2023 ARIF
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2023 ARIF by Subject "al-Quran, sains, sainstisme, teori"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sainstisme dan Kebenaran Al-Quran(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Muhammad Aminullah Bin Rosdi ;Muhammad Syakir Bin Mustaffa ;Mohamad Zuhhairi bin RatijanMaisarah SaidinIslam adalah agama yang syumul, sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada sains. Dalam Islam terdapat pelbagai ilmu berkaitan kehidupan yang didasarkan dari al-Quran dan Hadis. Begitu juga bidang ilmu lain seperti astronomi, biologi, zoologi dan sebagainya tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Namun, terdapat sebahagian besar masyarakat yang taksub untuk memisahkan al-Quran daripada sains antaranya adalah golongan sainstisme. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti punca atau faktor wujudnya sainstisme dalam masyarakat, seterusnya mengetahui teori sainstisme serta mengkritik teori mereka berdasarkan hujah dan kebenaran yang termaktub dalam Al Quran demi pemeliharaan syariat Islam yang semakin terjejas. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis dokumen dan teks al-Quran. Hasil daripada kajian tersebut, teori yang disebarkan oleh golongan sainstisme didapati sepenuhnya terpesong apabila teknologi masa kini telah mengkaji kebenaran yang terdapat dalam al-Quran. Sebagai contoh, teori Darwin yang mengatakan manusia berevolusi daripada monyet, telah terbukti bahawa Al-Quran menyatakan manusia berasal dari air mani (al Mu'minun: 14). Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat membuka mata masyarakat untuk mendalami lebih lanjut tentang hubung kait antara al-Quran dan Sains seterusnya bergegang teguh dengan kehujahan al-Quran.47 1566