2019 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2019 i-STET by Subject "deskriptif, realiti sosial, perjudian , humanisme liberal"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Realiti Sosial Dalam Novel ‘Orang Kota Bharu’(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Ros Anita Kartini MohamedNagesvari A/P ParamasivanRealiti sosial merupakan sesuatu yang benar-benar berlaku di dalam masyarakat. Hal ini lahir daripada perilaku manusia yang lahir dalam kehidupan sosialnya membentuk suatu tingkahlaku sosial yang diterima oleh masyarakat menjadi sebuah realiti. Penulisan makalah ini bertujuan mendeskripsikan realiti sosial dalam novel ‘Orang Kota Bharu’ karya S. Othman Kelantan, yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat kini bahawa, pembentukan dinamik sosial berlaku walau berbeza warna kulit, gender, bahasa, budaya dan kewarganegaraan. Pemerhatian mendapati terdapat banyak realiti sosial dihadirkan oleh S. Othman Kelantan menerusi novel ‘Orang Kota Bharu’. Antara realiti sosial yang ketara ditonjolkan dalam novel kajian adalah kemiskinan, pembunuhan, sabung ayam, perjudian, pelacuran, seks luar nikah, dan perempuan joget. Hal ini berpunca daripada kemiskinan dan kurangnya ilmu pengetahuan yang dimiliki masyarakat. Realiti sosial ini masih berlaku hingga kini dalam kalangan masyarakat. Untuk tujuan itu, kerangka humanisme liberal digunakan sebagai jambatan kaedah deskriptif bagi mengupas data yang tertulis dalam novel ‘Orang Kota Bharu’. Penulis mendapati penampilan realiti sosial dalam novel ‘Orang Kota Bharu’ amat signifikian untuk dihubungkan dengan perjuangan humanisme liberal.97 5