2021 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 ARIF by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 35
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terapi Penagihan Dadah Berasaskan Akidah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ;Syed Najihuddin Syed Hasin; ; ; Penyalahgunaan dadah merupakan masalah sosial yang dihadapi oleh hampir kesemua negara di dunia pada hari ini. Penagihan dadah khususnya dalam kalangan golongan muda di Malaysia merupakan ancaman utama kepada pembangunan dan kemajuan negara. Peningkatan statistik penagihan dadah saban tahun merupakan kerugian yang besar kepada negara. Ini kerana, dana kewangan negara telah banyak dihabiskan untuk mengekang masalah ini, namun hasil yang didapati tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Aspek akidah dipercayai merupakan komponen terpenting dalam merawat dan memulihkan ketagihan dadah. Hal ini kerana akidah merupakan kunci utama hubungan dan keyakinan umat Islam kepada Allah SWT. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengenalpasti kaedah pemulihan dadah berasaskan metode Islam yang menggunakan aspek akidah seperti zikir kalimah thaiyibah dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti keberkesanan kaedah tersebut dalam pemulihan yang dijalankan. Kajian ini mengunakan kaedah analisa kualitatif berdasarkan hasil pemerhatian dan temubual bersama beberapa tenaga pengurusan pusat pemulihan. Dapatan kajian menunjukkan elemen penghayatan akidah iaitu kefahaman, perasaan dan amalan, kepercayaan, pengharapan, pengawasan, konsep balasan, nilai ketaatan, pengawasan, kepatuhan serta pengurusan diri menyumbang kepada daya tahan individu. Oleh yang demikian, elemen-elemen ini hendaklah digunakan dan diperkasakan sebagai strategi pencegahan dadah dalam program rawatan dan pemulihan di negara ini.28 177 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication تعليم اللغة العربية باستخدام المخيم العربي في المعاهد الأهلية الاسلامية بولاية جالا، جنوب تايلاند(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;Romyi Morhi ;Masamdi Saa ;Maserang Aming ;Fareed AwaeAdilah Hayeeniwae23 8 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perspektif Mustafa Al-Siba’i Terhadap Orientalis Berdasarkan Kitab Al-Sunnah WaMakanatuha Fi al-Tashri’ Al-Islami(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Zati Nazifah binti Abdul RahimTerdapat pelbagai kajian dan hasil penulisan yang membincangkan mengenai metodologi yang digunakan oleh orientalis dalam mengkritik ḥadīth dan seterusnya bagaimana pula metodologi yang digunakan oleh cendekiawan Muslim dalam menyangkal dakwaan mereka. Salah satunya ialah hasil karya tokoh cendekiawan Islam, Mustafā al-Sibā'ī iaitu Kitab Al-Sunnah waMakānatuhā fī al-Tashrī 'al-Islāmī, atau terjemahannya, Sunnah dan Peranannya Dalam Penetapan Hukum Islam. Dalam salah satu bab di dalam kitabnya ini, Mustafā al-Sibā'ī memfokuskan hujahnya bagi menyangkal teori yang dikemukakan oleh Ignaz Goldziher, seorang tokoh orientalis yang menjadi rujukan para sarjana barat dalam mengkritik ḥadīth. Oleh itu, dalam kajian ini penulis akan menghuraikan serba sedikit berkenaan Mustafā alSibā'ī berserta dengan hasil karyanya ini dan seterusnya membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan orientalis terutamanya Goldziher berdasarkan perspektif atau pendapat yang dikemukakan oleh Mustafā al-Sibā'ī204 22 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Lestari dan Perinciannya Menggunakan Kod Jawi(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ;Syahril Mohamad ;Noor Hafiz Kamaruddin ;Hairi Osman ;Nur Akma BasriMohd Shahfez SulaimanSejak tujuh belas (17) Matlamat Pembangunan Lestari dilancarkan pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kesemua negara dunia perlu mengambil initiatif untuk mencapai pembangunan lestari dalam pelbagai bidang. Walaupun demikian di dapati banyak negara maju yang mungkin maju dari segi ekonominya dan penciptaan teknologi baru tetapi tidak seimbang dari aspek sosialnya. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk memahami apakah maksud sebenar yang terdapat pada perkataan ‘pembangunan lestari’ dengan menggunakan metodologi qualitatif dengan pendekatan analisa kandungan dan teknik aplikasi Kod Jawi. Kod jawi adalah satu sistem permaknaan Bahasa Melayu. Satu sistem yang terhasil dari kearifan lokal yang terdiri daripada huruf jawi yang mempunyai maksud secara piawai. Melalui penerapan Kod Jawi, karekter setiap perkataan dapat dibedah. Dengan menaplikasikan kod jawi pada perkataan 'pembangunan lestari' akan membolehkan setiap orang atau organisasi yang terlibat dalam pembangunan memahami dengan lebih baik ciri-ciri sebenar yang boleh dilaksanakan sehingga pembangunan lestari dapat dicapai dengan jayanya.18 83 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi MyKamus Sebagai Pemudahcara Pembelajaran Asas Bahasa Isyarat(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Nurul Izzati Mohd ZakimyKAMUS merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan sebagai pemudah cara untuk mempelajari asas Bahasa Isyarat. Rata-rata masyarakat di Malaysia masih kurang pengetahuan terhadap penggunaan Bahasa Isyarat memandangkan kurangnya pendedahan dan perkongsian ilmu terhadapnya. Keterbatasan ini menyukarkan perkongsian maklumat, luahan rasa, idea serta menjejaskan perkhidmatan dikaunter kerana kurangnya kemahiran dikalangan pegawai atau tanpa kehadiran Jurubahasa Isyarat (JBI). Justeru, usaha membangunkan aplikasi myKAMUS dengan menerapkan penggunaan teknologi diharap mampu menyebar luas ilmu Bahasa Isyarat ini. Satu kajian tinjauan juga telah dilaksanakan dengan mensasarkan 30 orang pelajar Politeknik Banting Selangor sebagai sampel kajian untuk melihat sejauh mana keberkesanan aplikasi myKAMUS membantu dalam penguasaan asas Bahasa Isyarat. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar berpuashati dengan penggunaan Aplikasi myKAMUS serta bersedia dan berkeyakinan untuk berkongsi ilmu yang diperoleh daripada aplikasi ini.16 71 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication تطوير كتاب اللهجة العربية للسياحة(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;محمد زكي نيتيموه ;رمزي مورهيرضوان مادينج51 2 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication اللقاء الحلو بي الحضارة الصينية والحضارة الإسلامية ومدافعه الشيخ وانغ داي يوي(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;محمد موسىMuhamad Musaكان الشيخ وانغ داي يوي من أشهر العلماء املسلمني يف الصني بعد حممد بن عبد هللا بن إلياس الصيين يف أواخر عهد أسرة مينغ وأوائل أسرة تشيغ، ويف الوقت الذي كان عاش الشيخ فيه أن اإلسالم يف الصني يتطور من الوضع الضعيف إىل الوضع التطوري، فبدأ الشيخ وانغ داي يوي يف أتليف الكتب واملقاالت العلمية وأخذ بعض املصطلحات الكونفوشيوسية لشرح األفكار اإلسالمية من القرآن الكرمي والسنة النبوية وكان يسعى إىل التوفيق بني األفكار الكونفوشيوسية واألفكار اإلسالمية، ومحل املسؤولية لدعوة اإلسالم ونشر ثقافتها، وطرح األفكار بشكل منهجي حول التطور اإلسالمي. وتركز هذه املقالة بشكل أساسي على ترمجة سرية الشيخ واخللفية التارخيية له ودراسة حتليلية عن كيفية التوفيق بني احلضارة الصينية واحلضارة اإلسالمية، حيث اكتسب اإلسالم تطورا كبريا وحيوية قوية يف عصره و يدل كل ذلك على أن الشيخ وانغ داي يوي كان يقدم مسامهة كبرية يف التبادل الثقافة اإلسالمية مع الثقافة الصينية. هتدف هذه الدراسة أيضا إىل حتقيق الدعوة الوطنية "سرد القصص الصينية " بشكل جيد، حىت َيعل العامل يفهم الصني بشكل أفضل، وتعريف العلماء املسلمني يف الصني وهم يسارعون منذ أكثر من ألف سنة على دعوة اإلسالم ونشر احلضارة اإلسالمية يف الصني، وهم قدموا مسامهات كبرية لألمة والوطن معا، ويسعى الباحث إىل تعريفهم ابلعامل. و من أجل التمكن من إجراء هذا البحث على أكمل وجه ممكن، فاستخدمت املنهج التارخيي واملنهج التحليلي، وستلتزم الدراسة بتحقيق النتائج التالية: دراسة عن سرية الشيخ وانغ داي يوي ومؤلفاته. و دراسة عن اخللفية التارخيية له واخلصائص الواقعية اليت تواجهها اإلسالم يف عصره. و دراسة عن كيفية