dan buruk. Kesenian yang benar adalah keindahan yang diciptakan untuk dinikmati secara adil, beradab dan harmoni ; bukan merosakkan. Pembawaaan seni yang tepat mengikut fitrah kejadian manusia adalah satu manifestasi ibadah dan terjemahan keindahanNya yang terpancar pada kejadian dan penciptaan alam yang indah ini. Adalah diakui bahawa rumusan yang dibuat masih jauh dari sempurna dan penambahbaikan dan perbincangan lanjut amat dialu-alukan.31 489 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Employees’ Work Life Quality from Islamic Perspective: A Case of Hotel Industry(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019); ;Nor Ailis Abd Wahab; Being in a competitive industry such as hotel industry, customer’ satisfaction should be the priority. Thus it really urges the hotel providers to make sure the services are well provided. Due to that, the hotel employers/managers have to be strict and firm with the discipline and attitude of the employees to ensure they serve the best to the customers. However, the situation of ‘being controlled and monitored’ sometimes may affect the performance and quality of work among the employees as some of their human needs are ignored. Islam teaches Muslims to interact and treat employees in good manner. This study focuses on work life quality among employees in the hotel industry and also views it from an Islamic perspective. 100 employees from three 4-star hotels in Klang Valley were selected in the survey. The results show the highest needs among employees is to fulfill the needs of health and safety. It is followed by the social, knowledge & aesthetic needs, self-actualization & esteem needs; and economic needs. Most of the elements are in line with Islamic teaching.12 56 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Di Darul Quran, JAKIM(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Muhammad Firdaus Zakaria ;Siti Arni BasirOsman Md RasipSistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir organisasi menerusi pematuhan kepada keperluan syariah (shariah compliance) dan penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan kualiti organisasi. Semenjak dilancarkan pada tahun 2005, semakin banyak organisasi sama ada dari sektor awam atau korporat yang telah berjaya mendapatkan pensijilan kualiti MS 1900. Pelbagai manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan MS 1900 ini menjadikannya sebagai satu pendekatan berkesan dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan di sesebuah organisasi. Objektif kajian empirikal ini adalah untuk mengenalpasti faedah-faedah yang dicapai melalui pelaksanaan MS 1900 di institusi pengajian tinggi yang berstatuskan Islam iaitu Darul Quran, JAKIM. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pendekatan kualitatif (kajian kes) dengan mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara triangulasi iaitu menerusi temu bual separa-berstruktur, dokumentasi serta pemerhatian. Seramai lapan orang warga kerja Darul Quran daripada pelbagai jawatan telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Data-data pula telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi membina kod-kod serta tema-tema berkenaan dengan isu yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima faedah yang telah diperolehi Darul Quran JAKIM apabila berjaya melaksanakan MS 1900 iaitu mewujudkan budaya kerja cemerlang, pengamalan nilai-nilai Islam, pengurusan yang sistematik, meningkatkan imej Darul Quran dan meningkatkan kualiti pelajar. Oleh kerana kajian berkaitan MS 1900 masih lagi kurang dijalankan, maka hasil kajian ini secara langsung telah menyumbang kepada pembangunan ilmu berkaitan pelaksanaan MS 1900 di institusi pengajian tinggi Islam. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada para pengurus sama ada di sektor awam mahupun korporat dalam hasrat untuk mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 di organisasi masing-masing.95 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajian Tafsir Al-Quran: Sorotan Aliran Klasik dan Moden(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Ahmad Bazli Bin Ahmad Hilmi ;Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd YusoffSelamat Bin AmirPara Sahabat dan generasi seterusnya mengambil tanggungjawab menerangkan makna al-Quran kepada masyarakat dan mentafsirkannya selepas kewafatan Rasulullah SAW. Perkembangan tafsir al-Quran terus subur dalam lipatan sejarah selama berabad dan generasi hingga perpustakaan tafsir dipenuhi dengan pelbagai jenis tafsir mengikut madrasah dan aliran. Objektif artikel ialah menyoroti aliran klasik dan moden yang terdapat dalam pengajian tafsir menggunakan pendekatan kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati aliran yang wujud dalam pengajian tafsir ialah; lughawi, fiqhi, ‘ilmi, ‘aqdi/kalami, falsafi, adabi ijtima’i dan al-da‘awi al-haraki.1313 12 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembentukan Pemikiran Kreatif dan Kritis: Hubungannya Dalam Menyelesaikan Masalah(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019); ; ; ; ; ; ;Siti Norbaya Mat YacobHisham Muhammad Taky Eldin KandilKreativiti merupakan kebolehan semulajadi untuk menghasilkan idea dan kemungkinan yang baharu dalam menyelesaikan masalah. Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dipraktikkan dan diasah menerusi pelbagai teknik dan kaedah yang tertentu. Usaha yang berkaitan perlu dilakukan supaya dapat melahirkan generasi yang kreatif ke arah amalan pembangunan insan yang berlandarkan kreativiti. Penerapan kemahiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah merupakan pendekatan pengajaran yang penting yang perlu diintegrasikan dalam kurikulum institusi pendidikan tinggi. Pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan mampu menyelesaikan masalah merupakan kunci kepada arus perubahan dan kemajuan individu dalam kehidupan semasa bergelar mahasiswa dan juga setelah tamat pengajian. Kemahiran ini penting bagi memastikan pelajar memiliki pemikiran tahap tinggi yang diperlukan bagi menghadapi persaingan global. Penerapan kemahiran ini merupakan salah satu bentuk pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan bukan sekadar menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, malah juga cemerlang dari sudut akhlak dan emosi.51 1249 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Research on Ziziphus Mauritiana: Bibliometric Studies(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Khairina Binti Idris ;Najla Qaisara Binti Shariman ;Tg Ainul Farha Binti Tg Abdul RahmanZiziphus mauritiana which is from the Rhamnaceae family are reported to possess bioactive compounds, recognized for traditional use and medicinal importance. Ziziphus mauritiana is one of the herbs that contain many benefits for humans. It has been shown from the perspective of ancient medical practice as Phophet Muhammad (SAW) has been using Ziziphus mauritiana in washing his deceased daughter. Trend research on publications of Ziziphus mauritiana were studied. The study focused on content analysis, especially in the field of primary research on Ziziphus mauritiana. Referring to the results of bibliometric analysis on Ziziphus mauritiana, researchers found that the majority of previous research on Ziziphus mauritiana dominated by journal articles is 90.0%. Research on the method of analysis conducted in the previous studies found that most studies on Ziziphus mauritiana is done through scientific analysis (laboratory studies). Studies on aspects of science has been divided into nine areas. Those areas are microbiology, biomedical, biochemistry, metabolimics, environmental science, forensic, pharmacology, botanical science and molecular science. Only one field of study that focuses on the analysis of the Islamic viewpoint is Islamic Science. Thus, the efforts of research on plants and herbs in the Al-Qur'an and Al-Hadith through bibliometrics on Ziziphus mauritiana in the field of Islamic Studies will produce beneficial products for Malaysia as a whole and contribute significantly in the development of science.12 48 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Semester Satu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Melalui Kursus