2019 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2019 i-STET by Title
Now showing 1 - 20 of 45
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aksiologi Seni: Perlambangan Dan Kefungsian Dari Perspektif Wahyu(Pusat Pengajian Teras, 2019)Noor Hisham Md NawiNilai adalah sesuatu yang kompleks meskipun ia sangat dekat bahkan tidak boleh dipisahkan dari manusia. Seni pula adalah salah satu nilai yang rumit untuk difahami dan dihayati oleh manusia. Penulisan ini berusaha untuk meneroka persoalan hakikat nilai seni, perlambangan dan peranannya untuk memahami kehidupan manusia dengan lebih baik. Menggunakan metodologi inkuiri falsafah dialektik, penulisan ini cuba meneroka makna seni, maksud perlambangan dalam seni dan fungsi serta peranan seni dalam kehidupan. Untuk menjadikan penulisan ini terarah, perspektif wahyu digunakan sebagai panduan dan lensa penalaran. Antara rumusan yang diperolehi ialah aksiologi seni bukan hanya isu estetika semata bahkan melibatkan persoalan etika. Konsep keindahan tidak boleh dipisahkan dengan aspek nilai baik dan buruk. Kesenian yang benar adalah keindahan yang diciptakan untuk dinikmati secara adil, beradab dan harmoni ; bukan merosakkan. Pembawaaan seni yang tepat mengikut fitrah kejadian manusia adalah satu manifestasi ibadah dan terjemahan keindahanNya yang terpancar pada kejadian dan penciptaan alam yang indah ini. Adalah diakui bahawa rumusan yang dibuat masih jauh dari sempurna dan penambahbaikan dan perbincangan lanjut amat dialu-alukan.4 109 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pengurusan Wakaf di Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS)(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mohamad Hilmie Bin Mat DaudMohd Zain Bin MubarakWakaf berpotensi besar terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah dan kini dilihat semakin berkembang dan memberi impak yang berkesan. Namun begitu aspek pengurusan wakaf yang berbeza mengikut Majlis Agama Islam Negeri menjadi antara kekangan kepada usaha memperkasakan agenda wakaf secara menyeluruh. Artikel ini memfokuskan kepada aspek pengurusan wakaf melalui penerapan fungsi-fungsi pengurusan, iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan kajian dokumen dijalankan terhadap Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS). Hasil kajian mendapati PWNS telah melaksanakan fungsi kepimpinan dan pengawalan dengan baik, namun masih perlu meningkatkan pelaksanaan fungsi perancangan dan pengorganisasian, khususnya dalam aspek pembentukan pelan strategik, proses pembahagian kerja yang lebih tersusun, langkah penjabatan yang merangkumi pelbagai aspek dan pembentukan struktur organisasi yang lebih baik.1 77 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Teori Had dalam Membuktikan Ganjaran-Ganjaran Tanpa Had dalam Melakukan Perkara-Perkara Baik(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019)Nazrul Azlan Abdul SamatIslam telah menggalakkan kepada pengikut-pengikutnya untuk melakukan perkara-perkara yang baik secara konsisten kerana Allah S.W.T telah berjanji untuk memberi ganjaran-ganjaran tanpa hitung di dalam banyak ayat al-Quran seperti di dalam Surah Az-Zumar (39:10) dan At-Tiin (95:6). Kertas ini bertujuan untuk menunjukkan bagaimana teori had boleh membuktikan ganjaran-ganjaran tanpa had boleh diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Oleh kerana arah panduan kita di dalam dunia ini berdasarkan jalan yang lurus seperti yang dinyatakan di dalam Surah Al-Faatihah (1:6), maka kami menggunakan fungsi linear, iaitu f(x) = mx+ C, di mana m merujuk kepada kecerunan positif dan C adalah pemalar yang positif. Kami mengandaikan f(x) merupakan jumlah ganjaran-ganjaran dan x merupakan jumlah perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh seorang Muslim. Apabila x menghampiri nilai infiniti ( 𝑥→∞), maka kami akan menggunakan teori had pada infiniti untuk menghasilkan keputusan seperti berikut ℎ𝑎𝑑𝑥→∞𝑓(𝑥)=∞. Kami menyimpulkan bahawa teori had pada infiniti membantu kita untuk membuktikan bahawa ganjaran-ganjaran tanpa had akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada umat-umatnya yang menunjukkan perilaku moral yang baik secara berterusan di dalam kehidupan mereka.3 42 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bibliometrics Analysis of Research Publications Related to Goat’s Milk: Towards Research in