2024 ICIMAC (Extended Abstract)
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 ICIMAC (Extended Abstract) by Subject "Bajau Laut"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Membantu Kanak-Kanak Bajau Laut Mengecam, Menyebut dan Menulis Huruf Hijaiyah Sin dengan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar ‘Tsin’(Faculty of Leadership & Management, 2024) ;Nur Insyirah Suhim @ Suhili ;Septya Asfadina Ahmad JamilNorhafizah AhmadTulisan Jawi adalah kumpulan huruf yang teratur, membentuk sistem penulisan yang umumnya digunakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia, selain dari tulisan rumi. Jika di susun dengan betul mengikut hukum penulisannya, ia akan membentuk suku kata dan perkataan yang bermakna. Huruf jawi juga merupakan salah satu tajuk pembelajaran yang perlu diajar oleh guru kepada murid sejak di bangku sekolah rendah lagi. Walau bagaimanapun, terdapat ramai murid-murid sekolah yang lemah dalam mengenal bentuk huruf, menyebut dan menulis perkataan menggunakan huruf jawi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memastikan peningkatan keupayaan kanak-kanak Bajau Laut dalam mengecam, menyebut dan menulis huruf Sin ( (س dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ‘TSin’. Terdapat lapan orang kanak-kanak Bajau Laut di Madrasah Terapung di daerah Semporna, Sabah yang melibatkan dua orang kanak-kanak lelaki dan enam orang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan lima hingga 15 tahun. Kami menggunakan 2 sumber data iaitu borang senarai semak dan gambar video. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir semua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada kemahiran mereka dalam mengecam, menyebut dan menulis huruf jawi. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ‘TSin’ telah meraih keberkesanan. Kami berharap agar kajian ini dapat membantu para guru dalam mencipta Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan dan menarik untuk pembelajaran kanak-kanak Bajau Laut.112 23 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Miskin Haid Isu dan Cabaran Literasi Digital dalam Kalangan Remaja Wanita Etnik Bajau Laut di Semporna, Sabah(Faculty of Leadership & Management, 2024) ;Aisah HossinMohd Hanafi JumrahKemiskinan haid atau digelar sebagai ‘period poverty’ merupakan kekangan yang dihadapi oleh individu dari aspek pengurusan yang betul dan lebih bersifat sanitari semasa proses haid atau ‘datang bulan’ yang kebiasaannya terjadi kepada golongan wanita khususnya yang belia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kekurangan air bersih dan juga kemudahan untuk memiliki tuala wanita. Sehubungan dengan itu, kajian ini melihat apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita khususnya belia dalam kalangan masyarakat Bajau Laut di Semporna, Sabah dari aspek literasi digital bagi membolehkan mereka mempelajari dan mempraktikkan teknik pengurusan yang betul untuk penjagaan kendiri mereka. Penelitian ini akan menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual secara mendalam terhadap lapan orang remaja etnik Bajau Laut yang memenuhi kriteria persampelan bertujuan iaitu remaja yang sudah akil baligh dan tinggal di dalam Lepa. Dengan menggunakan analisis naratif dan kerangka literasi digital kajian ini mendapati ekonomi keluarga yang rendah menyebabkan informan tidak berupaya untuk membeli gadget. Keadaan ini mengekang informan dalam mencari informasi berkaitan haid dan pengurusan yang betul, sebaliknya informan lebih bergantung kepada informasi secara fizikal (face to face) daripada NGO atau mana-mana persatuan yang datang memberikan bantuan dan informasi dari keluarga serta rakan. Kajian ini mencadangkan agar semua pihak termasuk pihak kerajaan dan NGO untuk bersama-sama dalam menggembleng tenaga bagi memastikan masalah miskin haid ini dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menyalurkan pelbagai medium penyaluran maklumat seperti menyediakan kemudahan booth informasi digital berhampiran kawasan yang biasanya menjadi laluan atau persinggahan komuniti Bajau Laut.44 278