2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Subject "Aplikasi, Al-Mathurat, Zikir"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Zikir Pagi dan Petang: Satu Kajian mengenai Aplikasi Al-Mathurat dalam Kalangan Pelajar FPQS(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Siti Nur Ain Binti Md Shahimi ;Wan Nazierah Binti Wan Hassan ;Khairul Najwa Binti Che HamidAl-Mathurat dikenali sebagai salah satu karya milik Imam Hasan Al-Bana, dalamnya terdapat kumpulan ayat-ayat al-Quran, hadis pilihan dan himpunan doa harian. Demikian, dunia kini semakin maju dengan kecanggihan teknologi, di mana Al-Mathurat telah ditranformasikan kepada satu aplikasi yang menggabungkan himpunan zikir pagi dan petang. Ia dikenali sebagai aplikasi Al-Mathurat yang mana boleh didapatkan di “playstore”. Namun, ramai di kalangan pelajar FPQS tidak mengetahui tentang kewujudan aplikasi Al-Mathurat ini bahkan kesibukan dengan jadual seharian menyebabkan tidak sempat untuk membaca Al- Mathurat. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi penggunaan aplikasi Al- Mathurat dalam kalangan pelajar FPQS. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu mengumpul data melalui kajian soal selidik dan juga kaedah kualitatif iaitu melalui tinjaun bahan-bahan rujukan dan pustaka. Hasil kajian ini mendapati aplikasi Al- Mathurat dapat menggalakkan pelajar mengamalkan zikir disamping memudahkan pelajar mengakses aplikasi ini dimana-mana sahaja. Penggunaan aplikasi mobile ini adalah satu alternatif terkini dalam menyampaikan dakwah secara pantas dan cepat tanpa mengira waktu dan lokasi. Lantasan itu, penggunaan aplikasi Al-Mathurat ini perlu didedahkan secara lebih meluas dalam kalangan pelajar FPQS. Kesimpulannya, kewujudan aplikasi Al-Mathurat ini memudahkan pengguna bagi mengamalkan zikir pagi dan petang serta dapat dijadikan sebagai satu platform rujukan dalam pembacaan zikir sughro dan kubro. Justeru itu, diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar FPQS terhadap penggunaan aplikasi tersebut dan dapat dijadikan sebagai amalan zikir harian.45 443