2021 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 ARIF by Title
Now showing 1 - 20 of 35
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan MalaysiaPengaruh dualisme dan sekularisme turut memberi kesan kepada sistem pendidikan negara hasil daripada pegangan epistemologi barat yang masih sukar digugat daripada minda dan kepercayaan masyarakat. Hasilnya, kesepaduan ilmu yang dianjurkan dalam Islam sudah semakin dilupakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Fokus pengajaran GPI kini lebih tertumpu kepada metode hafalan, syarahan, menyalin nota dan kurang menggalakkan proses berfikir dalam kalangan murid. GPI turut dikesan kurang kreatif dalam penyampaian silibus pengajian, tidak variasi dalam pengurusan kelas, dan kurang capaian ilmu daripada sumber yang pelbagai. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk melihat tahap amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam. Seramai 525 orang guru pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Teknik pensampelan yang digunakan ialah multistage cluster sampling.Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data utama. Manakala dapatan kualitatif digunakan untuk memperkayakan dapatan kajian Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan pengajaran (M=4.17) GPI berada pada tahap tinggi. Kajian ini memberi implikasi kepada model pengajaran, IPG, penggubal dasar, sekolah dan guru Pendidikan Islam dalam hasrat meningkatkan kualiti pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan.34 998 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Hukuman Ta’zir Di Era Kerajaan Islam Aceh : Kajian Manuskrip Hujjatul Balighah Karya Syeikh Jalaluddin Al-Asy(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Ahmad Misbah Muhamad HilmiKertas kerja ini adalah bertujuan menonjolkan sistem penghakiman yang diaplikasi oleh Kerajaan Islam Aceh dengan fokus hukum al-Ta’zir yang terdapat dalam manuskrip Hujjatul Balaighah karya Syeikh Jalaluddin al-Asy. Matlamat penulisan ini membincangkan ringkas tentang penghakiman Ta’zir oleh seoarng tokoh hakim Aceh yang pernah berjasa kepada dunia Islam di Nusantara khususnya ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam Aceh. Kajian ini hanya memfokuskan satu bahagian dari keseluruhan kandungan manuskrip. Walaupun banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap Ta’zir, namun jarang ditemui contoh aplikasi Ta’zir disebutkan dari sejarah silam melalui fakta yang terdapat dalam manuskrip kerana ia adalah sumber-sumber rujukan yang berwibawa dan penting. Secara umum penghasilan dari manuskrip ini sangat bermanfaat sebagai bukti kelangsungan keadilan sistem kehakiman Islam adalah merupakan objektif paling utama dalam syariat Islam untuk dipelihara.48 12 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi MyKamus Sebagai Pemudahcara Pembelajaran Asas Bahasa Isyarat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Nurul Izzati Mohd ZakimyKAMUS merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan sebagai pemudah cara untuk mempelajari asas Bahasa Isyarat. Rata-rata masyarakat di Malaysia masih kurang pengetahuan terhadap penggunaan Bahasa Isyarat memandangkan kurangnya pendedahan dan perkongsian ilmu terhadapnya. Keterbatasan ini menyukarkan perkongsian maklumat, luahan rasa, idea serta menjejaskan perkhidmatan dikaunter kerana kurangnya kemahiran dikalangan pegawai atau tanpa kehadiran Jurubahasa Isyarat (JBI). Justeru, usaha membangunkan aplikasi myKAMUS dengan menerapkan penggunaan teknologi diharap mampu menyebar luas ilmu Bahasa Isyarat ini. Satu kajian tinjauan juga telah dilaksanakan dengan mensasarkan 30 orang pelajar Politeknik Banting Selangor sebagai sampel kajian untuk melihat sejauh mana keberkesanan aplikasi myKAMUS membantu dalam penguasaan asas Bahasa Isyarat. