2020 SWAN
Permanent URI for this collection
Browse
Browsing 2020 SWAN by Subject "Autisme,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ruqyah Syariyyah Dan Regulasi Emosi Anak-Anak Autisme(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Noornajihan Jaafar ;Rezki Perdani Sawai ;Joki Perdani SawaiSiti Ramna KamarududinStatistik menunjukkan terdapat peningkatan bilangan kanak-kanak yang didiagnos mengalami masalah autisme di Malaysia iaitu ratio seorang dalam 100 orang kanak-kanak. Secara umum, autisme merujuk kepada ketidakseimbangan yang berlaku kepada sistem otak dan sistem saraf yang menyebabkan ketidakupayaan dalam berbahasa, tingkah laku dan interaksi sosial. Lazimnya kanak-kanak autisme perlu mendapatkan rawatan klinikal. Kajian ini meneroka kaedah rawatan alternatif, iaitu melalui pelaziman bacaan ruqyah syariyyah kepada kanak-kanak autisme mengikut prosedur tertentu melalui pembacaan sendiri atau dibacakan kepada mereka. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tingkah laku yang dihadapi oleh kanak-kanak autisme, mengetahui sejauhmana amalan dan pelaksanaan ayat bacaan ruqyah syariyyah diamalkan, cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan rawatan tersebut, dan kesan bacaan ruqyah dalam meregulasi emosi dan tingkah laku kanak kanak autisme. Kajian kes ini menggunakan temubual (guru) dan pemerhatian (murid). Peserta kajian adalah seramai lima orang guru dan empat orang murid autisme. Dua orang murid dikenal pasti sebagai low functioning dan dua orang murid lagi dalam kategori high functioning. Lokasi kajian ialah di Pusat Pendidikan Quran bagi Anak-Anak Istimewa (Yayasan Faqeh). Dapatan kajian mendapati bahawa pelaziman bacaan ruqyah syariyyah dengan prosedur pelaksanaan tertentu kepada kanak-kanak autisme membantu mereka dalam meregulasi emosi dan seterusnya tingkah laku mereka. Justeru, rawatan alternatif bagi kanak-kanak autisme melalui pelaziman bacaan ruqyah syariyyah amat disarankan.206 16