2021 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 ARIF by Subject "Amalan pengajaran, Guru Pendidikan Islam"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan MalaysiaPengaruh dualisme dan sekularisme turut memberi kesan kepada sistem pendidikan negara hasil daripada pegangan epistemologi barat yang masih sukar digugat daripada minda dan kepercayaan masyarakat. Hasilnya, kesepaduan ilmu yang dianjurkan dalam Islam sudah semakin dilupakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Fokus pengajaran GPI kini lebih tertumpu kepada metode hafalan, syarahan, menyalin nota dan kurang menggalakkan proses berfikir dalam kalangan murid. GPI turut dikesan kurang kreatif dalam penyampaian silibus pengajian, tidak variasi dalam pengurusan kelas, dan kurang capaian ilmu daripada sumber yang pelbagai. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk melihat tahap amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam. Seramai 525 orang guru pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Teknik pensampelan yang digunakan ialah multistage cluster sampling.Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data utama. Manakala dapatan kualitatif digunakan untuk memperkayakan dapatan kajian Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan pengajaran (M=4.17) GPI berada pada tahap tinggi. Kajian ini memberi implikasi kepada model pengajaran, IPG, penggubal dasar, sekolah dan guru Pendidikan Islam dalam hasrat meningkatkan kualiti pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan.6 299