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar berpuashati dengan penggunaan Aplikasi myKAMUS serta bersedia dan berkeyakinan untuk berkongsi ilmu yang diperoleh daripada aplikasi ini.16 71 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kearifan Masyarakat Melayu Terhadap Pokok Senduduk dan Dapatan Kajian Sainstifik Terhadap Spesies IniSenduduk atau nama saintifiknya, Melastoma malabathricum merupakan herba di kalangan masyarakat Melayu dan memainkan peranan penting dalam perubatan tradisi Melayu. Senduduk dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan telah digunakan oleh masyarakat Melayu untuk merawat luka, rawatan selepas bersalin dan pencegahan pembentukan parut kerana jangkitan cacar. Sehingga hari ini, terdapat lebih 700 kertas jurnal yang telah diterbitkan yang membincangkan hasil penemuan kajian saintifik ke atas senduduk. Kebanyakan dapatan kajian adalah menyokong dan seiring dengan amalan perubatan Melayu tradisi menggunakan senduduk. Antara dapatan saintifik menunjukkan pelbagai bahagian pokok senduduk mengandungi antioksida, antibakteria, anti-radang dan imunomodulator. Secara umum, boleh disimpulkan bahawa senduduk adalah tumbuhan yang aktif secara biologi dan ini menjawab mengapa senduduk popular dalam perubatan Melayu tradisi sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Selain itu, ekstrak senduduk boleh juga digunakan sebagai pewarna semulajadi untuk kegunaan dalam industri makanan dan tekstil.69 439 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Mata Pelajaran Sirah Rasul di Sekolah Rendah Islam (Sri) Ikram Musleh: Satu Tinjauan Keberkesanannya di Negeri Sembilan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ; ; Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh tauladan yang terbaik bagi umat Islam. Oleh itu, sebagai seorang muslim mestilah mengetahui tentang kisah hidup Nabi Muhammad S.A.W untuk dijadikan ikutan dan teladan. Di Malaysia, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan mata pelajaran Sirah sebagai mata pelajaran wajib bagi sukatan pembelajaran pelajar bermula dari sekolah rendah. Hasil dari ketetapan yang telah ditetapkan oleh kementerian, para pelajar dapat mempelajari tentang sirah Nabi Muhammad S.A.W sejak dibangku sekolah lagi. Kajian ini dilakukan mensasarkan beberapa objektif utama; iaitu analisa minat murid terhadap mata pelajaran Sirah Rasul dan meninjau tahap pengetahuan tentang nasab keturunan dan Ahli Bait Nabi Muhammad S.A.W serta mengukur tahap keberkesanan Sirah Rasul melalui penghayatan murid-murid mengaplikasikan apa yang dipelajari mereka dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen dan edaran borang soal selidik di samping menemubual sejumlah tertentu responden bagi mendapatkan data. Sesi temubual dijalankan terhadap beberapa orang responden yang terdiri daripada beberapa orang pegawai Pendidikan IKRAM Musleh dan sebilangan guru mata pelajaran Sirah SRI IKRAM Musleh. Hasil kajian ini mendapati bahawa 60% daripada guru-guru mata pelajaran Sirah Rasul mendapat respon yang baik murid-murid mereka terhadap mata pelajaran Sirah Rasul bahkan 40% guru-guru berbaki mendapati murid-murid mereka amat berminat dengan mata pelajaran tersebut. Dalam aspek pengetahuan tentang keluarga Rasulullah S.A.W pula, sebanyak 88% daripda mereka mengenali isteri-isteri Nabi dan 83% daripada mereka mengenali anak-anak Baginda S.A W. Namun begitu, hanya 55.8% daripada memberikan jawapan betul mengenai Nasab Nabi S.A.W. Kajian ini juga mendapati kebanggaan murid-murid selaku Umat Nabi Muhammad S.A.W diwakili sejumlah 96.6% manakala 93.6% daripada mereka gembira dengan peristiwa sambutan Maulidur Rasul. Kajian ini juga mendapati sejumlah 75.9% murid-murid berjaya menghayati Sirah Rasul dalam kehidupan mereka dan 