التوفيق بني احلضارة الصينية واحلضارة اإلسالمية اليت حققته الشيخ وانغ داي يوي و بذل جهوده فيها12 10 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication سومبڠن شيخ شريف زين العابدين الخراسان دالم دعوهڽ دكمڤوڠ كلابا، سلاتن تايلاند(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;محمد لوبوق اسماعيل ;عبد الله صالح ;Abdullah SalihMuhammad Lubuk Ismail13 35 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan MalaysiaPengaruh dualisme dan sekularisme turut memberi kesan kepada sistem pendidikan negara hasil daripada pegangan epistemologi barat yang masih sukar digugat daripada minda dan kepercayaan masyarakat. Hasilnya, kesepaduan ilmu yang dianjurkan dalam Islam sudah semakin dilupakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Fokus pengajaran GPI kini lebih tertumpu kepada metode hafalan, syarahan, menyalin nota dan kurang menggalakkan proses berfikir dalam kalangan murid. GPI turut dikesan kurang kreatif dalam penyampaian silibus pengajian, tidak variasi dalam pengurusan kelas, dan kurang capaian ilmu daripada sumber yang pelbagai. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk melihat tahap amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam. Seramai 525 orang guru pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Teknik pensampelan yang digunakan ialah multistage cluster sampling.Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data utama. Manakala dapatan kualitatif digunakan untuk memperkayakan dapatan kajian Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan pengajaran (M=4.17) GPI berada pada tahap tinggi. Kajian ini memberi implikasi kepada model pengajaran, IPG, penggubal dasar, sekolah dan guru Pendidikan Islam dalam hasrat meningkatkan kualiti pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan.34 998 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الحوار في الحديث النبوي: استعمال الجمل الأسلوبية المتنوعة(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;سليمان إسماعيل ;ذوالكفل مد عيسى ;نور حسمى محمد سعد ;وان موحاراني محمد ;محمد مروان إسماعيل ;Sulaiman Ismail ;Zulkipli Md. Isa ;Nurhasma Muhamad Saad; يدور هذا البحث حول استعمال اجلمل األسلوبية املتنوعة، يتعلق ابحلوار يف احلديث النبوي. وهو دراسة مكتبية تعتمد على التحليل الوصفي. تكون عينة البحث احلوارات يف أحاديث خمتارة من صحيح البخاري. ويهدف إىل ِع اجلمل األسلوبية يف استخراج اجلمل األسلوبية من تلك األحاديث وتقسيمها وحتليلها الوصفي. َيد البحث تنو احلوارات منها مجلة األمر ومجلة االستفهام ومجلة الشرط ومجلة النهي ومجلة االستثناء. ومبا أن احلديث من أصول النحو املعرتفة هبا فيكون حجة يف النحو وقواعده. وانطالقا من هذه احلقيقة، َيد البحث أن القوانني اليت وضعها النحاة من القدماء واليت سار عليها احملدثون، تناسب بل ختضع الستعمال اجلمل األسلوبية يف تلك األحاديث. ومن املقرتح، االستمرارية يف استخدام مناذج اجلمل من احلديث النبوي يف تعليم النحو العرّب وتعلِمه، مع االعتماد على املواد القرآنية. ويكون ذلك حتقيقا للغرض الرئيس يف تعليم علوم اللغة العربية وهو فهم اإلسالم من منبعيه القرآن الكرمي والسنة النبوية11 28 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metode Interaksi Hadis Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Di Dalam Buku Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Ahmad Izzuddin Abu BakarTujuan artikel ialah mengenal pasti metode interaksi hadis Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (TGHH) di dalam bukunya Taktik Dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau merupakan ilmuan agama yang berkecimpung di dalam politik. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dari jenis analisis kandungan. Dapatan menunjukkan ia mengandungi dua puluh lima (25) buah hadis. Daripada jumlah tersebut, enam belas (16) diriwayatkan oleh salah satu atau lebih kitab-kitab yang dikategorikan sebagai Kutub al-Sittah. Manakala lapan (8) hadis diriwayatkan di dalam kitab Musnad Ahmad. Satu (1) hadis pula tidak dapat ditemui oleh pengkaji. Pecahan status hadis adalah: tiga belas (13) hadis adalah sahih kerana ia diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari atau Sahih Muslim, empat (4) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai sahih, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sahih Lighairihi, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Hasan Lighairihi, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sanadnya Hasan, satu (1) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sebahagiannya Sahih dan satu (1) tidak dapat dipastikan kerana matan asal tidak ditemui oleh pengkaji. Metode interaksi hadis yang dikenal pasti ialah Membawa Terjemahan, Mafhum Atau Sebahagian Hadis, Mengeluarkan Pengajaran Hadis Dari Sudut Politik, Menjelaskan Salah Faham Masyarakat Di Dalam Huraian Hadis dan Menggunakan Sumber Muktabar Dan Hadis Sahih.32 114 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication الشيخ وان أحمد بن محمد زين الفطاني وأثره في الدراسات الصرفية(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)عبد الرشيد هأميي56 15 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication اناليسا تيكنولوجي چارا ڤميندهن اءير ملايو لاما دكاوسن فطاني دار السلام(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;محمد لطفي أحمد عثمان ;عبد الله صالح إسُاعيل جيء يوسف ;Muhammad Lutfi Ahmad 'UthmanAbdullah Salih Ismail Che Yusuf12 75 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Rawatan Penagihan Dadah Melalui Terapi Psikospiritual Berasaskan Aspek Ibadah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ; ; ; ; Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu isu utama yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saban tahun, penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan remaja dan belia dilihat mengalami tren peningkatan yang amat membimbangkan. Pelbagai usaha sudah dilakukan sejak beberapa dekad lalu, namun penyalahgunaan dadah masih menjadi ancaman terbesar kepada negara. Kerajaan Malaysia melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan PEMADAM telah menjalankan pelbagai usaha pencegahan dan pemulihan bagi membendung masalah ini. Malangnya, hasil yang dicapai tidak setanding dengan kos yang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan. Masalah penyalahgunaan dadah ini, jika tidak ditangani secara serius boleh merosakkan masa depan generasi muda sekaligus memberi kesan kepada usaha pembangunan negara. Kelemahan dalam aspek kerohanian dalam diri khususnya pengamalan dan penghayatan terhadap ibadah harian dilihat sebagai faktor utama yang menyebabkan seseorang individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Perlaksanaan sesuatu ibadah dipercayai merupakan antara komponen terpenting dalam merawat ketagihan dadah. Ini kerana, pengamalan ibadah merupakan wasilah untuk mendekatkan diri dengan tuhan dan merupakan salah satu cara menenangkan jiwa penagih. Justeru itu, artikel ini bertujuan meninjau potensi kaedah rawatan psikospritual berasaskan aspek ibadah dan menganalisis keberkesanannya. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan metode temubual dan analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman, penghayatan dan pengamalan ibadah harian seperti solat, puasa, berzikir dan sebagainya mampu merawat ketagihan dadah secara berterusan dan mencegah penagih untuk kembali relaps22 492 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Statistical Analysis Of Malay Manuscripts In The British Library's Online Collection From The 17th To The 19th Centuries(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ; ; ;Nurul Syakirah Muhamad Sukri ;Muhamad Syafiq SahrolPuteri Nurul Afiqah Mohd HamdanMalay Manuscripts are handwritten documents in Malay written in Jawi script that date from the early 14th century to the early 20th century. This study is a statistical assessment of a collection of Malay manuscripts published online at the British Library website between the 17th and 19th centuries. The researcher obtained codicology data for Malay manuscripts