Islamic Studies(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Hirzi Irsyad Hipni ;Tg Ainul Farha Tg Abdul RahmanGoat’s milk in its natural form has high food value. It benefit humans by providing nutrients like calcium, proteins, fats, carbohydrates, vitamins and minerals. Trend research on publications of goat’s milk were studied. The objectives of this study are to analyze trends related to goat’s milk in existing research publications and to show the most suitable scope of research for future research purposes. This study uses bibliometrics analysis to examine the results of past publications on goat’s milk related research. According to research articles, researchers found that majority of the previous research on goat’s milk dominated article journals by 94%. Most of the topics studied in the research related to goat’s milk basically revolves around the biotechnology field. Research on the method of analysis conducted in the previous studies found that most studies on goat’s milk is scientific analysis. In the science area, the studies are divided into seven areas. The areas are biotechnology, agriculture, nutrition, biochemistry, systems biology, microbiology and biomedical. In Islamic areas, the field of study that focuses on the analysis of Islamic view is Islamic studies. It is found that research publications in goat’s milk is more active in scientific analysis compared to Islamic analysis. Therefore, the efforts of studies or research in both scientific and Islamic analysis needed to be balanced. Analysis of goat’s milk within the Islamic context needs to be more productive to the development of Islamic studies. Advanced new studies of goat’s milk are expected to produce benefit to Muslims and society as a whole.4 51 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bibliometrics Analysis of Research Publications Related to Sus scrofa domesticus(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Muhammad Najmi Mohammad Fauzi ;Abdul Syakur Aqil Bin Mat ;Anuar Irfan Ezani Bin Shuhaimi ;Nur Fazidah Binti Asmuje@Asmuzi; Tg Ainul Farha Tg Abdul RahmanHalal and toyyib are popular terms used among Muslims around the world. Food is one of the topics that have always been discuo as halal and toyyib. For Muslim, ssed among the scholars referred tSus scrofa domesticus or pig is known as one of the animals which is haram in Islam. The objectives of this study are to analyse trends related to Sus scrofa domesticus in existing research publications and to show the most suitable scope of research for future research purposes. This study uses bibliometrics analysis to examine the results of past publications on Sus scrofa domesticus related research. According to research articles, researchers found that majority of the previous research on Sus scrofa domesticus articles dominated journals by 97%. Most of the topics studied in the research related to Sus scrofa domesticus basically revolves around Islamic studies while research on the method of analysis conducted in the previous studies found that most studies on Sus scrofa domesticus is on scientific analysis. In the science area, the studies are divided into 10 areas. The areas of scientific discussion of Sus scrofa domesticus are biotechnology, biomedical, biochemistry, microbiology, system biology, agriculture, food science, nanotechnology, pharmacology and food engineering. In Islamic areas, the field of study that focuses on the analysis of the Islamic perspective is Islamic studies. It is found that research publications in Sus scrofa domesticus are more active in scientific analysis, compared to Islamic analysis. Therefore, the efforts of researchers in both scientific and Islamic analysis need to be balanced. Analysis of pigs in the Islamic perspective needs to be more productive to the development of Islamic studies. Advanced new study of Sus scrofa domesticus is expected to produce benefits to Muslims and society as a whole.4 47 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ciri-ciri Wahhabi Menurut Pandangan Muḥammad Abū Zahrah dalam Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Rushda Amirah Binti IshakWan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan RazaliMakalah ini membincangkan mengenai Wahhabiyyah berdasarkan pandangan Muḥammad Abū Zahrah dalam bukunya, Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah Fī al-Siyāsah Wa al-ʿAqāi’d Wa Tāríkh al-Madhāhib Al-Fiqhiyyah. Muḥammad Abū Zahrah merupakan seorang ulama muktabar di Mesir yang memiliki kepakaran dalam bidang perundangan. Karya beliau yang menjadi rujukan utama makalah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu politik, akidah dan fiqh. Beliau juga mengkhususkan satu topik membincangkan mengenai kemunculan gerakan baharu iaitu Wahhabiyyah, Bahāʿiyyah dan Qādiyaniyyah. Makalah ini memfokuskan analisis pandangan Muḥammad Abū Zahrah terhadap Wahhabiyyah bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai kumpulan ini. Beliau menggariskan lapan ciri perilaku Wahhabi yang mana kesemua ciri ini saling berkait antara satu sama lain. Analisis ini turut mengemukakan pandangan Hersi Mohamad Hilole dalam bukunya yang bertajuk al-Salafiyyah al-Wahhābiyyah Bayna Muʿayyidiihā Wa Muntaqidīhā dan Naṣir ʿAbd al-Karim al-ʿAql melalui penulisannya, Islāmiyyah Lā Wahhābiyyah. Makalah ini juga menghuraikan hujah sokongan dan penolakan berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan oleh Muḥammad Abū Zahrah. Oleh itu, makalah ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian teks, yang secara khususnya tertumpu kepada kaedah analisis kandungan kepada skop Wahhabiyyah menurut pandangan Muḥammad Abū Zahrah. Hasil daripada kajian ini, terdapat tiga tema utama dapat dibentuk mengenai ciri-ciri Wahhabi seperti yang telah dibincangkan oleh Muḥammad Abū Zahrah. Ciri-ciri ini adalah pertama, tauhid dan ibadah. Kedua, sikap Wahhabi mengenai bidaah. Dan ketiga, sikap radikal golongan Wahhabiyyah dalam perkara agama sehingga mengkafirkan dan membunuh.9 226 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Definisi Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia Dan Kesannya Terhadap Kefahaman Dan Amalan Ajaran Islam Di MalaysiaArtikel ini meneliti definisi Melayu sebagai Muslim sebagaimana diperuntukkan di dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang telah mewujudkan salingkaitan yang rapat antara Melayu dan Islam di Malaysia. Dalam kata lain, dari perspektif Perlembagaan, seseorang tidak lagi dianggap Melayu sekiranya beliau sudah keluar dari agama Islam. Hubungan erat Melayu-Islam ini justeru sangat baik dalam mempertahankan akidah Islam orang Melayu, namun ia turut berpotensi mencipta kekeliruan dengan menimbulkan tanggapan Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam sehingga apa saja berkaitan Melayu akan dikaitkan juga dengan Islam. Artikel ini percaya adalah salah untuk mengaitkan apa saja berkaitan Melayu dengan Islam kerana ia bukan skop definisi yang dimaksudkan di dalam Perkara 160(2). Artikel ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan berkaitan Melayu-Islam ini dengan memberi penekanan kepada pemahaman konsep Islam yang lebih holistik dan universal. Melalui kajian ke atas sejarah hubungkaitan Melayu-Islam, peruntukan Perlembagaan serta kesannya terhadap kefahaman dan amalan ajaran Islam di Malaysia, artikel ini merumuskan bahawa Islam telah banyak memberi kesan kepada sosio budaya orang Melayu secara amnya namun masih terdapat adat dan amalan Melayu yang tidak mencerminkan ajaran Islam. Justeru, adalah penting untuk difahami bahawa Islam, meskipun sinonim dengan bangsa tertentu, adalah agama yang berdiri atas prinsipnya dan tidak tertakluk kepada bangsa atau adat tertentu. Memahami Islam melalui sumber-sumber asasnya seperti Al-Quran dan Hadis adalah solusi yang utama dalam mengatasi kekeliruan berkaitan hubungkaitan Melayu-Islam ini. Tuntasnya, menjadi Muslim tidak semestinya bermaksud menjadi Melayu walaupun secara definisinya Melayu adalah Muslim.11 106 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Definisi, Konsep dan Teori Toleransi BeragamaTujuan artikel ini adalah untuk menghuraikan definisi, konsep dan teori toleransi beragama. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan. Toleransi adalah sikap atau tingkahlaku individu dari segi dalaman atau luaran. Toleransi dari segi dalaman seperti persepsi, prejudis dan stereotaip tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ia boleh berubah dan ditunjukkan melalui tingkah laku. Toleransi beragama pula boleh diertikan sebagai sikap atau tingkahlaku yang bersedia untuk menghormati dan membenarkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang halangan selagi mana tidak menyentuh sensitiviti agama lain dan tidak melanggar batas syariat yang ditetapkan agama. Dari segi teori pula, artikel ini mengupas teori toleransi beragama menunrut sarjana Islam dan Barat.5 21 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Demokrasi Pilihanraya dan Cakna Perlembagaan: Tajuk Yang Sama, Topik Yang Berbeza(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarMalaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan mengangkat sistem raja berpelembagaan sebagai tunjang kepada sistem pemerintahan negara ini. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sistem pilihanraya merupakan satu wadah bagi rakyat untuk bersama-sama berpatisipasi dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Walaupun terdapat pelbagai medium lain yang boleh digunapakai bagi menunjukkan penyertaan rakyat dalam sistem pemerintahan negara, namun pilihanraya merupakan wadah yang paling kerap dan sering digunapakai oleh rakyat Malaysia. Selain pilihanraya, ketertinggian perlembagaan adalah juga merupakan antara elemen terpenting dalam memacu hala tuju bagi sesebuah negara termasuk Malaysia. Makalah ini akan membincangkan kepentingan pilihanraya dan kecaknaan terhadap perlembagaan merupakan asas-asas yang sangat penting bagi setiap rakyat untuk menghayatinya. Malah kepetingan kedua-dua elemen ini merupakan tunjang utama dalam memastikan hala tuju Malaysia pada masa hadapan berada dalam landasan yang benar. Ini adalah kerana, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 yang lalu, boleh dilihat kedua-dua elemen ini seringkali dijadikan subjek dan sebagai bahan eksperimentasi bagi parti-parti politik untuk menarik dan mengkritik parti berbeza, dan sekaligus ia menggugat kestabilan masyarakat amnya. Jika trend ini berterusan ia boleh menjurus kepada barah yang berbahaya dan boleh menjejaskan kestabilan Malaysia sebagai sebuah negara yang pelbagai6 69 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Design Consideration for Inter-Religious Dialogue in Malaysia: The Incorporation of Contact Theory(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019)Arfah Ab. MajidInter-religious dialogue has been implemented in Malaysia by various organizations, be it Muslim’s or Non-Muslim’s organizations as early as 1950s. Often being carried out in the format of intellectual discourse and forum, its accessibility to the non-academician, non-scholars and non-elite is uncertain. If the inter-religious dialogue programs could not reach the grassroots, its effectiveness in addressing inter-religious issues that affected the grassroots is also doubtful. International dialogue practitioners has begun to include number of theories in their dialogue designs to reach out broader range of community. One of the theories is Contact Theory proposed by Gordon Allport (1959) aims at addressing in-group/out-group bias. Therefore, this study attempts to examine the application of Contact Theory in two models of inter-religious dialogue in Malaysia (i.e. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) and Inter-faith Spiritual Fellowship (INSaF)). Case study research design was employed in order to identify the design of interreligious dialogue and the presence of Contact Theory within the two models. Data obtained through interviews and document analysis were than analysed using within-case and cross-case analysis (Miles & Huberman, 1994). The finding suggest that IKIM’s and INSaF’s inter-religious dialogue models did not include any special session that allowed a real dialogue or cooperative interaction (one of important elements in Contact Theory) to take place among the participants. Without cooperative interaction among the participants, it would be difficult for these two models to reap the benefit of Contact Theory. Future research should focus on developing inter-religious dialogue design that is more appropriate for the grassroots with the inclusion of Contact Theory.2 25 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Eka Aneka Vis-A-Vis Ṭawḥīd Al-Asmā’ Al-Ḥusna: An Analysis Of Uthaya Sankar’s View In His Malaiur Manikam(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mastura Haji Abd WahabWan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliIn the religion studies, al-Asmā’ al-Ḥusnā refers to the beautiful names of God, which such phrase is never ascribed to His creations, but