2021 SAIS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 SAIS by Subject "Aktivisme sosial,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aktivisme Sosial Dan Pemerkasaan Penglibatan Masyarakat Dalam Era Media BaharuMasyarakat merupakan anggota penting bagi sesebuah negara yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan tunjang kepada pembentukan perpaduan nasional. Masyarakat juga bertindak sebagai agensi sosial yang memainkan peranan penting melalui penglibatan aktiviti sosial. Namun, kita melihat pembangunan teknologi yang pesat memberi cabaran kepada penglibatan masyarakat secara aktif, di mana masyarakat turut memerlukan kemahiran penggunaan teknologi media baharu untuk mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti sosial secara dalam talian. Sungguhpun perspektif barat memberikan penekanan terhadap pembangunan ‘Masyarakat Bermaklumat’ dan sudut pandang ‘tekno-sosial’ yang mencerminkan peranan agensi sosial dalam penghasilan maklumat dan tuntutan kemahiran, perspektif tersebut terpisah dari lensa agama. Artikel ini membincangkan aktivisme sosial dan pemerkasaan penglibatan masyarakat dalam era media baharu menerusi teori dan sorotan kajian menurut perspektif barat dan Islam. Dapatan dari perbincangan mendapati Islam turut menekankan ilmu, pengetahuan dan kemahiran. Komiditi bukanlah matlamat utama kerana pemerkasaan penglibatan masyarakat perlu menitikberatkan pembangunan insan berlandaskan prinsip dan nilai-nilai Islam. Artikel ini turut menghuraikan fenomena aktivisme sosial yang banyak dikendalikan menerusi media sosial serta kesan dari penggunaan media baharu terhadap aktivisme sosial. Kata kunci: Aktivisme sosial, Media Baharu, Pemerkasaan Masyarakat.32 1105