Publication:
Pengintegrasian Aplikasi ICT Berkaitan Hadis dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Berkaitan Hadis di Universiti Awam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Penggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadi suatu yang lumrah dalam dunia pendidikan hari ini. Selain bagi tujuan pembentangan, interaktif dan perhubungan, banyak lagi aplikasi berkaitan ICT yang telah dibangunkan yang boleh digunakandalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang hadis, telah terdapat banyak aplikasi ICT berkaitan hadis yang dibangunkan. Ia bertujuan memudahkan umat Islam mendekatkan diri mereka dengan sumber kedua terpenting itu serta bagi membolehkan mereka menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengannya. Aplikasi-aplikasi tersebut sentiasa maju seiring dengan kemajuan baru yang terdapat dunia ICT yang bukan sahaja berbentuk pendigitalan kitab-kitab hadis sahaja malah dengan kewujudan pelbagai fungsi yang maju yang lain. Kajian ini ingin meninjau adakah aplikasi-aplikasi berkaitan hadis tersebut dintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus berkaitan hadis di universiti awam (UA) Malayisa; apakah ia didedahkan, digunakan, digalakkan penggunaannya dan apakah persepsi, kebolehpercayaan, tahap kemahiran, pengetahuan, kekerapan penggunaan serta halangan yang dihadapi pensyarah bidang hadis dalam pengintegrasiannya? Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang dilakukan ke atas para pensyarah bidang hadis di beberapa UA Malaysia bagi mengenalpasti pengintegrasian tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa, dari sudut pengetahuan, kebanyakan pensyarah bidang hadis di UA Malaysia mengetahui dan mahir menggunakan aplikasi ICT berkaitan hadis. Dari sudut tahap pengintegrasian pula, rata-rata mereka menerima baik dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran kursus berkaitan hadis.Tidak timbul halangan pengaplikasiannya dari sudut polisi serta sokongan daripada pihak institusi merka. Namun masih terdapat beberapa pandangan yang kurang bersetuju dengan pengintegrasian sepenuhnya ICT kerana bagi pandangan mereka, unsur-unsur keaslian ilmu hadis perlu dikekalkan.

Description

Keywords

Integrasi, ICT, Kursus, Hadis, Universiti, Pensyarah, Malaysia

Citation