Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL) by Subject "Adat Perpatih"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Al-'Adah Muhakkamah Dalam Pewarisan Tanah Adat Menurut Adat Perpatih Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Setiyawan Gunardi ;Mualimin Mochammad Sahi ;Amir Husin Mohd Nor ;Azman Ab. Rahman; ;Mahmoud Mohamed Ali ;Fithriah Wardi ;Nik Rahim Nik WajisMohamad Ikwan HamiAdat Perpatih merupakan salah satu adat yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia khususnya sebahagian besar masyarakat di Negeri Sembilan dan sekolompok kecil masyarakat di Melaka. Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjaga kawasan tanah sebelah darat dan diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. Adat ini dibawa ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau pada kurun ke-17. Namun begitu, masih terdapat kekeliruan yang berlaku di kalangan masyarakat berkenaan beberapa amalan adat Perpatih yang dianggap bercanggah dengan syarak. Di antara amalan yang menjadi isu perbualan hangat di kalangan masyarakat ialah isu pembahagian Tanah Adat di Negeri Sembilan atau di kalangan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih. Amalan pembahagian ini dikatakan bercanggah dengan Islam kerana tidak mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak menerusi kaedah Faraidh. Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan menunjukkan fakta kurang tepat seperti yang beredar di masyarakat dan ia perlu diperbetulkan. Kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat awam terhadap amalan adat ini telah menyebabkan anggapan bahawa amalan tersebut salah di sisi Syarak. Kajian dan penelitian secara terperinci perlu dijalankan sebelum menghukum sama ada sesuatu perkara itu dibenarkan ataupun sebaliknya. Justeru, artikel ini akan menganalisis dan meneliti secara mendalam berkenaan isu pewarisan tanah Adat dan kaitannya dengan konsep Al-�adah Muhakkamah. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang menganalisis data-data secara deskriptif. Selain itu metod perbandingan juga akan digunakan untuk membandingkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang menyelidik, mengkaji dan menulis dalam isu ini. Hasil kajian mendapati bahawa amalan pewarisan tanah Adat ini bertepatan dengan konsep Al-�adah Muhakkamah berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat. Secara dasarnya, amalan tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa ia salah di sisi Islam kerana tidak terdapat dalil (nas) atau bukti yang mengharamkannya.30 174 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan Tanah Adat Di Negeri Sembilan: Halatuju Dan Cabaran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017); ; ;Resali Muda; ; ; ; Nurul Hidayah IbrahimFenomena tanah terbiar adalah permasalahan yang dialami oleh setiap negeri di Malaysia. Negeri Sembilan juga tidak terlepas dari permasalahan ini. Akan tetapi keadaan di Negeri Sembilan agak berbeza. Ini adalah kerana kategori tanah terbiar juga merangkumi tanah adat yang terbiar. Tanah adat adalah tanah yang dimiliki oleh suku dari mereka yang mengamalkan Adat Perpatih.� Adat Perpatih merupakan adat yang unik dan telah sekian lama diamalkan oleh penduduk Negeri Sembilan khasnya dan penduduk Melaka secara amnya. Namun begitu, suatu dilema telah dikenalpasti terhadap pembangunan tanah adat ialah cadangan pembangunan yang bakal dilakukan ke atas tanah adat hendaklah mendapat persetujuan pemilik dan Lembaga Tanah Adat terlebih dahulu. Tanah adat juga tidak boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan untuk mengelakkan tanah tersebut digadai sekiranya pencagar gagal melunaskan pinjaman yang bersandarkan tanah adat tersebut. Disebabkan kekangan ini, pihak pemaju dari sektor swasta kurang berminat untuk memajukan tanah adat tersebut. Kertas ini bertujuan untuk menggenalpasti konsep yang sesuai yang boleh diaplikasi untuk membangunkan tanah adat. Konsep tersebut dijangka boleh dijadikan sebagai satu asas dalam meningkatkan kefahaman pemilik dan bakal pemaju terhadap pembangunan tanah adat. Justeru konsep ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam usaha untuk membangunkan tanah adat di Negeri Sembilan.2 12