Publication:
Kearifan Tempatan Mengenai Kapur Barus (Cinnamomum Camphora) Menurut Perspektif Islam dan Budaya Masyarakat Melayu Abad ke 19m

Loading...
Thumbnail Image

Date

2019

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pokok kapur barus (Cinnamomum Camphora) telah diperbahaskan dalam kajian akademik masa kini berkait dengan manfaat dan khasiatnya daripada pelbagai aspek kehidupan. Uniknya, pokok kapur barus ini tidak hanya dibicarakan mengenainya desawarsa ini, bahkan telah direkodkan sebagai salah satu komoditi perdagangan utama sehingga menjadi tunjang peristiwa dan tolak tarik di dalam proses perkembangan Islam di awal abad ke 14M di Nusantara. Kajian ini berusaha untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu i) Menelusuri perbahasan tentang kapur barus menurut perspektif Al-Quran dan Sunah serta hubung kait kapur barus dengan masyarakat Nusantara, ii) Mengkaji keutamaan kapur barus berdasarkan budaya kearifan tempatan masyarakat Melayu sebagaimana dirakamkan di dalam kitab perubatan Melayu dan iii) Menganalisa manfaat kapur barus (Cinnamomum Camphora) menurut kajian saintifik. Untuk mencapai ketiga-tiga obejktif tersebut, penulis mengeluarkan data daripada ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith yang berkaitan dengan kapur barus. Seterusnya, kearifan tempatan berkaitan penggunaan kapur barus dijana daripada manuskrip perubatan Melayu melalui kajian kualitatif. Kesemua sumber ini dianalisis melalui pendekatan induktif secara bersepadu untuk menzahirkan kefahaman yang lebih komprehensif. Hasil kajian mendapati bahawa kapur barus yang disebatikan dengan herba-herba tempatan dalam perubatan sudah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya pada abad ke-19 M dan ini selari dengan amalan Islam yang merekodkan khasiat Kapur barus sepertimana dalam Al-Quran dan hadith.

Description

Keywords

Kapur Barus, Manuskrip, Perubatan, Melayu

Citation