91.7% daripada mereka berjaya memberi respon yang baik terhadap soalan tentang akhlak Nabi S.A.W. Ini menunjukkan kesan amat positif kurikulum Mata Pelajaran Sirah Rasul terhadap murid-murid SRI di negeri Sembilan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kurikulum mata pelajaran tersebut, tidak terlepas daripada kekurangan dan kesalahan-kesalahan tertentu melibatkan buku teks dari tahun satu sehinggalah tahun enam. Walaubagaimanapun, kajian ini membuktikan bahawa mata pelajaran Sirah sewajarnya diteruskan di SRI Negeri Sembilan dan kurikulumnya pula harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjamin objektif-objektif IKRAM Musleh dapat tercapai dengan cemerlang pada masa akan datang.19 180 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Interaksi Hadis Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Di Dalam Buku Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Ahmad Izzuddin Abu BakarTujuan artikel ialah mengenal pasti metode interaksi hadis Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (TGHH) di dalam bukunya Taktik Dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau merupakan ilmuan agama yang berkecimpung di dalam politik. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dari jenis analisis kandungan. Dapatan menunjukkan ia mengandungi dua puluh lima (25) buah hadis. Daripada jumlah tersebut, enam belas (16) diriwayatkan oleh salah satu atau lebih kitab-kitab yang dikategorikan sebagai Kutub al-Sittah. Manakala lapan (8) hadis diriwayatkan di dalam kitab Musnad Ahmad. Satu (1) hadis pula tidak dapat ditemui oleh pengkaji. Pecahan status hadis adalah: tiga belas (13) hadis adalah sahih kerana ia diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari atau Sahih Muslim, empat (4) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai sahih, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sahih Lighairihi, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Hasan Lighairihi, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sanadnya Hasan, satu (1) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sebahagiannya Sahih dan satu (1) tidak dapat dipastikan kerana matan asal tidak ditemui oleh pengkaji. Metode interaksi hadis yang dikenal pasti ialah Membawa Terjemahan, Mafhum Atau Sebahagian Hadis, Mengeluarkan Pengajaran Hadis Dari Sudut Politik, Menjelaskan Salah Faham Masyarakat Di Dalam Huraian Hadis dan Menggunakan Sumber Muktabar Dan Hadis Sahih.32 114 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Penulisan Makhraj dan Sifat Huruf Dalam Kitab Mawrid al-Zam’anPada hari ini banyak buku Tajwid yang berada di pasaran. Permintaan terhadap buku Tajwid adalah amat tinggi kerana ia menjadi modul kepada kelas-kelas al-Quran yang banyak dibuka di setiap kampung dan masjid. Sorotan sejarah mendapati kitab tajwid berbahasa melayu sudah lama dihasilkan oleh ulamak melayu dan antara yang sempurna penulisan dan masih diberi keutamaan ialah kitab Mawrid Zam’an. Kitab mawrid Zam’an dikarang oleh Syeikh Abdullah Muhammad Qasim Senggora diterbitkan 1315 Hijrah adalah antara kitab Tajwid yang terawal. Penulisan kitab ini meliputi kebanyakan bab ilmu tajwid. Manuskrip kitab ini dicetak oleh syarikat Khazanah Fataniah pada tahun 2004. Walaupun usia kitab ini melebihi seratus tahun tetapi sebahagian guru al-Quran masih menggunakanya dalam pengajaran Ilmu Tajwid. Kajian ini bertujuan mengenalpasti metode penulisan yang dibuat oleh Syeikh Senggora khususnya dalam bab makhraj huruf dan sifat huruf. Selain itu ia juga melihat kepada rujukan dan kaedah memberi takrif kepada istilah ilmu Tajwid. Walaupun ramai yang tidak dapat membaca kitab ini kerana kekurangan naskhah dan bahasa yang digunakan adalah laras bahasa melayu lama tepai kajian ini mendapati kitab Mawrid al-Zam’an adalah