Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL) by Subject "Adat Perpatih"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Amalan Pewarisan Tanah Adat Berdasarkan Undang-Undang Tanah Adat Di Kalangan Masyarakat: Kajian Di Negeri Sembilan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017); ; ; ; ;Nurfadhilah Che Amani; ;Tengku Mansur Tengku Zainal Abidi; ;Nawal Sholehuddin; ; ;Siti Selihah Che Hassan ;Ahmad Anis Muhd Fauzi; ;Che Zuhaida Saari ;Nurfadhilah Che Amani; Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam pewarisan harta mengikut adat perpatih yang memberikan amanah kepada kaum perempuan untuk mewarisi tanah adat. Namun, sejauh manakah pengamalan masyarakat di Negeri Sembilan ini terhadap tanah adat? Apakah isu-isu yang timbul sepanjang perlaksanaan adat ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan dalam pewarisan tanah adat dan perlaksanaan undang-undang tanah adat serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah survei yang melibatkan 525 orang sampel berdasarkan teknik prosedur pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan berkaitan pewarisan tanah adat masih lagi tinggi disamping perlaksanaan undang-undang tanah adat yang terus berjalan sehingga kini . Namun, terdapat beberapa isu yang timbul di sepanjang perlaksanaan undang-undang ini. Masalah yang timbul berpunca sama ada daripada pihak pejabat tanah mahupun pengamal tanah adat itu sendiri. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tahap amalan serta isu-isu yang timbul berkaitan tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk menangani masalah-masalah yang timbul agar amalan pewarisan tanah adat dan perlaksanaan undang-undang tanah adat boleh dijalankan dengan lebih berkesan.6 49 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Amalan Masyarakat Terhadap Tanah Adat Dan Undang-Undang Tanah Adat: Kajian Di Negeri Sembilan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Azman Ab Rahman ;Tengku Mansur bin Tengku Zainal Abidin; ; ; ; ; ;Nawal Sholehuddin; ;Siti Selihah Che Hassan ;Ahmad Anis Muhd Fauzi; ; Nurfadhilah Che AmaniTanah adat dan undang-undang tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam pewarisan harta mengikut adat perpatih yang memberikan amanah kepada kaum perempuan untuk mewarisi tanah adat. Namun, timbul persoalan tentang tahap pengamalan masyarakat terhadap undang-undang ini pada hari ini dan isu-isu yang timbul sepanjang perlaksanaan undang-undang tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah survei yang melibatkan 525 orang sampel berdasarkan teknik prosedur pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat masih lagi tinggi. Namun, terdapat beberapa isu yang timbul di sepanjang perlaksanaan undang-undang ini. Masalah yang timbul berpunca sama ada di pihak pejabat tanah mahupun pengamal tanah adat itu sendiri. Implikasi kajian ini ialah dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tahap amalan dan isu-isu yang timbul berkaitan tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk menangani masalah-masalah yang timbul agar amalan tanah adat dan undang-undang tanah adat boleh dilaksanakan dalam suasana yang lebih harmoni.5 23