2024 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 i-STET by Issue Date
Now showing 1 - 20 of 98
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Kajian Pemerkasaan Kemandirian Golongan Wanita dan Remaja B40 Pasca Covid-19 di Malaysia Menurut Kerangka Islam Secara Bersepadu: Suatu Penelitian(Penerbit USIM, 2024); ; ; ; ; Pandemik COVID-19 telah membawa impak besar terhadap aspek sosial, ekonomi, dan psikologi-spiritual masyarakat, terutamanya golongan B40. Dalam Islam, isu kemiskinan adalah suatu keadaan yang mesti diatasi kerana kesannya memberi impak yang besar ke atas individu, masyarakat dan keunggulan agama Islam sebagai penyelesaian masalah sosial, ekonomi, politik, budaya dan sahsiah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan khusus dalam menangani isu-isu pasca COVID-19 yang dihadapi oleh remaja dan wanita B40 di Malaysia. Kajian ini juga meneliti model pemerkasaan golongan wanita dan remaja konvensional sedia ada khususnya dari perspektif Barat dan kritikan terhadapnya. Selain itu, fokus utama kajian ini adalah meneroka kaedah ataupun strategi Islam serta peranan rakyat dan pemerintah dalam membasmi isu sosial, ekonomi dan psikologi spiritual secara bersepadu bagi mengisi kelompangan kajian konvensional yang lepas. Hasil analisis keperluan tersebut, model pemerkasaan kemandirian golongan B40 dicadangkan untuk dibangunkan dan dinilai dalam meningkatkan kesejahteraan kehidupan mereka dalam konteks kelestarian komuniti Madani. Kajian ini dilakukan menggunakan kajian perpustakaan dan analisis kandungan daripada bahan sekunder seperti artikel jurnal, buku dan akhbar. Hasil kajian awal ini mendapati bahawa keadaan sosio-ekonomi pasca COVID-19 yang mencabar memerlukan pendekatan holistik yang tidak hanya terfokus pada bantuan kewangan, tetapi juga kepada aspek pemerkasaan kemandirian dan kelestarian komuniti ini secara bersepadu. Oleh yang demikian, program pemerkasaan yang komprehensif mampu meningkatkan kesejahteraan dan kemandirian individu dalam komuniti terpinggir. Namun, terdapat kekurangan kajian empirikal yang secara spesifik memberi tumpuan kepada B40, remaja dan wanita di kawasan perumahan kos rendah pasca COVID-19 dari kerangka Islam secara menyeluruh. Oleh itu, penyelidikan ini diharap dapat mengenal pasti keperluan khusus mereka, dalam membangunkan Model Pemerkasaan Kemandirian Wanita dan Remaja B40 menurut kerangka Islam secara bersepadu. Model Pemerkasaan Kemandirian Komuniti B40: Wanita dan Remaja dibina berbingkaikan acuan Islam secara bersepadu seperti Model Perubahan Sosial Ibnu Khaldun, Model Pembangunan Berteraskan Islam oleh Syukri Salleh dan Maqasid al-Syariah dijangka dapat memberikan panduan praktikal untuk meningkatkan kesejahteraan hidup khususnya wanita B40 dan remaja pasca pandemik dan selari dengan matlamat pencapaian lima dari enam Prinsip Malaysia Madani, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ihsan.22 63 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Garis Panduan Penganjuran Perayaan dan Acara dalam Masyarakat Malaysia: Tinjauan dari Bab Ahkam Al-Hisbah Kitab Al-Ahkam Al-Sultaniyyah oleh Imam Al-Mawardi(Penerbit USIM, 2024) ;Syed Salim bin Syed ShamsuddinMuhammad Asyraf bin RazakMalaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan mempunyai pelbagai adat resam dan tradisi. Setiap kaum dan agama di negara ini mempunyai sambutan perayaan dan acara yang tersendiri. Hal ini mengundang polemik dan perdebatan apabila ia diadakan dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam apatah lagi apabila terdapat umat Islam yang turut menyertai sambutan perayaan dan acara yang berunsurkan keagamaan dan kebudayaan yang bercanggah dengan Islam. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan konsep perayaan dan acara di Malaysia dan mencadangkan garis panduan penganjuran perayaan dan acara yang sesuai berdasarkan bab Ahkam al-Hisbah di dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah karya Imam al-Mawardi. Penulisan ini bersifat kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan melalui analisis dokumen terhadap teks turath kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah serta penulisan kontemporari yang berkaitan. Metodologi analisis tekstual diaplikasikan pada bab Ahkam al-Hisbah untuk menyusun tema dan idea utamanya dalam merungkai tujuan hisbah dan kaedah untuk menegakkan akhlak awam dalam masyarakat majmuk sesuai dengan nilai-nilai Islam. Penulisan ini mendapati bahawa mengadakan dan menyambut pelbagai bentuk perayaan dan acara keramaian sama ada berbentuk keagamaan atau kebudayaan telah menjadi adat kebiasaan bagi masyarakat Malaysia. Imam al-Mawardi telah mendatangkan beberapa langkah untuk pemantauan dan perlaksanaan sambutan perayaan dan penganjuran acara berdasarkan perbahasan mengenai hisbah di dalam karya beliau al-Ahkam al-Sultaniyyah. Oleh itu, pihak berkuasa bahagian hal ehwal agama Islam perlulah lebih cakna dan mengikuti trend dan perkembangan semasa agar masyarakat tidak leka dan tenggelam dalam gaya hidup hedonisme. Penganjuran perayaan dan acara perlu dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan adab serta tatasusila masyarakat di rantau ini.63 288 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication تأثير التواصل القرآني على بناء المجتمع: دراسة ف تفسير ابن عاشور لآيات الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر ف سورة آل عمران(Penerbit USIM, 2024) ;Kauthar Binti Abd Kadir ;Mesbahul HoqueYelmi43 32 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Yeşilçam to the World: The Dynamic Evolution of Turkish Cinema Across Eras (1980-2024)(Penerbit USIM, 2024) ;Saima Ali ;Ahmad Murad MericanAbdelaziz BarghoutThis paper examines the evolutionary trajectory of Turkish cinema focusing on two specific periods: 1980-2002 and 2002-2024. The initial period was depicted by financial challenges, technological limitations, political instability, and censorship, which stifled artistic expression. Despite these challenges, filmmakers such as Yılmaz Güney and Ömer Kavur employed allegory and symbolism to tackle issues of social inequality and political oppression, marking a transition from Western influences to a concentration on national and Islamic themes. However, in the post 2002 era, Turkish cinema underwent a significant transformation due to technological advancements, higher production capacity, and global recognition. Filmmakers sucha as Nuri Bilge Ceylan, Reha Erdem, and Zeki Demirkubuz represent this era of revival by exploring themes of selfhood, worldwide interconnectedness, and societal transformation. The article also analyzes the impact of Islamic motifs and global collaborations on intercultural communication, emphasizing the industry’s continuous evolution. Despite significant advances, Turkish cinema still encounters challenges such as the emergence of artificial intelligence and online streaming platforms. In order to guarantee its future success, the industry needs to adjust to changing technologies, maintain global popularity, and keep exploring various themes.11 70 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin dalam Perkembangan Ilmu di Alam Melayu: Satu Kajian Literatur(Penerbit USIM, 2024) ;Noorzahidah binti Mohd ZainNur Marfaiza binti MazukiArtikel ini membincangkan mengenai sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin di Alam Melayu berdasarkan kepada kajian literatur antara tahun 2014 – 2024. