2025 CFORSJ i-CONF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2025 CFORSJ i-CONF by Subject "Arabic Language"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penguasaan Bahasa Arab dan Kitab Turath Sebagai Kompetensi Teras Peguam Syarie Masa Kini(Faculty of Syariah and Law, USIM, 2025); ; Penguasaan Bahasa Arab dan kemahiran memahami kitab turath merupakan elemen asas yang membentuk kompetensi profesional dan autoriti ilmiah dalam profesion guaman syarie. Kajian ini bertujuan meneliti kepentingan kedua-dua aspek tersebut sebagai teras keilmuan yang menyokong keupayaan peguam syarie dalam memahami, menghujahkan dan menafsir hukum berdasarkan sumber Islam yang autentik. Dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, analisis ini menelusuri pelbagai sumber klasik dan kontemporari termasuk kitab fiqh mazhab Syafie, karya usul al-fiqh, artikel akademik, laporan institusi kehakiman, dan dokumen latihan guaman syarie. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kesedaran terhadap keperluan penguasaan Bahasa Arab dan turath semakin meningkat, tahap penguasaan sebenar masih sederhana disebabkan kekangan masa, kekurangan bahan bantu moden, serta pendekatan pengajaran yang tidak berorientasikan aplikasi praktikal. Oleh itu, kajian ini mencadangkan penggubalan kurikulum latihan guaman syarie yang menekankan integrasi Bahasa Arab, ilmu turath, dan teknologi digital secara menyeluruh bagi memperkukuh kompetensi peguam syarie masa kini. Implikasi kajian ini menegaskan bahawa penguasaan dua komponen ilmu tersebut bukan sekadar nilai tambahan akademik, tetapi merupakan keperluan strategik bagi memastikan profesionalisme, kewibawaan, dan kesinambungan tradisi keilmuan Islam dalam sistem perundangan syariah negara3 3