kitab yang mempunyai kekuatan dalam menyatakan takrif istilah dalam ilmu tajwid dan menjadi rujukan dalam pengajaran oleh sebahgian guru yang mahir dengan laras bahasa kitab melayu lama.62 357 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Lestari dan Perinciannya Menggunakan Kod Jawi(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ;Syahril Mohamad ;Noor Hafiz Kamaruddin ;Hairi Osman ;Nur Akma BasriMohd Shahfez SulaimanSejak tujuh belas (17) Matlamat Pembangunan Lestari dilancarkan pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kesemua negara dunia perlu mengambil initiatif untuk mencapai pembangunan lestari dalam pelbagai bidang. Walaupun demikian di dapati banyak negara maju yang mungkin maju dari segi ekonominya dan penciptaan teknologi baru tetapi tidak seimbang dari aspek sosialnya. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk memahami apakah maksud sebenar yang terdapat pada perkataan ‘pembangunan lestari’ dengan menggunakan metodologi qualitatif dengan pendekatan analisa kandungan dan teknik aplikasi Kod Jawi. Kod jawi adalah satu sistem permaknaan Bahasa Melayu. Satu sistem yang terhasil dari kearifan lokal yang terdiri daripada huruf jawi yang mempunyai maksud secara piawai. Melalui penerapan Kod Jawi, karekter setiap perkataan dapat dibedah. Dengan menaplikasikan kod jawi pada perkataan 'pembangunan lestari' akan membolehkan setiap orang atau organisasi yang terlibat dalam pembangunan memahami dengan lebih baik ciri-ciri sebenar yang boleh dilaksanakan sehingga pembangunan lestari dapat dicapai dengan jayanya.18 83 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendidikan Islam dalam Pembangunan Insan Berkualiti(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Muhammad suhaimi HaengyamaKajian ini adalah bertujuan untuk menyatakan konsep pendidikan Islam dan peranannya dalam pembangunan dan membina Insan yang berkualiti, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia, sebagaimana pendidikan Islam adalah sejenis pendidikan yang membina insan untuk membentuk dan mencapai ketenangan di dunia dan akhirat. Itu terhenti kepada dua asas yang penting iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Pendidikan Islam adalah teori yang memberi kesan dan metodologi penting yang selalu diguna oleh Rasullullah صلى الله عليه وسلم . Dari kajian ini didapati bahawa pendidikan Islam adalah sebaik-baik pendidikan yang memberi kesan dalam mencadang insan yang bermoral, berqualiti, baik di bahagian rohani, jasmani dan juga social. Bagitu juga pendidikan Islam adalah sebaik-baik cara tarbiyah, sebaik-baik teladan dalam membina dan membentuk jenerasi dalam masyarakat untuk menjadi insan berkualiti.27 197 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendidikan Karakter dalam Budaya Bugis-Makassar(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;Hardianto Rahman ;Muh. SyukriMuh. JudrahTulisan ini bertujuan untuk: (1) mengungkap nilai-nilai Pendidikan karakter dalam budaya dan tradisi masyarakat Bugis-Makassar untuk dijadikan sebuah konsep dasar dalam rekomendasi kebijakan Pendidikan karakter di Indonesia khususnya di Provinsi Sulawesi Selatan; (2) mengungkap survey pemahaman mahasiswa tentang nilai-nilai budaya Bugis-Makassar. Metode penelitian dilakukan dengan menggunakan pendekatan library research dan fild research dengan Teknik pengumpulan data wawancara dan analisis dokumen. Adapun hasil penelitian menunjukkan bahwa; (1) nilai-nilai Pendidikan karakter/watak dalam budaya dan tradisi masyarakat Bugis-Makassar terdiri dari sistem nilai berupa ide dan gagasan yang termuat dalam adat panggaderreng. Selain sistem nilai norma adat yang termuat dalam panggaderreng, terdapat pula nilai-nilai Pendidikan karakter/watak dalam bentuk verbal dikenal dengan istilah pappaseng (pesan-pesan