2024 iJURECON
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 iJURECON by Subject "analisis tematik"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Meneroka Kesedaran Pelajar Tentang Isu Buli Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat(Kolej PERMATA Insan, 2024) ;Damia Syaziah Mohd Rozaini ;Safwa Insyirah Mohd Syahril ;Najihin Abdullah KamilIsu buli seringkali diabaikan dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat Muslim kerana anggapan bahawa mereka lebih berdaya tahan dan mampu menguruskan masalah dengan sendirinya. Namun, kajian terdahulu menunjukkan bahawa pelajar dalam kumpulan ini juga terdedah kepada risiko buli, yang boleh terus kesan buruk kepada kesejahteraan psikologi dan perkembangan akademik mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memahami tahap kesedaran serta pengetahuan pelajar pintar dan berbakat Muslim tentang definisi buli, faktor penyebab, dan langkah-langkah untuk mengatasi isu ini. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual kumpulan berfokus (fokus group discussion) terhadap tujuh orang responden pelajar pintar dan berbakat Muslim yang dipilih secara bertujuan dalam kalangan responden pelajar tingkatan tiga. Data yang dikumpul dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti tema-tema utama yang berkaitan dengan definisi buli, penyebab, dan strategi intervensi yang dianggap berkesan oleh pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kekeliruan dalam kalangan pelajar berkenaan definisi buli, di mana sebahagian mereka menganggap buli hanya melibatkan keganasan fizikal, sementara aspek psikologi dan emosi seringkali diabaikan. Penyebab utama yang dikenal pasti termasuk perbezaan sosial, tekanan akademik, dan kurangnya sokongan emosi. Pelajar juga menyarankan pelbagai langkah untuk mengatasi isu ini, termasuk kempen kesedaran yang lebih menyeluruh, sokongan psikososial, dan penglibatan aktif pihak sekolah serta ibu bapa. Kajian ini memberikan sumbangan dalam memahami kesedaran pelajar pintar dan berbakat Muslim mengenai isu buli serta menyediakan asas untuk intervensi yang lebih holistik dan berkesan bagi menangani isu buli ini.52 40 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Meneroka Kesedaran Tentang Isu Mencederakan Diri Sendiri (Self-Harm) dalam Kalangan Pelajar Muslim Pintar Dan Berbakat(Kolej PERMATA Insan, 2024) ;Nurul Sofea Mohd Fairuz ;Ulyaa Alwuthqo Zikro ;Nawal Khairina Ezuddin; Pelajar Muslim pintar dan berbakat sering dikaitkan mempunyai daya intelek yang tinggi namun tidak dapat lari daripada isu yang melibatkan kesihatan mental seperti kecenderungan remaja masa kini melibatkan diri dengan isu mencederakan diri sendiri (self-harm). Mencederakan diri sendiri merujuk kepada tindakan individu yang menyebabkan kecederaan fizikal tanpa niat untuk membunuh diri. Dalam kalangan pelajar Muslim pintar dan berbakat, isu ini memerlukan pengetahuan serta kesedaran khusus akibat daripada tekanan akademik, harapan yang tinggi, dan cabaran sosial yang unik mungkin menjadi faktor risiko tingkah laku bagi pelajar Muslim pintar berbakat. Kajian terdahulu menunjukkan kekurangan penyelidikan yang khusus mengenai kesedaran pelajar pintar dan berbakat terhadap mencederakan diri sendiri, meskipun terdapat peningkatan perhatian terhadap kesihatan mental remaja. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka kesedaran mencederakan diri dalam kalangan pelajar Muslim pintar dan berbakat di Malaysia melalui penyelidikan kualitatif menggunakan temu bual kumpulan berfokus bagi mendapatkan maklumat terhadap tujuh orang responden kajian daripada pelajar tingkatan dua. Data akan dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti tema utama berkaitan definisi mencederakan diri sendiri, punca utama tingkah laku ini, serta langkah-langkah pencegahan. Pelajar mendefinisikan mencederakan diri sendiri berdasarkan persepsi mereka terhadap tingkah laku ini, dengan punca utama termasuk tekanan akademik, masalah emosi, dan kekurangan sokongan sosial. Langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan termasuk pengukuhan sistem sokongan, intervensi awal, dan pendidikan mengenai kesihatan mental. Kesimpulannya, kajian ini menekankan keperluan menitikberat dalam meningkatkan kesedaran mengenai mencederakan diri sendiri dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat, serta mencadangkan langkah pencegahan melalui kerjasama antara keluarga, sekolah, dan kerajaan.26 10