Pengajian Malaysia(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri ;Wahidah Binti Mat SaidSaiful Nizam Bin MukhtarSemangat Patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaun dan agama. Semangat Patriotisme di kalangan rakyat adalah penting untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Semangat Patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum serta menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 telah mewajibkan subjek Pengajian Malaysia di semua politeknik bagi pelajar semester satu. Ini adalah salah satu cara inisiatif kerajaan untuk memberi kesedaran dan kefahaman akan kepentingan sejarah Malaysia bagi generasi muda. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang kepentingan semangat patriotisme. Pengumpulan data dijalankan melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik ke atas 150 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester satu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Sistem Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0. Semua keputusan yang diperolehi di terangkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan pelajar mengetahui tentang semangat patriotisme dan juga bersetuju bahawa subjek Pengajian Malaysia membantu mereka untuk mengetahu dan memahami tentang kepentingan semanagat patriotisme kepada generasi muda.667 24 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemikiran Prof Dato' Dr. Haji Awang Sariyan Terhadap Konsep Al-Falah Dalam Akal Budi MelayuPengertian al-falah dalam surah al-Mukminun menggarapkan ciri-ciri mukmin cemerlang ialah yang memiliki kekhusyukan dalam solat, menjauhkan perkara-perkara yang melalaikan, menunaikan zakat, menjaga maruah serta kehormatan, memelihara solat, menunaikan tanggungjawab dan sebagainya. Ini bermakna al-falah dalam konteks sebenar ialah mukmin yang melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya untuk mendapat keseimbangan al-falah di dunia dan akhirat. Begitu juga konsep al-falah juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap individu Muslim. Apakah pemahaman sebenar konsep al-falah dalam akal budi Melayu?. Oleh yang demikian, kertas kerja ini hanya mengupas tentang konsep al-falah dalam akal budi Melayu dari perspektif golongan kelas menengah Melayu Profesional menerusi pemikiran Prof Dato' Dr. Haji Awang Sariyan, sebagai seorang tokoh bahasa Melayu dan Kesusasteraan. Kertas kerja ini memfokuskan dari aspek definisi al-falah, faktor-faktor yang menyumbang kepada al-falah dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mencapai al-falah. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif menerusi analisis tematik dengan penggunaan instrumen temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa definisi al-falah merangkumi kejayaan seimbang, pengorbanan, secara berjemaah, kepuasan diri dan interaksi antara tokoh-tokoh sarjana. Dua elemen penting dalam menghargai konsep al-falah dalam akal budi Melayu ialah kejayaan perlu dikongsi dan istiqamah serta elemen kepuasasan diri adalah alat untuk mengukur hasil al-falah. Ibu bapa, guru dan cita-cita, pendidikan jiwa dan program keagamaan merupakan faktor-faktor terpenting al-falah. Manakala cabaran-cabaran dalam mencapai al-falah ialah kemiskinan, motivasi guru, keselesaan hidup, bekerjasama dalam pasukan, lari dari sistem Islam dan kembali kepada ajaran Islam. Kesimpulannya, pendekatan al-falah yang diamalkan terhadap akal budi Melayu ini memberikan satu kesan positif yang sangat baik dalam konteks kehidupan dunia dan akhirat, diharap konsep al-falah ini dapat dikembangkan dan diadaptasi dalam bentuk modul dan pelan tindakan pembangunan sahsiah dan peribadi Melayu Islam20 157 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sistem Pendidikan dan Pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di MalaysiaPemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia masih dilihat agak ampuh walaupun dasar bahasa kebangsaan ini telah wujud dan diperjuangkan seawal kemerdekaan dalam usaha menyatupadukan kepelbagaian kaum. Justeru, makalah ini akan menelusuri sejarah perkembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka. Selain itu, cabaran dan masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia turut dibahaskan dalam konteks realiti masa kini. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh diterjemahkan secara berbeza mengikut perbezaan lensa kaum. Dasar bahasa ini perlu seiring pelaksanaan dan pengukuhannya di semua jenis aliran pendidikan di Malaysia agar agenda penting penyatuan kaum dapat tercapai secara alami. Malahan peranan bahasa ini harus dihayati bersama dan bukan dijadikan agenda penghalang kemajuan negara.77 3179 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Islamic Influences In Malay Manuscripts Writing:An Overview of Some Selected Manuscripts(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Norhasnira IbrahimFaisal Ahmad ShahMalay manuscripts that have been produced in Malay Archipelago since 15th century had experienced some improvements due to Hinduism-Buddhism and Islamic transnational religious movements. Main aims of this paperwork are (i) to study a brief history of Malay manuscripts writing and (ii) to identify the contribution of Islam in Malay Manuscript literature. This paper will try to shed Islamic influences on a few works that have been wrote by Malay scholars in old Malay manuscripts. Within the context of this study, qualitative methodology has been applied to reveal a diverse array of topics by gathering data from Malay manuscripts, books, paper works and website. As a result, Islam play a huge role and contribute a lot of changes in Malay manuscript’s writing by introducing a script and persuading intellectual development especially in producing various genres of Malay literature such as religion, hikayat (legends) history, law and Malay traditional medicine.13 838 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pengurusan Wakaf di Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS)(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mohamad Hilmie Bin Mat DaudMohd Zain Bin MubarakWakaf berpotensi besar terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah dan kini dilihat semakin berkembang dan memberi impak yang berkesan. Namun begitu aspek pengurusan wakaf yang berbeza mengikut Majlis Agama Islam Negeri menjadi antara kekangan kepada usaha memperkasakan agenda wakaf secara menyeluruh. Artikel ini memfokuskan kepada aspek pengurusan wakaf melalui penerapan fungsi-fungsi pengurusan, iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan kajian dokumen dijalankan terhadap Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS). Hasil kajian mendapati PWNS telah melaksanakan fungsi kepimpinan dan pengawalan dengan baik, namun masih perlu meningkatkan pelaksanaan fungsi perancangan dan pengorganisasian, khususnya dalam aspek pembentukan pelan strategik, proses pembahagian kerja yang lebih tersusun, langkah penjabatan yang merangkumi pelbagai aspek dan pembentukan struktur organisasi yang lebih baik.15 227 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengaruh Kitab Fiqh Jawi di Alam Melayu: Pengenalan Terhadap Manuskrip Arkān al-Ṣolāt(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Muhammad Farid Wajdi Bin Abdul RahimMohd Anuar MamatKedatangan agama Islam ke tanah Melayu telah berjaya mencorak dan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya terhadap pandangan alam, amalan keagamaan, budaya dan juga bahasa. Kesan daripada proses Islamisasi ini, pemikiran dan daya intelek orang Melayu telah diangkat pada satu tahap yang tinggi dan hal ini terbukti apabila golongan intelektual dan ulama mereka berjaya menghasilkan ratusan penulisan yang merentasi pelbagai disiplin ilmu khasnya bidang agama. Karya keagamaan tersebut telah menjadi sukatan pembelajaran dan rujukan utama bagi masyarakat Melayu untuk mempelajari agama Islam terutamanya hal-hal berkenaan akidah, fiqh dan tasawuf. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mendedahkan pengaruh kitab jawi khasnya yang ditulis dalam bidang fiqh serta memperkenalkan manuskrip fiqh jawi yang berjudul Arkān al-Ṣolāt dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Naskhah asal manuskrip ini diperolehi daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PNM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai hubungan keilmuan yang intim dengan kitab fiqh jawi. Kajian juga mendapati bahawa manuskrip ini berjaya menonjolkan keunikan dan kearifan ilmuan Melayu dalam menghasilkan karya dalam bidang fiqh yang berkeupayaan untuk meningkatkan ilmu serta kualiti amal ibadah bagi masyarakat Melayu.8 218 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi Semasa(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019); ;Siti Azhani Binti ToharGastronomi secara mudahnya difahami sebagai suatu bidang yang membicarakan tentang makanan dan pemakanan dalam kehidupan manusia. Tafsiran umum para pengkaji merumuskan gastronomi sebagai “food Knowledge”. Oleh kerana tanggapan umumnya adalah pengetahuan tentang makanan, maka gastronomi sering dikaitkan dengan bidang kulinari atau masakan. Perspektif sejarah merumuskan gastronomi sebagai suatu fenomena sosial yang mendapat perhatian para pemikir, pengamal kulinari dan juga masyarakat umum bermula pada awal abad ke 19. Perspektif akademik mengembangkan pemahaman gastronomi sebagai cabang ilmu yang boleh diteroka melalui penyiasatan secara saintifik. Banyak lagi pandangan dan justifikasi yang berbeza tentang bidang ini. Jean Anthelme Brillat-Savarin (1755-1826) memulakan usaha formal terhadap bidang gastronomi yang kemudian telah membuka jalan untuk kajian seterusnya. Pendekatan pelbagai disiplin ilmu dalam kajian gastronomi yang diperkenalkan oleh beliau telah menyebabkan bidang tersebut semakin mendapat perhatian. Kepentingan bidang tersebut mula dilihat dalam bentuk yang lebih dinamik serta tidak terhad kepada kajian kulinari semata-mata. Kajian kontemporari bidang ini lebih cenderung meneroka ilmu gastronomi dalam perspektif saintifik. Penulisan ringkas ini cuba membawa sorotan perkembangan bidang kajian gastronomi berdasarkan perbincangan dan wacana akademik yang lepas serta berdasarkan perkembangan semasa.17 243 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kelebihan Al-'Aqd di Kalangan Usahawan Francais Berlainan Agama(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mohd Huefiros Efizi Bin Husain ;Noor Naemah Binti Abdul RahmanNor Fahimah Binti Mohd RazifPembentukan al-'aqd dalam perniagaan ditunjangi kehendak syara' bagi memastikan kebajikan setiap pihak berakad dijamin dan sesuatu matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan sempurna. Al-'aqd yang mewakili kepada pelaksanaan kontrak, menuntut kepada pematuhan di atas persepakatan sepanjang tempoh ia berlangsung. Keperluan al-'aqd ditonjolkan melalui ciri-ciri dan syarat tertentu mengikut disiplin muamalat Islam merangkumi pelbagai sudut bermula daripada sighah, pelaksana akad, perkara diakadkan dan kesan terhadap hukum. Kelebihan mematuhi prinsip ini bukan hanya dibuka kepada usahawan di kalangan muslim sahaja, bahkan secara menyeluruh merentasi agama, adat dan budaya. Manakala perniagaan francais pula, merupakan perniagaan yang dijalankan bersandarkan kepada kontrak sepenuhnya terutama kepada hubungan di antara pemberi dan penerima francais. Pelbagai isu melibatkan kontrak francais berlaku di kalangan pengusaha perniagaan tersebut di Malaysia merangkumi bermacam jenis produk dipasarkan. Melihatkan kepada isu yang berbangkit, maka kajian ini menemukan kelebihan prinsip al-'aqd kepada usahawan francais yang terdiri daripada agama berbeza. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai objektif kajian dengan melibatkan kaedah kepustakaan dari pelbagai rujukan dan sesi temu bual bersama mereka yang berkenaan dengan perniagaan francais. Hasil kajian mendapati al-'aqd menawarkan kelebihan yang mampu memberi kemanfaatan kepada pihak berkontrak dalam francais sama ada di kalangan muslim atau sebagainya mencakupi pemilihan pihak berkontrak, penjelasan bentuk penawaran dan penerimaan serta kesan yang akan diterima untuk jangka masa panjang. Kajian ini mencadangkan agar al-'aqd dapat diperkenalkan dengan berkesan dan kesedaran ke atas pelaksanaan prinsip ini dipertingkatkan kepada lebih ramai