2024 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 i-STET by Subject "aktiviti kebudayaan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aktiviti Kebudayaan Ratu Serimpak sebagai Simbol Pengekalan Budaya dan Tradisi Etnik Sama-Bajau: Satu Tinjauan Awal(Penerbit USIM, 2024) ;Rosmah Derak ;Saidatul Nornis Haji Mahali ;Noorafini Kassim ;Junaidah Januin ;Shaffarullah Abd RahmanSanen G. MarshallNegeri Sabah memiliki sekurang-kurangnya 33 etnik yang setiap satunya mempunyai warisan budaya dan tradisi yang menonjolkan keunikan masing-masing. Warisan budaya ini juga menjadi simbol dan jati diri setiap etnik tersebut. Etnik Sama-Bajau mewarisi kebudayaan unik turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi dan sedikit sebanyak kebudayaan ini mengalami sedikit penyesuaian sesuai dengan arus kemodenan pada masa kini. Serimpak adalah salah satu simbol penting dalam tradisi etnik Sama-Bajau yang mana serimpak adalah satu perhiasan yang dipakai oleh wanita etnik Sama-Bajau ketika majlis perkahwinan ataupun majlis keramaian. Pada masa kini, penganjuran Ratu Serimpak telah menjadi satu aktiviti kebudayaan etnik Sama-Bajau dalam usaha melestarikan budaya dan tradisi etnik ini. Rentetan daripada itu, kajian ini merupakan tinjauan awal terhadap aktiviti kebudayaan Ratu Serimpak yang dipertandingkan di peringkat daerah di negeri Sabah. Sumber data kajian adalah video rakaman siaran langsung (live) dari page rasmi Pusat Kebudayaan Bajau Sama yang dikongsikan dalam media sosial. Pemerhatian dan analisis dokumen adalah berdasarkan kepada rakaman siaran langsung tersebut. Impak kepada kajian ini diharap dapat memberi sumbangan positif terhadap usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam usaha mempromosikan dan melestarikan warisan budaya etnik Sama-Bajau di negeri Sabah agar warisan ini sentiasa segar diingati oleh generasi muda etnik Sama-Bajau pada masa kini.470 49