Journal of Maalim al-Quran wa al-Sunnah
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Journal of Maalim al-Quran wa al-Sunnah by Subject "Al-Quran"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kritikan Orientalis Terhadap Keaslian Bahasa al-Quran: Analisis Terhadap Teori Perkataan Asing dalam al-QuranKritikan terhadap keaslian bahasa al-Quran telah bermula pada zaman Quraysh lagi. Kesukaran untuk memahami beberapa perkataan di dalam al-Quran menjadikan mereka ragu tentang keaslian bahasa al-Quran. Fenomena ini terus berlaku sehingga hari ini. Bezanya, kumpulan penyelidik barat mendekatiteks al-Quran dengan pendekatan baharu dan metode bersesuaian dengan zaman moden. Dapatan kajian mereka mencadangkan bahawa al-Quran ini terkandung pelbagai perkataan asing yang dipinjam oleh Muhammad ketika berlaku interaksi Baginda dengan kelompok manusia yang bukan berbangsa Arab. Kajian ini meneroka telahan dan kajian yang djalankan oleh orientalis serta melakukan kajian perbandingan terhadap kesimpulan yang dihasilkan oleh mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif di mana dapatan kajian penyelidik baratakan dinilai dengan pandangan sarjana Muslim yang turut mengemukakan penafsiran terhadap perkataan yang sukar difahami di dalam al-Quran. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa saranan yang disimpulkan oleh kumpulan orientalis ini sukar untuk dibuktikan dengan sekadar hanya mengemukakan rekod pertemuan Baginda dengan bangsa asing yang berada disekitar semenanjung tanah Arab.15 29 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelupusan Al-Quran di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal Pelupusan Secara Penanaman(Universiti Sains Islam Malaysia, 2024-06-01) ;Muhammad Asyraf bin Mohd Zamri ;Mohd Zahir Abdul Rahman ;Muhamad Hafizuddin bin Mohamed Najid ;Mohd Zohdi bin Mohd Amin ;Norakyairee bin Mohd RausLatiffah KarimMenjaga kemuliaan al-Quran merupakan kewajipan bagi umat Islam. Pelupusan al-Quran secara patuh syariah adalah langkah yang diambil bagi menjaga kemuliaan kitab suci ini sejak zaman berzaman sehingga kini. Di Malaysia, pelupusan al-Quran dilakukan terhadapmushaf yang tersilap cetak, terkoyak, rosak, usang dan luput. Tambahan pula, belakangan ini isu mushaf rosak akibat bencana banjir menyebabkan teks tersebut basah, kembang dan berlumpur kembali meningkat. Secara umumnya di Malaysia, kaedah pembakaran diguna pakai untuk melupuskan kitab suci ini, namun mushaf yang rosak akibat banjir menyebabkan kasukaran untuk bahan itu dilupuskan secara pembakaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejumlah kaedah pelupusan al-Quran berdasarkan pandangan sarjana Muslim yang bersesuaian untuk digunakan pasca bencana banjir. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan instrumen pengumpulan data kajian menerusi analisis dokumen. Hasil dapatan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah pelupusan al-Quran yang dibincangkan oleh para sarjana Muslim seperti kaedah pembakaran, penanaman dan nyahdakwat (deinking). Walaupun kaedah penanaman sudah di wartakan di peringkat pusat menerusi Muzakarah MKI kali ke 30 pada tahun 1992 tetapi masih belum pernah di praktikkan melalui agensi terbabit. Justeru, kajian berharap supaya kaedah penanaman dapat diketengahkan sebagai alternatif penyelesaian isu pelupusan al-Quran pasca banjir.42 15 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Warna Hijau Menurut Perspektif Al-Quran: Satu Analisis Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019)Mohamed Razali, N.Warna merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam kehidupan manusia. Di dalam al-Qurān, Allah Subhānahu wata’āla menyebut secara khusus warna-warna tertentu bagi menggambarkan keadaan tertentu. Di antara warna yang disebut di dalam al-Qur’ān ialah warna hijau yang mana ia merupakan warna yang sinonim dengan alam semulajadi. Namun begitu, penggunaan warna hijau di dalam setiap ayat pastinya membawa makna berbeza justeru memerlukan pemahaman dan tafsiran khusus dari ulama’ tafsir. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat al-Qur’ān yang menyebut warna hijau secara langsung dan tidak langsung. Bagi mencapai tujuan ini, penulis akan menggunakan kaedah induktif dengan cara mengumpul ayat-ayat al-Qur’ān yang mengandungi lafaz warna hijau kemudian menganalisis penggunaannya di dalam setiap ayat. Hasil analisis awal mendapati terdapat sembilan ayat yang menyebut warna hijau secara langsung dan satu ayat secara tidak langsung. Sebahagiannya menyentuh keadaan di dunia dan sebahagian lagi menjelaskan tentang kehidupan di hari akhirat, yang mana kesemua ayat ini membawa maksud yang positif seperti keamanan, ketenteraman dan kerehatan. Justeru pemilihan dan penggunaan warna hijau di dalam al-Qur’ān selari dengan emosi dan kehendak manusia yang cenderung kepada alam semulajadi yang kebiasaannya sinonim dengan warna ini.44 4