leluhur). Sistem nilai dan norma adat pangaderreng dan pappaseng dijiwai oleh konsep nilai siri’ na pesse/passe. (2) kefahaman pelajar mengenai nilai krakter/watak dalam budaya Bugis-Makassar telah pudar dan bukan lagi falsafah dan prinsip kehidupan mereka. Atas sebab ini, sangat penting untuk segera membina semula konsep pendidikan watak berdasarkan budaya tempatan.46 25 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penekanan Akidah Dalam Pentafsiran Surah al-Fatihah, Tafsir Nur al-Ihsan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Muhammad Yusry Affandy Md IsaTafsir Nur al-Ihsan merupakan kitab tafsir berbahasa Melayu terawal yang dicetak sempurna pada tahun 1934. Kitab ini yang disusun oleh Hj. Muhammad Sa’id bin ‘Umar (w.1932M) telah menekankan begitu ketara perihal akidah dalam pendahuluan kitab menerusi pentafsiran Surah al-Fatihah. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menjelaskan fakta-fakta utama akidah dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Seterusnya kajian berperanan menganalisis perihal akidah yang wajar dijadikan pedoman dalam kehidupan muslim. Kajian ini penting dalam membuktikan bahawa pentafsiran Surah al-Fatihah sentiasa konsisten dalam menjelaskan prinsip akidah yang bersesuaian dengan kandungan zahir ayatnya. Ilmu berkaitan fiqh dan tasawwuf tidaklah menjadi wadah utama pada peringkat awal pentafsiran kitab Tafsir Nur alIhsan. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan fakta-fakta akidah di dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan penekanan akidah, mewujudkan perbandingan fakta antara sumber tafsir dan merumuskan penekanan akidah. Dapatan kajian menunjukkan pentafsiran Surah al-Fatihah mengandungi prinsip akidah yang selari dengan Rukun Iman. Keimanan kepada Allah S.W.T sentiasa ditekankan pada setiap ayat berpandukan zahir ayat dan mempunyai kesamaan dengan sebahagian kitab tafsir aliran al-ma’thur seperti Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir al-Tabari. Kajian mendapati penekanan akidah adalah selari dengan ajaran Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Meskipun kaedah pentafsiran adalah sederhana tanpa perbahasan panjang, namun para pembaca tafsir berpeluang mendapat ilmu akidah yang jelas lagi sahih di sebalik pentafsiran Surah al-Fatihah.19 194 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penyakit Haiwan Dalam Peribahasa Melayu Menelusuri Kearifan Tempatan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Wan Norasyikin Wan IsmailPeribahasa merupakan komponen penting dalam puisi Melayu tradisional yang mencorakkan nilai budaya masyarakat Melayu. Pelbagai kisah dan teladan dirakamkan dalam peribahasa sebagai panduan dan pedoman untuk generasi seterusnya. Jika dibuat penelitian yang mendalam peribahasa juga mencatatkan pelbagai jenis penyakit. Jenis-jenis penyakit yang dihidapi manusia ini dikaitkan dengan peribahasa haiwan. Haiwan-haiwan ini dijadikan perbandingan dan perlambangan supaya masyarakat Melayu lebih memahami tentang sesuatu perkara. Biasanya haiwan yang menjadi perlambangan ini ialah haiwan yang lebih dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa kehidupan haiwan dan manusia mempunyai pertalian yang akrab. Justeru, kertas kerja ini akan cuba membuat penelitian terhadap jenis-jenis penyakit yang terdapat dalam peribahasa Melayu.17 271 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peranan Madrasah Muhammadiah dan Madrasah Rahmaniah Dalam Pengajian Turath di Kelantan(2021-08-17) ;Ahmad Murshidi Mustapha ;Mohd Nazri Mat ZinZainuddin Che SemanDi Malaysia, institusi pondok sudah sinonim dengan pengajian kitab-kitab turath. Institusi ini bukan sahaja menjadi kesinambungan sistem halaqah yang dijalankan di awal-awal Islam, bahkan ia menekankan aspek kerohanian, akhlak