only unto Him alone, as prescribed in the notion of tawhīd. In Hinduism, the theological concept is addressed as eka aneka. Eka means one, while aneka means not one or many. Therefore, eka aneka means God in Hinduism is one but also aneka, which has many manifestations, incarnations, and different from the concept of tawḥīd in Islam. In 2015, Uthaya Sankar, a famous Hindu writer, claims that the Hindu concept of eka aneka is similar with the concept of al-Asmā’ al-Ḥusnā in Islam in his Malay language book titled Malaiur Manikam. Therefore, this research aims to investigate the intellectual background of Uthaya Sankar and his book Malaiur Manikam. Then this research intends to describe the concept of eka aneka as prescribed by Uthaya Sankar in his Malaiur Manikam and also to investigate Uthaya Sankar’s view of equalizing the concept of eka aneka with the concept of al-Asmā’ al-Husnā in Islam. This research applies the qualitative approach, namely content analysis method on the Malaiur Manikam text. This research found that the Hindu concept of eka aneka cannot be equalised with the concept of al-Asmā’ al-Ḥusnā in Islam. This is due to the fact that although Allah has 99 names, but Allah is one (tawḥīd) in His essence (dhāt), actions (afcāl) and names (asmā’), as well as does not incarnate into any forms or manifestations. On the contrary, even though the Hindu God is one, but it incarnates into various forms and manifestations. As a result, this finding can enlighten the Muslims and the non-Muslims on the concept of tawḥīd al-Asmā’ al-Husnā vis-a-vis eka aneka, and also evaluate Uthaya Sankar’s notion of equalising the Hindu concept of eka aneka with the concept al-Asmā’ al-Husnā in Islam.3 64 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elemen Keseimbangan Dalam Tumbuhan Menurut Al-Quran: Satu Tinjauan Awal(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Siti Nurwanis Mohamed ;Monika@Munirah Abd RazzakNajihah Mohd Hashim3Pelbagai kes pencemaran alam sekitar direkodkan di serata dunia terutamanya di negara-negara maju. Rentetan daripada itu, ia mendatangkan kesan buruk dan menjejaskan keseimbangan ekosistem alam. Oleh yang demikian, tujuan artikel ini adalah untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran berkaitan elemen keseimbangan dalam tumbuhan. Bagi mendapatkan kesimpulan serta perkaitan antara ayat-ayat tersebut, kajian ini menggunakan metode analisis deduktif. Hasil analisis menemukan 236 perkataan dalam al-Quran yang menyentuh tentang elemen keseimbangan dalam tumbuhan iaitu, ia diwakili dengan istilah azwajun, qadarin dan mawzun. Namun demikian, dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir, didapati hanya lapan ayat sahaja yang menerangkan secara tepat mengenai elemen keseimbangan dalam tumbuhan. Berpandukan kepada huraian para mufasir, dapat disimpulkan terdapat tiga ciri pada elemen keseimbangan dalam tumbuhan menurut al-Quran. Pertama, tumbuhan diciptakan dengan berpasangan-pasangan. Kedua, sukatan air hujan yang turun menyuburkan tumbuhan dengan kadar yang tertentu. Ketiga, setiap tumbuhan di bumi diciptakan dengan timbangan yang seimbang dan adil. Justeru, hasil kajian ini menunjukkan elemen keseimbangan dalam tumbuhan sangat penting bagi kesejahteraan hidup manusia.13 4 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Empat Sifat Mulia yang Utama dalam Kepemimpinan Berasaskan Qalb:Pelajaran daripada Iḥyā’ cUlūm al-Dīn oleh Imam Al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M)(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019); ; ; Persoalan kepemimpinan di menara gading bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Kepemimpinan universiti yang baik dapat merencanakan perjalanan program pendidikan tinggi yang berdaya saing dan penghasilan siswa-siswi yang dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan negara. Pelbagai perbincangan ilmiah telah dizahirkan untuk menekankan peri pentingnya kaedah mengurus dan mentadbir sesebuah universiti dengan kaedah kepemimpinan yang mapan dan tepat. Ini bagi memastikan hala tuju universiti sentiasa selaras dengan aspirasi dan kehendak para pemegang taruhnya. Program kepemimpinan berasaskan qalb merupakan salah satu program latihan kepemimpinan akademik yang telah dikendalikan oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) sejak tahun 2016 sehinggalah ke hari ini. Dalam program latihan kepemimpinan akademik ini, modul yang digunakan mengetengahkan konsep empat sifat mulia yang utama (four cardinal virtues) iaitu: hikmah, adil, berani dan kawalan diri, yang merupakan antara kebijaksanaan klasik mengenai pembentukan sifat-sifat peribadi yang mulia. Makalah ini akan menjelaskan pandangan dan huraian daripada al-Ghazali (450-505H / 1058-1111M) mengenai perkara ini melalui metode analisis teks ke atas Iḥyā’ cUlūm al-Dīn (1982) menerusi Kitāb Riyāḍah al-Nafs wa Tahdhīb al-Akhlāq wa Mucālajāt Amrāḍ al-Qalb. