2024 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 ARIF by Subject ": Ezhifiz, Aplikasi, Faedah,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan Aplikasi Ez-Hifz(Penerbit USIM, 2024) ;Nabila Izzati Monili ;Nurnisha Naziera Nazri ;Sarah Nabilah SuzainiPenggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran, terutamanya dalam penghafalan al Quran, semakin meluas dengan populariti aplikasi "eZhiFz" di kalangan pelajar dan pengajar al Quran. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik kelebihan dan kekurangan penggunaan aplikasi "eZhiFz" dalam konteks pengajaran dan pembelajaran al Quran. Aplikasi "eZhiFz" memberi kemudahan akses kepada al Quran dan memantau prestasi penghafalan p elajar. Ia juga menyediakan pelbagai fungsi seperti penandaan hafazan, rekod prestasi, dan maklum balas automatik. Walaupun terdapat kelebihan yang ketara, perlu juga mempertimbangkan potensi kekurangan seperti pergantungan kepada teknologi, pengurangan interaksi social fizikal, dan isu keselamatan data. Kajian ini penting untuk memahami kesan positif dan negatif penggunaan aplikasi "eZhiFz" dalam pembelajaran al Quran. Ia diharapkan memberi panduan kepada pengajar, pelajar, dan pembuat dasar dalam meningka tkan pengajaran dan pembelajaran al Quran. Kajian juga mengenalpasti masalah penghafalan dalam kalangan pelajar Tahfiz disebabkan oleh pemilihan kaedah pembelajaran yang tidak mencukupi. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap penguasaan pelajar Tahfiz dalam menggunakan aplikasi pembelajaran Tahfiz dan mengenalpasti kelebihan dan kelemahan aplikasi tersebut. Dengan menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif, kajian ini melibatkan pemeriksaan literatur, analisis data, dan kajian aplikasi pembelaja ran Tahfiz dari pelbagai aspek. Dapatan kajian menggariskan kelebihan seperti kemudahan akses, rekod prestasi, dan maklum balas automatik, tetapi juga mengenalpasti kekurangan seperti pergantungan kepada teknologi, pengurangan interaksi sosial, dan isu kes elamatan data Kesimpulannya, pengajar dan pelajar perlu bijak menggunaan aplikasi "eZhiFz" dalam pembelajaran al Quran untuk memaksimumkan manfaat dan mengatasi cabaran yang akan timbul.12 69