serta pendidikan sepanjang hayat. Institusi pondok sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Kelantan kerana institusi ini telah bertapak di Kelantan dari awal penyebaran Islam di Tanah Melayu. Kelantan juga antara negeri yang terawal dalam mempelopori pengajian Islam melalui institusi pondok. Namun,kerana factor perkembangan pendidikan semasa dan juga ketiadaan pengganti untuk meneruskan legasi institusi ini, maka sesetengah pondok tidak mampu bertahan lama dan terpaksa ditutup. Hal ini lebih ketara ketika berlakunya penjajahan ke atas Tanah Melayu dan berlanjutan sehingga selepas kemerdekaan. Situasi tersebut memberi kesan dalam banyak aspek terutama dalam pengajian turath yang menjadi tunjang kepada institusi pondok. Dengan kesedaran daripada pelbagai pihak, pengajian turath mula dimartabatkan dan institusi pondok terus dibangunkan dengan fasiliti yang selaras dengan perkembangan semasa. Usaha ini membuka kembali mata masyarakat untuk menerima konsep pengajian turath serta menerima keberadaan institusi pondok dalam kelompok institusi pengajian di Malaysia.20 174 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perspektif Masyarakat Terhadap Keperluan Konsep Muakhah Sebagai Satu Mekanisma dalam Menyelesaikan Masalah Masyarakat Tatkala Krisis(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ; ; Konsep mempersaudarakan (Muakhah) antara kaum Muhajirin Mekah yang baru berhijrah ke Madinah dengan kaum Ansar yang merupakan penduduk asal Madinah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW tatkala mula berhijrah dari Mekah ke Madinah merupakan satu langkah menyelesaikan masalah masyarakat tatkala krisis. Konsep ini hampir sinonim dengan konsep bimbingan (mentoring) yang menggalakkan orang lebih pengalaman membantu orang menghadapi masalah membangunkan potensi diri. untuk membimbing orang . Konsep ini yang berjaya memberdaya ahli dalam sesebuah organisasi. Namun, perbezaan kosep ini dengan konsep bimbingan adalah ia dilakukan dalam komuniti masyarakat, mempunyai kaedah tertentu dan mempunyai kesan yang lebih besar. Langkah tersebut dilihat berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat pada ketika itu.yang Islam baru di Madinah menjadi yang kuat dan disegani meskipun pada awalnya mereka berhadapab dengan krisis ini dilihat sebagai satu langkah bimbingan dalam kalangan masyarakat tatkala krisis yang akhirnya berjaya menjadikan mereka dapat mengharunginya. Namun, tiada model pemberdayaan masyarakat melalui konsep ini yang diutarakan bagi diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah masyarakat di kala krisis. Justeru artikel ini cuba meneroka konsep tersebut serta melihat kesesuaiannya untuk diaplikasikan untuk memberdaya masyarakat di kala krisis.26 111 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perspektif Mustafa Al-Siba’i Terhadap Orientalis Berdasarkan Kitab Al-Sunnah WaMakanatuha Fi al-Tashri’ Al-Islami(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Zati Nazifah binti Abdul RahimTerdapat pelbagai kajian dan hasil penulisan yang membincangkan mengenai metodologi yang digunakan oleh orientalis dalam mengkritik ḥadīth dan seterusnya bagaimana pula metodologi yang digunakan oleh cendekiawan Muslim dalam menyangkal dakwaan mereka. Salah satunya ialah hasil karya tokoh cendekiawan Islam, Mustafā al-Sibā'ī iaitu Kitab Al-Sunnah waMakānatuhā fī al-Tashrī 'al-Islāmī, atau terjemahannya, Sunnah dan Peranannya Dalam Penetapan Hukum Islam. Dalam salah satu bab di dalam kitabnya ini, Mustafā al-Sibā'ī memfokuskan hujahnya bagi menyangkal teori yang dikemukakan oleh Ignaz Goldziher, seorang tokoh orientalis yang menjadi rujukan para sarjana barat dalam mengkritik ḥadīth. Oleh itu, dalam kajian ini penulis akan menghuraikan serba sedikit berkenaan Mustafā alSibā'ī