Publication: Terjemahan Ayat Amthal di dalam al-Quran: Kajian Terhadap Tafsir Pimpinan al-Rahman
Loading...
Date
2018
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Antara mukjizat al-Quran ialah ketinggian bahasa yang dimiliki. Salah satu cara penerangan al-Quran adalah melalui perumpamaan ataupun ayat amthāl. Ayat amthālberfungsi untuk mendekatkan kefahaman al-Quran kepada pendengarnya. Perumpamaan ini juga memberi kesan yang lebih mendalam kepada pembacanya jika mereka mentaddabbur ayat-ayat tersebut. Ulama Islam telah mengkaji ayat-ayat amthalini dan menghasilkan penulisan yang banyak. Ini menunjukkan betapa pentingnya ayat-ayat ini dalam memahami isi kandungan al-Quran. Terjemahan al-Quran berbahasa Melayu telah bermula sejak abad ke-17. Terjemahan al-Quran memerlukan kepada penterjemah untuk menguasai ilmu-ilmu tafsir al-Quran termasuk amthāl al-QurÉn. Tujuan kajian adalah untuk menganalisis terjemahan ayat amthālberbahasa Melayu. Kajian ini merujuk kepada Tafsir Pimpinan ar-Rahman karangan Sheikh Abdullah Basmeih. Kajian dijalankan menerusi perbandingan antara terjemahan tafsir tersebut dengan kefahaman ayat amthālmenurut Abd al-Nāṣir al-Sa’di menerusi kitabnya Taisīr al-Karīm al-Rahmān. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berkonsep deskriptif dan analisis. Kajian mendapati terdapat dua kategori ayat amthal; 1-ayat yang mudah difahami dan diterjemah, 2-ayat yang memerlukan kepada tafsiran yang lebih terperinci. Tafsiran Syeikh Abdullah Basmeih pada kategori yang pertama memberikan pemahaman yang jelas, namun pada kategori yang kedua kurang memberikan pemahaman terhadap perbandingan yang dibuat.
Description
Keywords
Amthal, Quran, Terjemahan, Tafsir Pimpinan Al-Rahman