2021 SAIS
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2021 SAIS by Subject "Analisis Kandungan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pelaporan Berita Ekonomi Di Akhbar Bahasa Melayu Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1: Satu Analisis KandunganPenyampaian berita memainkan peranan yang penting dalam masyarakat terutama ketika berlakunya sesuatu krisis. Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menyebabkan berlakunya perubahan lanskap dalam kita menjalankan kehidupan seharian sehinggakan ianya digelar sebagai norma baharu. Akhbar memainkan peranan yang penting dalam penyampaian berita kepada khalayak masyarakat dengan menetapkan nada berita yang ingin disampaikan ketika berlakunya sesuatu krisis. Kertas ini bertujuan untuk mengupas tema-tema utama berkaitan ekonomi yang disiarkan di akhbar-akhbar utama Bahasa Malaysia di sepanjang Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung dari 18 sehingga 31 Mac 2020. Pendekatan analisis kandungan telah digunakan untuk mendapatkan tema-tema utama berita berkaitan kepenggunaan yang disiarkan di sepanjang tempoh 2 minggu tersebut. Dapatan telah menunjukkan bahawa tema-tema utama untuk isu tersebut berkisar mengenai tanggungjawab kerajaan dalam mempastikan bekalan barangan asas mencukupi. Selain itu tema-tema utama yang berkisar mengenai peranan kerajaan dalam merangsang ekonomi dengan memperkenalkan bantuan-bantuan umum dan khas untuk rakyat serta penerangan mengenai prosedur sektor ekonomi untuk beroperasi juga menjadi keutamaan untuk disiarkan di akbar-akhbar utama Bahasa Malaysia. Secara kesimpulan, nada yang ingin disampaikan oleh kedua-dua akhbar ini adalah bersifat positif yang memperlihatkan usaha kerajaan dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai perubahan norma kehidupan di samping memperkenalkan bantuan-bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan disebabkan berlakunya Pandemik COVID-19 ini. Kata Kunci: COVID-19; Ekonomi; Berita; Akhbar; Analisis Kandungan7 118