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam makalah ini untuk mengenal pasti perbincangan-perbincangan utama berkenaan empat sifat yang mulia ini dan bagaimana penghayatan kepada perkara ini berupaya melahirkan pemimpin yang berkaliber dan mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang cemerlang. Konsep dan amalan latihan jiwa (Riyāḍah al-Nafs) yang dianjurkan oleh al-Ghazali amat sesuai diaplikasikan dalam latihan kepemimpinan akademik universiti kerana menekankan pembentukan individu yang baik sebagai asas utama kepada pembentukan masyarakat yang bestari, berintegriti dan berbudaya tinggi.6 67 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Employees’ Work Life Quality from Islamic Perspective: A Case of Hotel Industry(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Farah Laili Muda Ismail ;Nor Ailis Abd Wahab; Latifah Abdul LatiffBeing in a competitive industry such as hotel industry, customer’ satisfaction should be the priority. Thus it really urges the hotel providers to make sure the services are well provided. Due to that, the hotel employers/managers have to be strict and firm with the discipline and attitude of the employees to ensure they serve the best to the customers. However, the situation of ‘being controlled and monitored’ sometimes may affect the performance and quality of work among the employees as some of their human needs are ignored. Islam teaches Muslims to interact and treat employees in good manner. This study focuses on work life quality among employees in the hotel industry and also views it from an Islamic perspective. 100 employees from three 4-star hotels in Klang Valley were selected in the survey. The results show the highest needs among employees is to fulfill the needs of health and safety. It is followed by the social, knowledge & aesthetic needs, self-actualization & esteem needs; and economic needs. Most of the elements are in line with Islamic teaching.3 27 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Exploring Principles of Unity in Cultural Diversity: An Analytical Review on Prophet’s Final Sermon and Washington’s Farewell Address(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019)Ibrahim A. ShogarBackground: As the phenomenon of ‘Globalization’ is increasingly becoming dominant, we need to learn how to live with others. In this context, the holy Qur`an reminds the entire mankind about the unity of their origin, either as originated from clay (Qur`an, 23:12, 32:7, 37:11) or from an individual person (Adam) (Qur`an, 4:1) or from a single pare of male and female, before being spread out into various nations and tribes that they may know each other (Qur`an, 49:13). In terminologies of social science, we can say: the holy Qur`an is inviting mankind to investigate upon the social and epistemological aspects of the cultural diversity. To achieve this noble goal we need to learn from heritage and the glorious history of Islamic civilization, as well as form the entire history humanity and the useful experiences of other nations that are consistent with principle objectives of the Islamic law (Maqasd al-Shari`ah). Objectives: this paper aims to investigate principles of unity and cooperation that lead to peace and sustainable development in multicultural societies. Such principles can be formulated based on both: the al-Naqil knowledge (revelation) or the `Aqil knowledge (reason). The first is represented by basic principles of human rights as embodied in the Final Sermon of the Prophet Muhammad (s.as.) (Khubatul Wida`), the second is represented by basic principles of the Farewell Speech of Gorge Washington. Methodology: Although investigation of principles of unity in multi-cultural society can be empirical or theoretical, the method adopted in this paper is theoretical