berserta dengan hasil karyanya ini dan seterusnya membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan orientalis terutamanya Goldziher berdasarkan perspektif atau pendapat yang dikemukakan oleh Mustafā al-Sibā'ī204 22 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Rawatan Penagihan Dadah Melalui Terapi Psikospiritual Berasaskan Aspek Ibadah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ; ; ; ; Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu isu utama yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saban tahun, penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan remaja dan belia dilihat mengalami tren peningkatan yang amat membimbangkan. Pelbagai usaha sudah dilakukan sejak beberapa dekad lalu, namun penyalahgunaan dadah masih menjadi ancaman terbesar kepada negara. Kerajaan Malaysia melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan PEMADAM telah menjalankan pelbagai usaha pencegahan dan pemulihan bagi membendung masalah ini. Malangnya, hasil yang dicapai tidak setanding dengan kos yang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan. Masalah penyalahgunaan dadah ini, jika tidak ditangani secara serius boleh merosakkan masa depan generasi muda sekaligus memberi kesan kepada usaha pembangunan negara. Kelemahan dalam aspek kerohanian dalam diri khususnya pengamalan dan penghayatan terhadap ibadah harian dilihat sebagai faktor utama yang menyebabkan seseorang individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Perlaksanaan sesuatu ibadah dipercayai merupakan antara komponen terpenting dalam merawat ketagihan dadah. Ini kerana, pengamalan ibadah merupakan wasilah untuk mendekatkan diri dengan tuhan dan merupakan salah satu cara menenangkan jiwa penagih. Justeru itu, artikel ini bertujuan meninjau potensi kaedah rawatan psikospritual berasaskan aspek ibadah dan menganalisis keberkesanannya. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan metode temubual dan analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman, penghayatan dan pengamalan ibadah harian seperti solat, puasa, berzikir dan sebagainya mampu merawat ketagihan dadah secara berterusan dan mencegah penagih untuk kembali relaps22 492 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sejarah Perkembangan Undang-undang Keluarga Islam dan Pusaka Di Selatan Thailand(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;Sulaiman Dorloh ;Mahamatayuding Samah ;Mohd Noor Daud ;Muhammadtahir CheumaTayudin OsmanAgama Islam telah merubah fahaman, keadah-kaedah kehidupan masyarakat, dan corak pentadbiran pemerintah Raja-raja Patani yang mana sebelumnya mereka dipengaruh oleh agama Hindu dan Buddha. Sebagai bukti jelas wujudnya pentadbiran dan pelaksanaan undang-Undang Islam di Patani, terdapat Undang-Undang Islam yang bertulis dan fatwa agama yang keluarkan oleh Shaikh Ahmad dalam bukunya al-Fatawa al-Fataniyyah pada tahun 1905 menunjuk bahawa undang-undang Islam merupakan undang-undang lex loci bagi penduduk Melayu Islam di Patani Darussalam. Raja-raja Patani telah melaksaknakan Undang-Undang Islam secara berperingkat-peringkat sehinggalah Undang-Undang Islam tersebut menjadi undang-undang dasar Negara Patani Darussalam. Pada tahun 1457 Patani di istihar sebagai Negara Islam yang berdaulat. Kedua-duanya menjadi bukti berlakunya perlaksanaan Undang-Undang Islam di Patani Darussalam. Walau bagaimanapun kedatangan Siam ke Patani serta penerimaan Sistem Khaluang Yai dan sistem pemerintah Kheat Jet Hua Muang pada tahun 1901 melalui peraturan 32 telah membawa perubahan kepada pentadbiran negara dan undang-undang Islam. Kertas kerja ini membincangkan sejarah perkembangan dan kedukukan Undang-Undang Islam sebelum dan setelah kedantangan Siam termasuk projek penterjemahan dan penggubalan, proses