E-Proceedings International Convention on the Basic Structure of Constitution 2021 (ICOBAC 2021)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing E-Proceedings International Convention on the Basic Structure of Constitution 2021 (ICOBAC 2021) by Subject "jenayah, curi identiti, fiqh, undang-undang."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Jenayah Curi Identiti Secara Elektronik: Kajian Perbandingan Fiqh Dengan Undang-Undang Negara Brunei Darussalam(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-12-30)Nurzakiah Haji RamleeHak privasi individu seperti data peribadi dilindungi oleh undang-undang dalam perundangan negara seluruh dunia. Kecanggihan teknologi maklumat membolehkan data peribadi seseorang itu disimpan di dalam cakera keras dalaman di dalam komputer agar dapat diakses oleh mana-mana pihak yang berkepentingan bagi tujuan mengekstrak data tersebut apabila diperlukan. Apabila kecanggihan teknologi maklumat bekerjasama dengan rangkaian internet yang pantas data peribadi seseorang terdedah kepada aktiviti pencerobohan siber yang terlarang dari segi undang-undang. Oleh itu terdapat keperluan untuk menutup kelopongan terhadap undang-undang bagi melindungi data peribadi seseorang serta kerahsiaannya daripada dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah menggubal Akta Rahsia Rasmi (Penggal 153) 2010 yang sedikit sebanyak membantu dalam menyelesaikan jenayah curi identiti secara elektronik ini. Kajian ini mengupas hubungkait peruntukan undang-undang di bawah Akta Rahsia Rasmi (Penggal 153) 2010 dengan undang-undang jenayah Islam boleh diguna pakai dalam menerbitkan hukum kepada permasalahan jenayah berbentuk maya ini. Metologi kajian adalah secara kualitatif deskriptif mengguna pakai teknik analisa dokumen. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data primer iaitu buku-buku berkaitan dengan jenayah siber ini begitu juga data sekunder terutama penulisan dan artikel. Kajian ini juga turut mengguna pakai reka bentuk analisis kandungan dengan merujuk Akta Kesalahan Jenayah Negara Brunei Darussalam yang berkaitan. Dalam menghadapi realiti kecanggihan teknologi ini undang-undang jenayah Syariah yang cukup berkesan amat diperlukan sebagai jalan penyelesaian permasalahan jenayah curi identiti berbentuk maya ini.12 7