in nature. It analyzes the basic ideas of the above two historic documents to formulate the principles. Religious texts (Qur`an and Sunnah) which related to unity of mankind, peace, and cooperation will be collected and analyzed. The various perspectives of the early Muslim scholars, on such texts will be consulted. Conclusions: the final findings of the paper emphasize the integrated method of Naqli and `Aqli, instead of pure secular approach, towards formation of principles for unity, cooperation, and sustainable development in multicultural communities, such as in Malaysia.24 1 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Di Darul Quran, JAKIM(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Muhammad Firdaus Zakaria ;Siti Arni BasirOsman Md RasipSistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir organisasi menerusi pematuhan kepada keperluan syariah (shariah compliance) dan penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan kualiti organisasi. Semenjak dilancarkan pada tahun 2005, semakin banyak organisasi sama ada dari sektor awam atau korporat yang telah berjaya mendapatkan pensijilan kualiti MS 1900. Pelbagai manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan MS 1900 ini menjadikannya sebagai satu pendekatan berkesan dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan di sesebuah organisasi. Objektif kajian empirikal ini adalah untuk mengenalpasti faedah-faedah yang dicapai melalui pelaksanaan MS 1900 di institusi pengajian tinggi yang berstatuskan Islam iaitu Darul Quran, JAKIM. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pendekatan kualitatif (kajian kes) dengan mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara triangulasi iaitu menerusi temu bual separa-berstruktur, dokumentasi serta pemerhatian. Seramai lapan orang warga kerja Darul Quran daripada pelbagai jawatan telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Data-data pula telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi membina kod-kod serta tema-tema berkenaan dengan isu yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima faedah yang telah diperolehi Darul Quran JAKIM apabila berjaya melaksanakan MS 1900 iaitu mewujudkan budaya kerja cemerlang, pengamalan nilai-nilai Islam, pengurusan yang sistematik, meningkatkan imej Darul Quran dan meningkatkan kualiti pelajar. Oleh kerana kajian berkaitan MS 1900 masih lagi kurang dijalankan, maka hasil kajian ini secara langsung telah menyumbang kepada pembangunan ilmu berkaitan pelaksanaan MS 1900 di institusi pengajian tinggi Islam. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada para pengurus sama ada di sektor awam mahupun korporat dalam hasrat untuk mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 di organisasi masing-masing.18 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gerentologi dalam al Quran dan Sains(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Shah Rizul Izyan Binti ZulkiplyNoornajihan Binti JaafarGerentologi adalah kajian tentang proses penuaan serta masalah yang di hadapi oleh orang tua. Proses penuaan merupakan satu proses yang akan di alami oleh setiap manusia. Meskipun pelbagai usaha untuk kekal muda dari sudut perubatan, kosmetik dan teknologi namun manusia tidak mampu lari dari berlakunya proses penuaan. Oleh itu, kajian ini akan mengumpulkan ayat-ayat al Quran mengenai tua dengan mengunakan beberapa “ kata kunci” yang menunjukkan kepada maksud tua atau warga emas. Selain itu, kajian ini juga akan menghuraikan sifat warga emas dari sudut al Quran, pandangan ulama serta barat. Kajian ini mengunakan kaedah perpustakaan dengan menjadikan buku dan artikel sebagai panduan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 20 ayat yang mempunyai perkataan tua dan membawa erti tua.kajian ini bermanfaat kepada masyarakat supaya lebih memahami dan empati kepada warga emas serta sebagai persediaan manusia sebelum menjelang usia emas.2 147 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Islamic Influences In Malay Manuscripts Writing:An Overview of Some Selected Manuscripts(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Norhasnira IbrahimFaisal Ahmad ShahMalay manuscripts that have been produced in Malay Archipelago since 15th century had experienced some improvements due to Hinduism-Buddhism and Islamic transnational religious movements. Main aims