pentashihan Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam dan Pusaka, kodifikasi Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam dan isuisu berbangkit semasa mekodifikasi Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam dan Pusaka 1946.58 127 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Statistical Analysis Of Malay Manuscripts In The British Library's Online Collection From The 17th To The 19th Centuries(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ; ; ;Nurul Syakirah Muhamad Sukri ;Muhamad Syafiq SahrolPuteri Nurul Afiqah Mohd HamdanMalay Manuscripts are handwritten documents in Malay written in Jawi script that date from the early 14th century to the early 20th century. This study is a statistical assessment of a collection of Malay manuscripts published online at the British Library website between the 17th and 19th centuries. The researcher obtained codicology data for Malay manuscripts from the website. The goal of this study was to describe the codicology pattern of Malay manuscripts published on the website and conduct a statistical analysis based on the data gathered. To accomplish this goal, researchers choose quantitative analyses that are relevant to the study. According to the findings of the study, the codicology pattern of Malay manuscripts on the website can be divided into ten categories. The total number of manuscripts is 126, with the majority of Malay manuscripts dating from the 18th century accounting for 63.49% of the total. The majority of the manuscripts, 81%, are complete, and 63.5% are written in Malay. Furthermore, Khat Farisi recorded a percentage of 28.59%, European paper was the most popular type of paper with 37.3%, and black ink was the most popular with 50% usage. 47.62% are without catchwords, and 54% with no watermarks.13 107 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terapi Penagihan Dadah Berasaskan Akidah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ;Syed Najihuddin Syed Hasin; ; ; Penyalahgunaan dadah merupakan masalah sosial yang dihadapi oleh hampir kesemua negara di dunia pada hari ini. Penagihan dadah khususnya dalam kalangan golongan muda di Malaysia merupakan ancaman utama kepada pembangunan dan kemajuan negara. Peningkatan statistik penagihan dadah saban tahun merupakan kerugian yang besar kepada negara. Ini kerana, dana kewangan negara telah banyak dihabiskan untuk mengekang masalah ini, namun hasil yang didapati tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Aspek akidah dipercayai merupakan komponen terpenting dalam merawat dan memulihkan ketagihan dadah. Hal ini kerana akidah merupakan kunci utama hubungan dan keyakinan umat Islam kepada Allah SWT. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengenalpasti kaedah pemulihan dadah berasaskan metode Islam yang menggunakan aspek akidah seperti zikir kalimah thaiyibah dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti keberkesanan kaedah tersebut dalam pemulihan yang dijalankan. Kajian ini mengunakan kaedah analisa kualitatif berdasarkan hasil pemerhatian dan temubual bersama beberapa tenaga pengurusan pusat pemulihan. Dapatan kajian menunjukkan elemen penghayatan akidah iaitu kefahaman, perasaan dan amalan, kepercayaan, pengharapan, pengawasan, konsep balasan, nilai ketaatan, pengawasan, kepatuhan serta pengurusan diri menyumbang kepada daya tahan individu. Oleh yang demikian, elemen-elemen ini hendaklah digunakan dan diperkasakan sebagai strategi pencegahan dadah dalam program rawatan dan pemulihan di negara ini.28 177 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication اختلاف الأنظمة اللغوية وأثرها في تعليم اللغة العربية لدى الطلبة الملايويي في المدارس الإسلامية بجنوب تايلاند(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;محمد حسينMuhamad Hasin8 26