pengusaha francais bagi memastikan pihak berkontrak mengenalpasti hak dan batasan dalam sesebuah kontrak dengan sewajarnya berpandukan kepada ajaran Islam sebenar128 11 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Teori Had dalam Membuktikan Ganjaran-Ganjaran Tanpa Had dalam Melakukan Perkara-Perkara Baik(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019)Nazrul Azlan Abdul SamatIslam telah menggalakkan kepada pengikut-pengikutnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik secara konsisten kerana Allah S.W.T telah berjanji untuk memberi ganjaran-ganjaran tanpa hitung di dalam banyak ayat al-Quran seperti di dalam Surah Az-Zumar (39:10) dan At-Tiin (95:6). Kertas ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana teori had boleh membuktikan ganjaran-ganjaran tanpa had boleh diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Oleh kerana arah panduan kita di dalam dunia ini berdasarkan jalan yang lurus seperti yang dinyatakan di dalam Surah Al-Faatihah (1:6), maka kami menggunakan fungsi linear, iaitu f(x) = mx+ C, di mana m merujuk kepada kecerunan positif dan C adalah pemalar yang positif. Kami mengandaikan f(x) merupakan jumlah ganjaran-ganjaran dan x merupakan jumlah perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh seorang Muslim. Apabila x menghampiri nilai infiniti ( 𝑥→∞), maka kami akan menggunakan teori had pada infiniti untuk menghasilkan keputusan seperti berikut ℎ𝑎𝑑𝑥→∞𝑓(𝑥)=∞. Kami menyimpulkan bahawa teori had pada infiniti membantu kita untuk membuktikan bahawa ganjaran-ganjaran tanpa had akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada umat-umatnya yang menunjukkan perilaku moral yang baik secara berterusan di dalam kehidupan mereka.13 73 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Siti Fatimah Radzi ;Nornajihah Md Nor ;Nur Fatanah Mohd NorHarun BaharudinTinjauan literatur ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab, mengenal pasti hubungan sikap dan motivasi pelajar dalam pembelajaran dan pencapaian bahasa Arab dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab. Kaedah kualitatif deskriptif digunakan bagi meninjau hasil dapatan daripada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan. Dapatan kajian telah dianalisis bagi melihat perbandingan antara kajian. Motivasi intrinsik dan ekstrinsik menjadi domain utama dalam mengumpulkan data-data daripada responden. Dapatan kajian menunjukkan motivasi intrinsik seperti sikap dan kesedaran diri serta motivasi ekstrinsik seperti galakan daripada ibu bapa juga guru dan pengajaran guru mempengaruhi pembelajaran bahasa Arab pelajar. Motivasi ekstrinsik didapati motivasi yang paling baik dalam pembelajaran bahasa Arab. Pelajar yang bersikap positif terhadap pembelajaran bahasa Arab mempunyai motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa tersebut. Motivasi dan sikap juga mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian akademik. Faktor yang paling mempengaruhi motivasi pelajar adalah sikap pelajar yang menganggap mata pelajaran bahasa Arab adalah penting. Pengajaran guru yang baik juga didapati meningkatkan motivasi pelajar. Maka, tinjauan literatur ini penting bagi mengenalpasti lompang dan permasalahan yang masih wujud dalam kemerosotan tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab.783 13 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Empat Sifat Mulia yang Utama dalam Kepemimpinan Berasaskan Qalb:Pelajaran daripada Iḥyā’ cUlūm al-Dīn oleh Imam Al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M)(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019); ; ; Persoalan kepemimpinan di menara gading bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Kepemimpinan universiti yang baik dapat merencanakan perjalanan program pendidikan tinggi yang berdaya saing dan penghasilan siswa-siswi yang dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan negara. Pelbagai perbincangan ilmiah telah dizahirkan untuk menekankan peri pentingnya kaedah mengurus dan mentadbir sesebuah universiti dengan kaedah kepemimpinan yang mapan dan tepat. Ini bagi memastikan hala tuju universiti