2024 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 ARIF by Subject ": Aplikasi “Jawami’ al Kalim”, Hadith, pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Aplikasi Jawami’ Al-Kalim dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pengajian Quran Dan SunnahHadith merupakan sumber kedua terpenting dalam syariat Islam selepas Al-Quran. Terdapat pelbagai cabang ilmu bagi bidang hadith. Antaranya ialah sanad hadith iaitu ilmu yang berkaitan dengan perawi hadith dan matan hadith iaitu ilmu yang berkaitan dengan isi kandungan hadith. Dewasa ini, semakin ramai individu berminat dalam mengkaji hadith dengan lebih mendalam. Hal ini kerana kesedaran terhadap ilmu hadith semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Natijahnya, telah muncul beberapa aplikasi bagi membantu kajian terhadap hadith. Salah satunya ialah aplikasi Jawami’ al-Kalim. Secara ringkasnya, Jawami’ al-Kalim merupakan satu ensiklopedia hadith yang merangkumi 1400 kitab-kitab hadith. Namun, berdasarkan pemerhatian awal, penguasaan penggunaan aplikasi Jawami’ al-Kalim dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah masih berada di tahap rendah. Melalui kajian ini, pengkaji akan menerangkan tentang latar belakang aplikasi, ciri-ciri dan cara penggunaan aplikasi, faedah aplikasi dalam kajian hadith dan tahap penggunaan aplikasi ini dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Untuk mendapatkan hasil yang tuntas, jenis kaedah yang akan digunakan bagi kajian ini ialah kuantitatif iaitu melaluisoal selidik dan kualitatif iaitu kajian perpustakaan. Justeru, diharap kajian ini dapat memberi manfaat yang besar terutamanya kepada para pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah bagi membantu meningkatkan pengetahuan pelajar tentang aplikasi bagi kajian dalam bidang hadith. Secara tidak langsung, aplikasi ini boleh menjadi salah satu aplikasi utama yang akan selalu digunakan oleh para pelajar.8 80