2024 i-STET
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2024 i-STET by Subject "al-Hikam"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Nilai Integriti pada Kitab Al-Hikam Karya Syaikh Ibnu Atha’illah As-Sakandari: Satu Tinjauan Umum(Penerbit USIM, 2024)Mohd Fauzee bin HarithTasawwuf dan Integriti adalah dua istilah yang tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain. Kedua-dua bidang ini mengkaji secara mendalam, punca masalah atau penyakit hati beserta solusi untuk menyembuhkannya. Kedua-duanya menggunakan riyadhah an-nafs (latihan-latihan spiritual). Tasawwuf adalah kaedah manakala Integriti pula adalah keseluruhan sifat mahmudah yang lahir dari metode latihan ajaran tasawwuf itu sendiri. Ketiadaan sifat integriti bukan sahaja membinasakan peribadi, malah mampu merosakkan prestasi dan nama baik sesebuah organisasi. Namun pada era globalisasi khususnya di Malaysia, kita dapat melihat seperti adanya garis pemisah antara dua makna ini. Kursus-kursus berkaitan Integriti cenderung kepada pelaksanaan program bersifat material (luaran) dan sangat sedikit ilmu berkaitan kerohanian dibincangkan dalam sukatan kursus Integriti. Oleh itu tinjauan ini menekankan betapa pentingnya mempelajari Kitab Thurath tasawwuf dalam membentuk keperibadian berintegriti tinggi. Kitab al-Hikam karya Syaikh Ibnu Atha’illah As-Sakandari dilihat sebagai salah satu kitab tasawwuf utama yang perlu digali dan diambil manfaatnya, serta diselaraskan sebagai salah satu subtopik mahupun modul dalam kursus atau program berkaitan Integriti pada masa akan datang.74 55