2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Subject "Aplikasi The Noor, zaman teknologi, Al quran player"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keberkesanan Aplikasi The Noor terhadap Pelajar Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Zakira Imana binti Muhammad Nazar ;Nurul Fitri Izwani binti Hajari ;Nadhirah Husna binti Mohd KhadirAplikasi The Noor merupakan salah satu aplikasi berkaitan gaya hidup muslim yang digunakan dalam kegiatan harian. Aplikasi baru ini lebih mudah diakses kerana sifatnya yang boleh dimuat turun untuk sistem operasi android dan apple,ios. Aplikasi The Noor ini dikenali sebagai satu medium untuk memudahkan ibadah seharian iaitu fungsinya yang mempunyai jadual waktu solat interaktif. Tambahan lagi, aplikasi ini menyediakan Al quran Player dan pilihan bacaan audio dalam tiga mod yang berbeza. Aplikasi The Noor juga memudahkan muslim melakukan amalan-amalan sunat seperti sedekah dan amalan-amalan zikir mendekatkan diri kepada pencipta pada pagi dan petang serta membantu para musafir untuk mencari arah kiblat mengikut destinasi semasa. Dengan wujudnya aplikasi ini secara tidak langsung telah memudahkan pengguna dalam ibadah harian mereka. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keberkesanan aplikasi The Noor terhadap pelajar quran sunnah Universiti Sains Islam Malaysia. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kuantitatif iaitu melalui kajian lapangan dan tinjauan kepada 33 responden terdekat di kalangan pengguna aplikasi The Noor. Hasil kajian ini mendapati keberkesanan aplikasi The Noor mempengaruhi persepsi pengguna terhadap pengajian islam. Kesimpulannya, kewujudan aplikasi The Noor pada hari ini memudahkan kita dalam urusan ibadah dan menjadikannya sebagai salah satu medium pembelajaran agama dengan panduan yang betul. Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat menjadi manfaat dan pengetahuan kepada masyarakat umum dalam penggunaan aplikasi yang wujud pada masa kini.26 133