2024 iJURECON
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 iJURECON by Subject "alunan zikir"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Terhadap Muzik, Bunyian Alam Dan Alunan Zikir Sebagai Terapi Alternatif: Tinjauan Penerimaannya Dalam Kalangan Warga Kolej PERMATA InsanPelbagai medium digunakan oleh manusia hari ini untuk memperoleh jiwa yang tenang. Justeru, untuk mendapatkan kestabilan mental dan emosi agar diri merasa damai, stabil, dan bebas dari tekanan maka seseorang itu adakalanya melakukan tindakan yang ekstrem atau berbahaya malah tidak selaras dengan norma etika dan moral. Ia termasuklah pengambilan alkohol, dadah dan mengunjungi pusat hiburan. Lebih menyedihkan apabila segelintir mereka yang terlibat ialah Muslim. ‘Islam’ bukan sahaja sekadar agama bahkan mengatur manusia untuk membawa kepada kedamaian dan kesejahteraan dalam hidup seseorang. Dengan melalui muzik yang sederhana, bunyi-bunyian unggas dan kicauan burung malah alunan-alunan zikir memuji kebesaran Tuhan adalah suatu terapi alternatif yang bersifat alami. Hal ini akan dibuktikan melalui kajian dan analisis bagi meninjau keberkesanannya dalam kalangan warga Kolej PERMATA Insan (KPI) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar. Berdasarkan metodologi kualitatif, dapatan awal dari kaji selidik yang diedarkan menunjukkan majoriti warga KPI bersetuju bahawa muzik dengan tempo lembut, bunyian alam dan alunan zikir dapat membantu mengurangkan stres, meningkatkan konsentrasi, atau mencapai ketenangan jiwa. Hasil kajian awal turut mendapati warga KPI kerap memilih ketiga-tiga contoh terapi alternatif bagi meredakan tekanan. Kesimpulan kajian ingin menggesa agar warga KPI khususnya dan umat Islam amnya terus istiqamah dengan mencari solusi terhadap sesuatu masalah menerusi panduan yang telah ditentukan oleh syariah. Dalam hal itu, peranan sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri disaran dapat mewujudkan suasana yang damai dengan pemasangan bunyi-bunyian dan alunan zikir di sekitar perkarangan sekolah dengan lebih kerap supaya murid-murid merasai aura positifnya setiap hari. Dengan cara ini, prestasi dan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid dapat dikawal dengan lebih berkesan.24 4