Publication:
Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi memahami konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Isu timbul apabila taksonomi Bloom mengkategorikan mengingat sebagai pemikiran aras rendah, sedangkan objektif KBT adalah pelajar dapat menghafaz 30 juzuk al-Quran. Oleh hal yang demikian, terdapat keperluan untuk meneroka kefahaman pakar mengenai konsep KBAT dalam KBT. Lapan peserta kajian telah dipilih untuk dikaji. Temu bual secara mendalam dijalankan secara separa struktur. Dapatan menunjukkan peserta kajian bersetuju bahawa taksonomi Bloom boleh digunakan sebagai rangka asas pemikiran dalam KBT, namun perlu disesuaikan dengan disiplin ilmu dalam KBT. Selain itu, peserta kajian turut sepakat bahawa mengingat dalam hafazan al-Quran dikategorikan sebagai pemikiran aras tinggi. Perbahasan mengenai taksonomi pemikiran dalam KBT menonjolkan empat sudut ukuran KBAT dalam hafazan al-Quran, iaitu; bacaan al-Quran, hafazan al-Quran, kekuatan ingatan dan gabung jalin ilmu. Implikasi kajian berjaya membentuk Model Taksonomi Hafazan al-Quran

Description

Vol. 4 No. 2 (2020)

Keywords

Konsep KBAT, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), Hafazan al-Quran

Citation

Wan Abdullah, W. A. A., Mohd Zhaffar, N., Nor, N., Musa, N. A., & Othman, M. S. . (2020). Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT): The Concept of Higher-Order Thinking Skills (HOTS) in Tahfiz Integrated Curriculum (KBT). Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 4(2), 11-21. https://doi.org/10.33102/jqss.vol4no2.74