2024 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 ARIF by Subject "Bahasa Isyarat, OKU Pendengaran dan Pertuturan, Komunikasi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bahasa Isyarat dalam Media Massa: Peranan, Isu dan Cabaran(Penerbit USIM, 2024) ;Nur Qistina binti Mohd Azani ;Nur Farhana binti Mohd Kamal ;Nurul Bahjah binti ZamanhuriKomunikasi merupakan sebahagian penting untuk manusia berhubung namun bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan mereka menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, memberi idea dan pendapat. Segelintir komuniti OKU pendengaran dan pertuturan sukar menjalani urusan yang melibatkan komunikasi interpersonal yang melibatkan perbualan dua individu kerana sebahagian golongan bukan OKU pendengaran dan pertuturan tidak menguasai bahasa isyarat. Masyarakat di negara ini disarankan mempel ajari dan menguasai bahasa isyarat bagi memudahkan komunikasi serta menyantuni golongan ini. Kertas kerja ini dihasilkan untuk menjelaskan mengenai peranan, isu dan cabaran bahasa isyarat dalam media massa menurut sumber yang berautoriti. Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu mengumpulkan data data melalui media sosial dan bahan bahan sekunder seperti jurnal dan surat khabar. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang golongan OKU p endengaran dan pertuturan supaya mereka berasa tidak disisihkan dan dipinggirkan daripada kegiatan kemasyarakatan. Oleh itu, media massa memainkan peranan yang penting untuk memperluaskan penggunaan bahasa isyarat supaya setiap individu mengetahui asas ber komunikasi dalam bahasa isyarat serta menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga dalam meraikan golongan ini.15 286