E-Proceedings International Convention on the Basic Structure of Constitution 2021 (ICOBAC 2021)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing E-Proceedings International Convention on the Basic Structure of Constitution 2021 (ICOBAC 2021) by Subject "Jenayah Islam-Hudud-Enakmen Jenayah Syariah Kelantan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Ii) 1993 Dan 2015 Negeri Kelantan: Analisis Perspektif Ahli Jawatankuasa Teknikal Negeri Dan Nasional(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-12-30)Nur Al-Farhain Binti KamaruzamanDi Malaysia, usaha untuk memartabatkan perundangan jenayah Islam secara total telah dirintis seawal tahun 1993 oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993. Usaha yang sama diteruskan pada tahun 2015 dengan melakukan beberapa pindaan pada enakmen tersebut. Walaupun terdapat banyak penulisan dan ulasan berkaitan usaha-usaha ini, hanya sedikit kajian yang memuatkan perspektif secara terus daripada individu yang terlibat secara langsung dengan usaha ini. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan perspektif individu-individu yang terlibat secara langsung dengan usaha ini. Seterusnya, analisis dan cadangan penambahbaikan bagi usaha ini akan dilakukan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif. Data dikumpul menggunakan temubual separa berstruktur melibatkan beberapa individu yang merupakan ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud peringat Nasional dan Negeri Kelantan. Data kemudiannya dianalisis secara tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekangan utama kepada pelaksanaan kedua-dua enakmen ini adalah disebabkan kekangan perundangan. Justeru, seharusnya kekangan perundangan ini di atasi sebelum enakmen ini diluluskan di Sidang DUN Kelantan. Kajian ini juga berpandangan bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang diwartakan pada 30 Disember 2020 lebih menepati realiti perundangan Malaysia dan menepati konsep tadarruj dalam memperkenalkan undang-undang jenayah Islam di Malaysia.50 7