E-Proceeding International Language and Education Innovation Competition 2024
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing E-Proceeding International Language and Education Innovation Competition 2024 by Subject "Bahasa Arab"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Membangun Prototaip Aplikasi I’rab Al-Qur’an dan Tafsirannya dalam Versi Brunei Darussalam(Penerbit USIM, 2024) ;Ummi Aisyah binti Rosli ;Wan Amirul Amjad bin Haji Zaini ;Ak Radin Adi Firdaus bin Pg Junaidi ;Norhayati binti Haji Abd KarimAiman Abadiyah binti Haji SopianI'rab al-Qur'an merujuk kepada kajian dan analisis tatabahasa atau sintaksis bahasa Arab yang digunakan dalam al-Qur'an. Tafsiran al-Qur'an ke dalam bahasa Melayu pula merujuk kepada tafsiran versi Negara Brunei Darussalam yang disusun bagi membantu masyarakat Brunei memahami al-Qur'an dengan lebih mendalam dan selaras dengan konteks kehidupan di negara tersebut. Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih, penggunaannya, khususnya dalam bidang pendidikan, menjadi semakin penting. Antaranya ialah mempelajari setiap perubahan bentuk kata dalam al-Qur'an melalui aplikasi digital. Objektif utama penghasilan aplikasi khas untuk I’rab al-Quran adalah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeluruh dan dinamik. Aplikasi ini membolehkan pelajar, tenaga pengajar, dan pencinta al-Qur'an memperoleh pemahaman yang mendalam dan berkesan mengenai I’rab. Aplikasi ini direka untuk memudahkan akses kepada penjelasan I’rab yang komprehensif melalui teknologi digital, yang membolehkan pengguna mempelajari dan memahami struktur bahasa Arab dalam al-Qur'an mengikut jadual peribadi mereka. Semoga dengan terbinanya prototaip I’rab Al-Qur’an ini akan dapat memperbaiki ketepatan bacaan al-Qur'an dengan menyediakan panduan I’rab yang tepat.18 62 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Program Mencintai Bahasa Arab(Penerbit USIM, 2024) ;Wan Nur Ain Solehah binti Wan Azami ;Wan Asma’ binti Wan Khairul Anwar ;Wan Sara Aisya binti Wan Mohd Iskandar ;Irdina Zafirah binti Badrul MunirMunifah Farzana binti Mat NasirBahasa Arab sering dianggap sukar dan menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mempelajarinya. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Arab dengan menggunakan kaedah yang menyeronokkan dan mudah. Metodologi projek adalah mengadakan program sehari yang melibatkan semua pelajar dengan fasilitator-fasilitator. Pelajar, iaitu peserta program ini dibahagikan kepada 10 kumpulan. Sebelum program berlangsung, peserta perlu menyediakan nama kumpulan, bendera kumpulan, dan lain-lain. Semasa hari program, kesemua kumpulan tersebut akan bergerak ke 10 checkpoint atau stesen yang ditetapkan mengikut giliran. Fasilitator di setiap stesen mengajar topik yang ditetapkan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti nyanyian dan permainan sebagai latihan kefahaman. Selepas program, pelajar didapati lebih berminat dan memahami Bahasa Arab. Penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan peserta juga lebih baik dengan keputusan peperiksaan yang baik.7 15