Publication: Pelaksanaan dan Persepsi Pelajar Terhadap Strategi Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti Malaya
Loading...
Date
2018
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kursus TITAS telah dilaksanakan di Universiti Malaya dan ditawarkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama Universiti Awam (UA) sejak sesi akademik 1998/1999 melalui pelbagai pendekatan. Kursus TITAS mempunyai keunikan tersendiri berdasarkan isi kandungan kursus dan diwajibkan kepada semua pelajar tanpa mengira bidang pengajian mereka. Kursus TITAS juga merupakan satu kursus yang penting untuk memupuk dan menyuburkan semangat persefahaman, hormat-menghormati dan hidup yang harmonis antara kaum, budaya, agama dan kepercayaan di Malaysia. Bagi memastikan nilai-nilai dan persefahaman antara budaya dapat diterapkan dalam diri pelajar, strategi pembelajaran telah dipelbagaikan bersesuaian dengan keperluan kursus ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan strategi pembelajaran kursus TITAS di Universiti Malaya dan persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran yang menerapkan elemen Kemahiran Insaniah (KI) serta pencapaian mereka bagi memperoleh KI tersebut. Kajian ini memfokuskan dua elemen KI iaitu kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Kaedah kajian perpustakaan digunakan bagi menjelaskan pelaksanaan kursus TITAS di Universiti Malaya. Manakala kajian lapangan dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik kepada 120 pelajar bagi meninjau pencapaian KI mereka. Hasil analis data dihuraikan secara deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan dan kekerapan atau frekuensi. Kajian ini mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kaedah penilaian adalah signifikan dan memberi kesan yang positif kepada pencapaian yang diperoleh dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian KI. Pelajar tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Mereka juga kurang berminat untuk melaksanakan tugasan berbentuk laporan bertulis berbanding tugasan yang dilihat lebih menyeronokkan terutamanya melibatkan aktiviti luar kelas.
Description
Keywords
Kursus Tamadun Islam dan Asia (TITAS), strategi pembelajaran, kemahiran insaniah, pelajar