from the website. The goal of this study was to describe the codicology pattern of Malay manuscripts published on the website and conduct a statistical analysis based on the data gathered. To accomplish this goal, researchers choose quantitative analyses that are relevant to the study. According to the findings of the study, the codicology pattern of Malay manuscripts on the website can be divided into ten categories. The total number of manuscripts is 126, with the majority of Malay manuscripts dating from the 18th century accounting for 63.49% of the total. The majority of the manuscripts, 81%, are complete, and 63.5% are written in Malay. Furthermore, Khat Farisi recorded a percentage of 28.59%, European paper was the most popular type of paper with 37.3%, and black ink was the most popular with 50% usage. 47.62% are without catchwords, and 54% with no watermarks.13 107 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication معالجة السنة النبوية لمشكلة الفقر فى المجتمع المسلم(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ; 15 42 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Hukuman Ta’zir Di Era Kerajaan Islam Aceh : Kajian Manuskrip Hujjatul Balighah Karya Syeikh Jalaluddin Al-Asy(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Ahmad Misbah Muhamad HilmiKertas kerja ini adalah bertujuan menonjolkan sistem penghakiman yang diaplikasi oleh Kerajaan Islam Aceh dengan fokus hukum al-Ta’zir yang terdapat dalam manuskrip Hujjatul Balaighah karya Syeikh Jalaluddin al-Asy. Matlamat penulisan ini membincangkan ringkas tentang penghakiman Ta’zir oleh seoarng tokoh hakim Aceh yang pernah berjasa kepada dunia Islam di Nusantara khususnya ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam Aceh. Kajian ini hanya memfokuskan satu bahagian dari keseluruhan kandungan manuskrip. Walaupun banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap Ta’zir, namun jarang ditemui contoh aplikasi Ta’zir disebutkan dari sejarah silam melalui fakta yang terdapat dalam manuskrip kerana ia adalah sumber-sumber rujukan yang berwibawa dan penting. Secara umum penghasilan dari manuskrip ini sangat bermanfaat sebagai bukti kelangsungan keadilan sistem kehakiman Islam adalah merupakan objektif paling utama dalam syariat Islam untuk dipelihara.48 12 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication جهود الشيخ رشد الله بن رشيد الدين الراشدي السندي ت 1340 ه في خدمة أحاديث الإمام أبي حنيفة(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17) ;عمر بن عزلانحلمي أريس7 5 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication شيخ حاج عبد الله بن حاج عبد اللطيف – فطاني سلاتن تايلند(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17); ;Imran Bin Abdul Halim ;Mohd Fauzi Mohd Amin; ;Muhammad Widus Sempo; ;Eddie ibn Mohdi Al-FattanFarida Haji Teh27 105 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendidikan Islam dalam Pembangunan Insan Berkualiti(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-08-17)Muhammad suhaimi HaengyamaKajian ini adalah bertujuan untuk menyatakan konsep pendidikan Islam dan peranannya dalam pembangunan dan membina Insan yang berkualiti, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia, sebagaimana pendidikan Islam adalah sejenis pendidikan yang membina insan untuk membentuk dan mencapai ketenangan di dunia dan akhirat. Itu terhenti kepada dua asas yang penting iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Pendidikan Islam adalah teori yang memberi kesan dan metodologi penting yang selalu diguna oleh Rasullullah صلى الله عليه وسلم . Dari kajian ini didapati bahawa pendidikan Islam adalah sebaik-baik pendidikan yang memberi kesan dalam mencadang insan yang bermoral, berqualiti, baik di bahagian rohani, jasmani dan juga social. Bagitu juga pendidikan Islam adalah sebaik-baik cara tarbiyah, sebaik-baik teladan dalam membina dan membentuk jenerasi dalam masyarakat untuk menjadi insan berkualiti.27 197