Jurnal Sains Insani
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing Jurnal Sains Insani by Subject "akses)"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubungan Faktor Demografi dengan Kesediaan E- Pembelajaran di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2025-05-31) ;Artika Rasul Sulaiman ;Hasmadi Hj. HassanJamal Rizal RazaliKajian ini meneliti kesediaan pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) terhadap e-pembelajaran. Fokus utama kajian ini adalah untuk memahami sikap pelajar terhadap penggunaan peranti digital, tahap literasi digital mereka, serta kualiti fasiliti teknologi dan akses kepada teknologi yang ada di sekolah. Dalam usaha mengumpul data yang relevan, kajian ini menggunakan soal selidik dalam talian yang menggunakan skala Likert lima mata, melibatkan seramai 450 pelajar yang dipilih secara rawak daripada populasi keseluruhan 6,851 pelajar. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS versi 25.0, dengan mengambil kira pelbagai faktor demografi seperti jantina, usia, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik-beradik, lokasi kediaman, jarak ke sekolah, serta nama dan lokasi sekolah. Hasil kajian menunjukkan bahawa literasi digital pelajar adalah rendah, dengan skor min 2.13, manakala sikap mereka terhadap penggunaan peranti digital juga berada pada tahap rendah, dengan skor min 1.876. Penilaian terhadap kualiti fasiliti teknologi dan akses kepada teknologi di sekolah adalah sederhana, dengan skor min masing-masing 2.508 dan 2.530. Selain itu, faktor-faktor demografi seperti usia, jantina, nama sekolah dan pendapatan keluarga didapati mempengaruhi sikap dan tahap literasi digital pelajar. Berdasarkan hasil kajian ini, terdapat cadangan untuk melaksanakan strategi proaktif, seperti pendidikan tambahan dan sokongan teknologi, bagi meningkatkan kesediaan pelajar terhadap e-pembelajaran serta memperkasakan pendidikan yang lebih inklusif di kalangan pelajar. (Kata kunci: e-Pembelajaran, sikap, literasi, fasiliti, akses)