of this paperwork are (i) to study a brief history of Malay manuscripts writing and (ii) to identify the contribution of Islam in Malay Manuscript literature. This paper will try to shed Islamic influences on a few works that have been wrote by Malay scholars in old Malay manuscripts. Within the context of this study, qualitative methodology has been applied to reveal a diverse array of topics by gathering data from Malay manuscripts, books, paper works and website. As a result, Islam play a huge role and contribute a lot of changes in Malay manuscript’s writing by introducing a script and persuading intellectual development especially in producing various genres of Malay literature such as religion, hikayat (legends) history, law and Malay traditional medicine.2 88 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Jati Diri Kanak-Kanak Melayu-Islam Menerusi Pendidikan AwalJati diri atau self-identity memiliki sifat dan ciri tersendiri yang mendasari dan membentuk identiti sesebuah bangsa dari aspek adat, tradisi, bahasa, budaya dan agama. Ia menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu dalam sesebuah bangsa. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan peranan pendidikan awal bagi kanak-kanak Melayu-Islam dalam membentuk jati dirinya. Selain itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan maksud pemerkasaan jati diri dan pendidikan awal kanak-kanak Melayu Islam daripada beberapa pandangan sarjana bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang konsep ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pendekatan analisis teks bagi mencerakinkan maklumat daripada sumber yang berautoriti bagi memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh. Kajian ini mendapati terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi dalam usaha menyemai dan memupuk jati diri Melayu melalui pendidikan awal. Kajian ini disifatkan penting kerana ia menjelaskan peranan pendidikan awal dalam memberi kefahaman, membudayakan penghayatan dan memperkasakan jati diri generasi Melayu masa kini.4 326 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kaedah Ulama Ahl al-Sunnah memahami Ayat-ayat Mutashābihāt dalam Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah: Suatu Analisis PerbandinganMakalah ini membicarakan mengenai Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah, sebuah kitab akidah tulisan Abdul Qadir bin Hj. Wangah. Beliau adalah ulama dari Fatani dan lebih dikenali sebagai Baba Dir atau Ayah Dir Sekam dalam kalangan penuntut ilmu dan anak-anak murid beliau. Dalam Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah, Baba Dir mengetengahkan pegangan ulama salaf dan khalaf apabila berdiskusi dan memahami ayat-ayat mutashābihāt terutamanya yang berkaitan dengan zat dan sifat Allah. Beliau membangkitkan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat mengenai pentafsiran ayat-ayat mutashābihāt dalam risalah beliau ini. Oleh itu, makalah ini membincangkan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama pada zaman Nabi Muhammad SAW dan selepasnya dalam mentafsir dan memahami ayat mutashābihāt. Selepas Islam mula berkembang di serata dunia, percampuran budaya mula berlaku dan ramai manusia yang bukan Arab mula memeluk Islam. Disebabkan itu, munculnya fahaman-fahaman, pentafsiran yang meragukan dan bertentangan dengan sifat Allah yang suci, yang menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk. Kelompok yang ekstrem seperti mujassimah, mushabbihah dan mucaṭṭilah mempunyai fahaman yang jauh tersasar daripada landasan yang sepatutnya. Oleh itu, masyarakat awam memerlukan bimbingan dan pentafsiran daripada ulama Ahl al-Sunnah untuk menangkis tafsiran mereka yang salah ini. Sekali gus, ini dilakukan untuk membetulkan fahaman masyarakat awam tentang ayat yang selalu dikelirukan maknanya ini. Makalah ini menggunakan kaedah kualitatif, yang secara spesifiknya menggunakan kaedah analisis kandungan, ke atas kitab Risalah Manhaj Ahl al-Sunnah. Hasil dapatan daripada kajian ini mendapati ulama Ahl al-Sunnah wa Jama’ah menggunakan kaedah ta’wīl dan tafwīḍ sebagai cara untuk memahami ayat-ayat mutashābihāt. Kaedah ulama Salaf dan Khalaf ini adalah kaedah yang sederhana berbanding pelbagai kaedah yang wujud dalam membincangkan ayat-ayat sifat yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.4 46
- «
- 1 (current)
- 2
- 3
- »