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji faktor kurangnya penulisan berkenaan tokoh antara 10 tahun ke belakang. Kajian ini akan menggunakan metode kualititatif seperti buku, tesis, jurnal dan lain-lain rujukan relevan terutamanya sumber-sumber yang telah dibuat oleh pengkaji terdahulu mengenai sumbangan beliau dalam pelbagai bidang termasuklah bidang fiqh, falak, tajdid, dan sebagainya. Di samping itu, pengkaji juga akan membincangkan sumbangan beliau dengan disandarkan kepada rujukan daripada Surat Persendirian tokoh di Arkib Negara Malaysia (ANM). Selain itu, kajian ini juga akan mengfokuskan kepada skop kajian yang telah dikaji oleh pengkaji terdahulu serta kelompongan yang masih ada yang boleh dijadikan subjek kajian oleh penulis-penulis akan datang. Justeru itu, kajian ini akan merungkai pemikiran beliau yang jauh ke hadapan berbanding tokoh sezamannya dan corak pemikirannya yang menjadi polemik antara Kaum Muda dan Kaum Tua serta pemikiran beliau juga kebanyakannya disampaikan melalui bidang penulisan sama ada dalam bentuk akhbar atau majalah. Oleh itu, artikel ini akan membahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pendahuluan, metode kajian dan sumbangan beliau di Alam Melayu. Tambahan juga, di akhir kajian ini juga adalah bertujuan melihat sejauh manakah penulisan mengenai Sheikh Tahir dikaji dan faktor yang menyebabkan kurangnya pendedahan terhadap penulisan beliau60 353 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication 4 12 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication DNA Melayu: Penemuan Enam Sifat Genetik Dominan Melayu(Penerbit USIM, 2024)Tengku Ahmad Ridhaudin bin Tengku Abdul RazakKajian Genomik DNA populasi Melayu mendedahkan sejarah, asal usul, dan profil biologi tubuh bangsa ini. Artikel ini mengupas penemuan sifat genetik dominan dari kajian populasi yang telah dilakukan dalam kalangan masyarakat di Alam Melayu. Kajian ini juga menemui bukti bahawa Melayu bukan bangsa pendatang. Melalui penggunaan teknologi Microarray, kajian menunjukkan bahawa populasi Melayu mempunyai 6 genetik dominan, mencerminkan sejarah migrasi dan interaksi antara pelbagai komuniti di Alam Melayu. Merujuk kepada kajian forensik DNA yang menggunakan penanda STR dan SNP dan analisa haplogrup Y-DNA dan mtDNA menunjukkan hubungan genetik populasi asli ibu Alam Melayu kekal walaupun ada percampuran genetic (admixture) dengan penduduk luar Alam Melayu, termasuk Asia Selatan dan Timur. Hubungan genetik dengan populasi luar seperti Arab, Afrika, Indo Cina, China, dan Jepun turut diteliti, mencerminkan sejarah purba perdagangan maritim yang luas. Kajian juga mengenal pasti beberapa gen berkaitan dengan alahan kepada susu, diabetes, dan hipertensi yang lebih lazim dalam kalangan orang Melayu. Penemuan ini penting untuk pembangunan nutrigenomik dan farmakogenomik yang lebih berkesan. Namun, terdapat cabaran dalam pembangunan pangkalan data genomik yang lebih luas. Pembangunan dan perkongsian panel rujukan global melibatkan kolaborasi antarabangsa untuk memastikan penemuan genetik dapat diterapkan secara relevan untuk berbagai kelompok etnik.165 1328 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Rawatan Penyakit Kulit dalam Manuskrip Perubatan Melayu Kitab Tib MSS2515(Penerbit USIM, 2024); ;Ahmad Bazli Ahmad Hilmi ;Zulkarnin ZakariaMohd Adi Amzar Muhammad NawawiBuku Tib MSS2515 dianggap manuskrip lengkap yang membincangkan perubatan di alam Melayu. Kajian ini bertujuan untuk menilai penggunaan ubat tradisional dan rawatan penyakit kulit [memberi tumpuan kepada kayap, kusta, dan abses] dalam manuskrip MSS2515. Kajian teks dan pengekstrakan data digunakan menggunakan kaedah filologi dalam mengenal pasti penyakit dan rawatan dan pengkategoriannya. Aspek farmakologi [materia medica] dianalisis dengan membandingkan laporan saintifik dalam Google Scholar dan PubMed dan memadankan bahan-bahan dengan tujuan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 35 formulasi untuk tiga jenis penyakit kulit. Sebahagian