sentiasa selaras dengan aspirasi dan kehendak para pemegang taruhnya. Program kepemimpinan berasaskan qalb merupakan salah satu program latihan kepemimpinan akademik yang telah dikendalikan oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) sejak tahun 2016 sehinggalah ke hari ini. Dalam program latihan kepemimpinan akademik ini, modul yang digunakan mengetengahkan konsep empat sifat mulia yang utama (four cardinal virtues) iaitu: hikmah, adil, berani dan kawalan diri, yang merupakan antara kebijaksanaan klasik mengenai pembentukan sifat-sifat peribadi yang mulia. Makalah ini akan menjelaskan pandangan dan huraian daripada al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M) mengenai perkara ini melalui metode analisis teks ke atas Iḥyā’ cUlūm al-Dīn (1982) menerusi Kitāb Riyāḍah al-Nafs wa Tahdhīb al-Akhlāq wa Mucālajāt Amrāḍ al-Qalb. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam makalah ini untuk mengenal pasti perbincangan-perbincangan utama berkenaan empat sifat yang mulia ini dan bagaimana penghayatan kepada perkara ini berupaya melahirkan pemimpin yang berkaliber dan mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang cemerlang. Konsep dan amalan latihan jiwa (Riyāḍah al-Nafs) yang dianjurkan oleh al-Ghazali amat sesuai diaplikasikan dalam latihan kepemimpinan akademik universiti kerana menekankan pembentukan individu yang baik sebagai asas utama kepada pembentukan masyarakat yang bestari, berintegriti dan berbudaya tinggi.26 163 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Prinsip Istiṣnāʿ Dalam Kitab Fiqh Turath Dan Pengapliksian Semasa: Analisis Perbandingan Dengan Tumpuan Terhadap Kitab Kanz Al-RᾹghibīn Karangan JalᾹl Al-Dīn Al-Maḥallī(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mohd Faisal Bin Mohamed ;Siti Zaleha Binti Ibrahim; Istiṣnāʿ merupakan salah satu prinsip muamalah yang telah dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan sumber-sumber hukum yang diiktiraf dalam Islam. Sebahagian instrumen-instrumen kewangan Islam dewasa kini adalah hasil pengaplikasian prinsip Istiṣnāʿ. Ulama-ulama silam seperti Jalāl al-Dīn al-Maḥallī tidak memperkatakan secara khusus mengenai pengaplikasian semasa prinsip-prinsip tersebut kerana ia adalah sesuatu yang baru dan tidak wujud pada zaman silam. Tetapi, secara asasnya, prinsip yang diaplikasikan telah pun dikemukakan oleh Jalāl al-Dīn al-Maḥallī dalam karya beliau khususnya kitab Kanz al-Rāghibīn. Namun begitu, terdapat perubahan antara prinsip muamalah yang diaplikasikan dalam instrumen-instrumen kewangan Islam dengan prinsip muamalah yang telah dikemukakan oleh ulama-ulama tradisi seperti Jalāl al-Dīn al-Maḥallī walaupun mempunyai kerangka asas yang sama. Perubahan tersebut adalah disebabkan penambahan beberapa elemen yang baru dan pengubahsuaian struktur prinsip tersebut. Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan antara prinsip Istiṣnāʿ yang telah dikemukakan oleh ulama-ulama silam dengan tumpuan terhadap kitab Kanz al-Rāghibīn karangan Jalāl al-Dīn al-Maḥallī dan prinsip-prinsip muamalah dalam pengaplikasian semasa. Metodologi utama yang akan digunakan dalam kajian ini ialah ‘Content Analysis’.17 81 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Definisi, Konsep dan Teori Toleransi BeragamaTujuan artikel ini adalah untuk menghuraikan definisi, konsep dan teori toleransi beragama. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan. Toleransi adalah sikap atau tingkahlaku individu dari segi dalaman atau luaran. Toleransi dari segi dalaman seperti persepsi, prejudis dan stereotaip tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ia boleh berubah dan ditunjukkan melalui tingkah laku. Toleransi beragama pula boleh diertikan sebagai sikap atau tingkahlaku yang bersedia untuk menghormati dan membenarkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang halangan selagi mana tidak menyentuh sensitiviti agama lain dan tidak melanggar batas syariat yang ditetapkan agama. Dari segi teori pula, artikel ini mengupas teori toleransi beragama menunrut sarjana Islam dan Barat.28 121
- «
- 1 (current)
- 2
- 3
- »