2024 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 i-STET by Subject "Adaptasi"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adaptasi Budaya Masyarakat Prasejarah Terhadap Persekitaran: Kajian Kes Lembah Lenggong, Perak(Penerbit USIM, 2024) ;Naizatul Akma Mohd Mokhtar ;Norkhairunnisa TalibMokhtar SaidinMasyarakat awal prasejarah di Malaysia bermula di Lembah Lenggong, Perak dengan kebudayaan Paleolitik lebih 1.83 juta tahun dahulu, diikuti oleh kebudayaan Neolitik dan akhirnya kebudayaan zaman Logam. Masyarakat awal ini hidup secara nomadik ke semi-nomadik, berpindah-randah, mempunyai susunan masyarakat yang ringkas dan tidak mempunyai bukti tulisan dan bangunan. Namun, masyarakat awal inilah yang menjadi pelopor atau asas kepada zaman tamadun dan sejarah kita sekarang. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan adaptasi budaya masyarakat prasejarah menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui perubahan budaya. Kaedah kajian akan dijalankan secara kualitatif melalui pengumpulan data sekunder seperti buku dan artikel berkaitan tapak-tapak arkeologi di Malaysia khususnya Lembah Lenggong, Perak. Hasil kajian mendapati secara umumnya masyarakat prasejarah Lembah Lenggong hidup beradaptasi pada persekitaran tasik dan sungai untuk mendapatkan sumber bahan mentah dan makanan. Tingkah laku kehidupan ini berterusan sehingga sekarang mereka hidup di sekitaran Tasik Cenderoh dan Sungai Perak. Ini bermakna pernah wujud satu Tasik Cenderoh Kuno dan Sungai Perak Kuno di zaman prasejarah dengan paras air yang berbeza. Tasik Cenderoh Kuno dan Sungai Perak Kuno menyediakan sumber air tawar, bahan mentah batuan dan medium pergerakan manusia awal di kawasan ini. Perubahan kebudayaan atau kemajuan cara hidup masyarakat Paleolitik ke Neolitik dan akhirnya ke zaman Logam di pengaruhi oleh keperluan kehidupan dengan populasi yang semakin meningkat serta adanya perhubungan dengan luar. Perkembangan teknologi yang berlaku adalah berdasarkan kreativiti mengikut keperluan fungsi dengan menggunakan sumber dari persekitaran, contohnya penghasilan tembikar, pemukul kulit kayu, perhiasan dari cengkerang dan alat logam. Ini jelas menunjukkan, kemahiran berfikir manusia yang semakin berkembang mampu untuk menghasilkan alatan menggunakan sumber dari persekitaran bersama penguasaan suhu api yang semangkin meningkat.619 176