daripada farmakologi dan penggunaannya dalam manuskrip disokong dengan bukti saintifik kontemporari. Kajian saintifik perlu dipergiatkan bagi mengesahkan keselamatan dan keberkesanan formulasi dalam manuskrip perubatan Melayu, kerana kandungannya berpotensi menghasilkan ubat baharu. Penyelidikan ini juga menyumbang kepada pemeliharaan budaya perubatan dan warisan Melayu86 273 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Importance of Adopting Islamic Leadership in the Royal Malaysian Customs Department (RMC) and its Impact on Staff and Work Productivity(Penerbit USIM, 2024) ;Masnora MalekMasnih binti MustapaThis study examines the impact of Islamic leadership on staff productivity and work performance in the Royal Malaysian Customs Department (RMC), through a case study at the RMC Lawas Branch involving 8 informants. Findings indicate that Islamic leadership, characterized by responsibility, trustworthiness, commitment, consultation, and transparency, significantly enhances organizational management quality. These principles improve motivation, teamwork, integrity, and workplace relationships, thereby increasing productivity. The study concludes that Islamic leadership creates a conducive work environment and boosts organizational performance. These findings have important implications for promoting the integration of Islamic values in leadership practices across Malaysian government departments, potentially enhancing public service delivery2 8 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Membangunkan Model Konsep Bagi Pengukuhan Ketahanan Sosioekonomi Lestari Asnaf: Kajian Sorotan(Penerbit USIM, 2024) ;Rosfazila Abd Rahman ;Mohd Musa Sarip ;Mohd Nasir Bin Ali ;Aza Shahnaz Azman ;Juzlinda Mohd Ghazali ;Zuraifah ZainiNaqibah Bt MansorKajian Penilaian Impak Sosial (Social Impacts Assessment) (SIA) adalah melibatkan penyertaan komuniti yang memberi penekanan kepada golongan kurang bernasib baik, terpinggir dan terjejas. Langkah-langkah pembangunan sosial ini dapat dimanfaatkan kepada pembentukan komuniti yang inklusif yang mampu membina serta memperkukuh kapasiti dan institusi komuniti secara bersama. Objektif utama penulisan ini adalah untuk mengenal pasti situasi sosio-ekonomi asnaf zakat, khususnya di negeri Selangor, Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah ekstraksi dokumentasi dan temubual dalam membangunkan model konsep terhadap pengukuhan ketahanan sosio-ekonomi lestari . Hasil akhir kajian nanti akan mencadangkan modelkonsep bagi pengukuhan ketahanan sosioekonomi lestari. Matlamat kajian dipusatkan di Selangor sebagai tapak mula perlaksanaannya bagi melestarikan pembangunan sistem sosial Islam umumnya dan pemerkasaan sumber ekonomi Islam khususnya. Pembangunan model baharu ini diharapkan akan dapat menjadi rujukan dan dasar kepada sistem sosial Islam dan sumber ekonomi Islam umumnya dalam memperkasakan lagi pengurusan pembangunan sosioekonomi asnaf di samping mewujudkan kualiti hidup berdaya tahan yang secara langsung dapat mewujudkan masyarakat yang lestari khasnya.35 138 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ke Arah Hegemoni Politik Mughal: Analisis Gerakan Ketenteraan Awarangzib ke Wilayah Deccan(Penerbit USIM, 2024) ;Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan AshariMuhammad Izzad Helmy Muhammad HarunWilayah Deccan sentiasa mendapat perhatian Aurangzeb setelah beliau menerajui takhta Mughal pada tahun 1658. Pengalamannya sebagai gabenor wilayah Deccan sebanyak dua kali ketika era pemerintahan Shah Jahan dan ancaman wilayah Deccan terhadap Kerajaan Mughal telah mempengaruhi pendekatan Aurangzeb dalam menangani wilayah tersebut secara tindakan ketenteraan. Berdasarkan kenyataan di atas, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis faktor gerakan ketenteraan Mughal ke wilayah Deccan semasa pemerintahan Aurangzeb. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti kajian sejarah (historical study) dan analisis kandungan (content analysis) dalam proses pengumpulan dan analisis data, khususnya terhadap sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama gerakan ketenteraan Mughal ke wilayah Deccan semasa era pemerintahan Aurangzeb adalah pengekalan hegemoni Kerajaan Mughal di India. Cabaran yang wujud ketika itu khususnya daripada kerajaan-kerajaan kecil seperti Bijapur dan Golkonda serta ancaman golongan Maratha menyebabkan Aurangzeb memilih tindakan ketenteraan sebagai tindakan yang terakhir bagi menangani cabaran berkenaan setelah tindakan diplomasi yang dilaksanakan sebelum itu gagal membuahkan hasil yang diharapkan113 21 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Nilai Integriti pada Kitab Al-Hikam Karya Syaikh Ibnu Atha’illah As-Sakandari: Satu Tinjauan Umum(Penerbit USIM, 2024)Mohd Fauzee bin HarithTasawwuf dan Integriti adalah dua istilah yang tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain. Kedua-dua bidang ini mengkaji secara mendalam, punca masalah atau penyakit hati beserta solusi untuk menyembuhkannya. Kedua-duanya menggunakan riyadhah an-nafs (latihan-latihan spiritual). Tasawwuf adalah kaedah manakala Integriti pula adalah keseluruhan sifat mahmudah yang lahir dari metode latihan ajaran tasawwuf itu sendiri. Ketiadaan sifat integriti bukan sahaja membinasakan peribadi, malah mampu merosakkan prestasi dan nama baik sesebuah organisasi. Namun pada era globalisasi khususnya di Malaysia, kita dapat melihat seperti adanya garis pemisah antara dua makna ini. Kursus-kursus berkaitan Integriti cenderung kepada pelaksanaan program bersifat material (luaran) dan sangat sedikit ilmu berkaitan kerohanian dibincangkan dalam sukatan kursus Integriti. Oleh itu tinjauan ini menekankan betapa pentingnya mempelajari Kitab Thurath tasawwuf dalam membentuk keperibadian berintegriti tinggi. Kitab al-Hikam karya Syaikh Ibnu Atha’illah As-Sakandari dilihat sebagai salah satu kitab tasawwuf utama yang perlu digali dan diambil manfaatnya, serta diselaraskan sebagai salah satu subtopik mahupun modul dalam kursus atau program berkaitan Integriti pada masa akan datang.143 66 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Simpulan Bahasa Melalui Aplikasi Permainan Kembara Bahasa(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad Danish Danial Bin Shanor AffendyHairulliza Binti Mohamad JudiSimpulan bahasa biasanya terdiri dari dua perkataan yang digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang tersirat. Penguasaan simpulan bahasa Melayu yang semakin berkurangan di kalangan generasi muda, terutamanya remaja dan pelajar, merupakan isu yang membimbangkan dalam bidang pendidikan. Pembangunan sebuah aplikasi permainan yang memfokuskan kepada simpulan bahasa berpotensi untuk menarik minat pelajar dan generasi muda masa kini. Aplikasi permainan simpulan bahasa yang mudah merangkumi permainan, cara bermain, menu utama dan persekitaran bermain 3D yang membolehkan pengguna untuk berasa bebas. Aplikasi ini dinamakan ”Kembara Bahasa” bertujuan bagi memudahkan golongan muda untuk mempelajari simpulan bahasa dengan menarik dan menyeronokkan selain berada di sekolah. Objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan aplikasi permainan Kembara Bahasa bagi tujuan pembelajaran simpulan bahasa. Metodologi pembangunan yang digunakan adalah model peningkatan di mana proses pembangunan perisian dibahagikan kepada modul spesifik seperti modul permainan, modul menu utama dan seterusnya. Aplikasi yang dibangunkan adalah untuk sistem operasi Windows kerana keperluan grafik yang tinggi, membolehkan pengguna menghayati pengalaman visual yang cantik. Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan Unity dan Autodesk 3Ds Max. Aplikasi ini diharapkan dapat memudahkan golongan muda terutamanya yang masih bersekolah untuk meluaskan ilmu mereka tentang simpulan bahasa.9 19 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penggunaan Strategi Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Bahasa Kadazandusun(Penerbit USIM, 2024) ;Florina Jumil ;Noorafini KassimHaryantie GopoitPengajaran dan pembelajaran bahasa Kadazandusun dalam kalangan bukan penutur memerlukan adanya suatu pendekatan yang tepat dalam upaya mencapai tujuan, pendekatan tersebut seperti penggunaan strategi pembelajaran Afektif. Dalam hal ini strategi pembelajaran afektif berhubungan dengan nilai (value) yang tidak mudah untuk di ukur karena menyangkut terhadap kesadaran sikap seseorang dari dalam dirinya. Pada hakikatnya pembelajaran dikaitkan dengan bagaimana cara mengajarkan kepada prasiswazah atau bagaimana membuat pelajar prasiswazah mampu mendalami dan mengetahui kemampuannya sendiri. Penelitian ini mengeksplorasi bagaimana strategi pembelajaran afektif dapat memperdalam dan meningkatkan penguasaan bahasa Kadazandusun dalam kalangan pelajar bukan Kadazandusun. Seramai 150 orang pelajar prasiswazah yang mengambil kursus Bahasa Kadazandusun Tahap II pada semester 2 sesi 2023/2024 terlibat sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 25.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan strategi afektif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) adalah positif dalam meningkatkan penguasaan bahasa Kadazandusun. Hasil dapatan ini memberikan implikasi signifikan untuk amalan pengajaran bahasa Kadazandusun. Dengan menerapkan strategi afektif, pengkaji dapat memperkasa pengalaman pembelajaran dan mendorong pencapaian akademik yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar prasiswazah. Strategi ini tidak hanya memperkaya proses pembelajaran tetapi juga memaksimalkan potensi pencapaian pelajar prasiswazah, menjadikannya alat yang krusial dalam pendidikan bahasa Kadazandusun34 105 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perbezaan Teori Kitaran Ibn Khaldun dan Malek Bennabi dalam Aspek Intelektual(Penerbit USIM, 2024) ;Abdul Qayuum Abdul Razak ;Adlina Ab. Halim ;Zaid AhmadNormala OthmanArtikel ini bertitik tolak dari kenyataan Fawzia Bariun dan Abdelaziz Berghout yang menyebut bahawa kedua-dua teori kitaran Ibn Khaldun dan Malek Bennabi mempunyai persamaan. Abdelaziz Berghout menyatakan persamaan yang dimaksudkan ialah dalam dari sudut pendekatan dan analisis ‘psikologi’ masyarakat. Namun artikel ini mengambil pendekatan sebaliknya iaitu untuk menganalisis perbezaan teori kedua-dua tokoh dalam aspek intelektual. Oleh itu, pengkaji menggunakan metodologi meta-teori Mu Ritzer untuk menganalisis aspek aspek intelektual ini dengan lebih mendalam. Perbezaan boleh dilihat dalam aspek falsafah, kerangka dan pendekatan, konsep dan alat analisis yang digunakan kedua-dua tokoh.23 223 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sorotan Perkembangan Persuratan Melayu dalam Kerajaan Johor-Riau(Penerbit USIM, 2024) ;Ayu Nor Azilah Mohamad ;Siti Zaleha IbrahimWayu Nor Asikin MohamadKajian ini menyoroti perkembangan persuratan Melayu dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau merupakan salah satu pusat penting kesusasteraan dan kebudayaan Melayu pada abad ke-18 dan ke-19. Kerajaan Johor-Riau sebagai salah satu kuasa politik dominan di rantau Melayu turut memainkan peranan besar dalam membentuk tradisi persuratan Melayu, terutama dalam menghasilkan karya-karya sastera, sejarah, dan agama. Antara yang paling menonjol ialah karya-karya seperti Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis dan Sulalatus Salatin. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan kerajaan Johor-Riau dalam perkembangan persuratan Melayu khususnya dalam bidang kesusasteraan, sejarah dan agama. Selain itu, turut dihuraikan tentang sumbangan tokoh-tokoh persuratan dalam kerajaan Johor-Riau dalam menghasilkan karya-karya penting. Ini termasuk kandungan dan bentuk karya persuratan Melayu yang dihasilkan diperinci untuk memahami nilai budaya, keagamaan serta intelektual yang disampaikan. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan terhadap karya-karya tersebut. Secara keseluruhannya, perkembangan persuratan Melayu dalam kerajaan Johor-Riau bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan dan kecerdasan intelektual masyarakat pada zaman itu, tetapi juga memberi kesan yang berkekalan dalam tradisi penulisan serta budaya Melayu hingga ke hari ini.298 214 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Punca dan Kesan Buli di Tempat Kerja Terhadap Kesejahteraan Diri: Satu Kajian Kes(Penerbit USIM, 2024); ;Mohd Tarmizi Samat ;Amin Al Haadi Shafie ;Mohd Azrin Mohd Nasir ;Warlan SukandarIsu buli bukanlah satu isu baru dalam kehidupan. Sama ada kanak-kanak atau dewasa tetap akan berhadapan dengan isu buli. Isu dapat berlaku di mana saja dan bila-bila masa termasuk di alam pekerjaan. Pembulian di tempat kerja berlaku dalam pelbagai cara sama ada secara fizikal atau mental. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat implikasi buli terhadap kesejahteraan mental dan punca buli berlaku dalam organisasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara kajian kes untuk memperoleh dan menganalisis data. Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat menggali perasaan, emosi, dan pemikiran peserta yang terlibat dalam kajian buli di tempat kerja. Hasil kajian mengeluarkan empat tema utama bagi implikasi buli terhadap kesejahteraan mental. Empat tema tersebut adalah 1) kesan biologi fisiologi, 2) kesan psikologi- tekanan, 3) kesan produktiviti- kerja, dan 4) kesan kehidupan - keluarga. Manakala terdapat enam indikator bagi punca buli yang diperolehi dari dapatan kajian iaitu, 1) personaliti diri, 2) cemburu dan iri hati, 3) politik kerja, 4) persekitaran toksik, 5) perebutan kuasa dan pangkat, dan 6) lemah penghayatan agama. Justeru, intervensi yang berkesan haruslah dibina bagi menangani isu ini termasuk kesedaran tentang kesan buli kepada mental dan mempromosikan budaya kerja yang baik dan positif.1522 250 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengamalan Akhlak Mahmudah dalam Kehidupan Seharian: Kajian Terhadap Nilai Sabard Berkata Baik(Penerbit USIM, 2024) ;Siti Zaleha IbrahimAyu Nor Azilah MohamadKajian ini membincangkan pengamalan akhlak mahmudah dalam kalangan pelajar Sijil Tasawwur Islam. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti akhlak baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia adalah untuk meneroka akhlak yang ingin diterapkan dalam diri masing-masing. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual secara Focus Group Discussion (FGD) untuk mengumpulkan data. Data temu bual dianalisis secara analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta kajian mengetahui akhlak mahmudah yang dianjurkan dalam Islam. Peserta kajian juga mengetahui kelebihan akhlak mahmudah tersebut melalui hadis nabawi. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran untuk mengaplikasi dan mengamalkan akhlak tertentu seperti sabar dan berkata baik dalam kehidupan seharian.61 1374 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication التحديات القانونية للمعاملات الإلكترونية والذكاء الاصطناعي ( الاطار القانوني ل ل ذكاء الاصطناعي )(Penerbit USIM, 2024) ;Tarek. H Ab Abuamied ;Mahmoud Mohmed Ali Mahmoud IdrissAhmad Syukran Baharuddin18 31 - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication دلالات مصطلحات الإباضية المدرسة الإباضية في تراثها المدون(Penerbit USIM, 2024)Sulaiman Hamed Altouqi7 5