2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Subject "Dakwah, Masjid, Atas Talian"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keberkesanan Aktiviti Dakwah di Masjid atau di Atas Talian: Satu Perbandingan(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Nur Emilia Syafieka binti Ahmad Norizry ;Nur Atiqah binti Mohd Razib @ Mohd RaziPenelitian ini mengangkat keberkesanan aktiviti dakwah di masjid atau di atas talian pada era baharu kini. Kehadiran media baharu serba sedikit menenggelamkan peranan institusi masjid dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah. Mengambil kira perubahan kelompok masyarakat yang menjadi sasaran dakwah seiring dengan perubahan masa dan zaman, penyampaian dakwah yang lebih interaktif dan kreatif harus digerakkan dengan pelbagai cara agar menepati keperluan kelompok sasaran. Susulan itu, program dakwah tidak lagi terhad kepada ceramah, kuliah dan kelas pengajian secara tradisonal malah pelbagai bentuk program dakwah di media baharu seperti Facebook, aplikasi WhatsApp, Instagram, Youtube dan lain-lain. Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan aktiviti dakwah yang dilakukan di masjid atau di atas talian pada masa kini. Kajian ini turut mengemukakan cabaran serta kesan usaha dakwah oleh institusi masjid serta atas talian. Metode yang digunakan adalah kualitatif dengan melakukan survey kepada 50 orang yang dipilih secara rawak bagi mengetahui permasalahan di kawasan lapangan. Berdasarkan penelitian ini, secara umumnya dapat dikatakan bahawa peranan pendakwah sangat penting dalam menangani isu-isu dakwah masa kini seiring dengan perkembangan teknologi yang berlaku bagi menjamin keberkesanan dalam berdakwah kerana ia dapat memberi kesan yang besar kepada peningkatan ketakwaan individu.83 1289