Publication:
Pensijilan Halal: Prosedur Dan Implementasi Di Indonesia

Loading...
Thumbnail Image

Date

2018

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Islam hadir untuk membimbing manusia supaya dapat memilih diantara perkara-perkara yang benar dan yang sia-sia, termasuk juga urusan halal dan haram berkaitan dengan makanan yang dimakan. Makanan adalah keperluan utama setiap manusia, namun apa-apa makanan yang perlu dimakan mestilah dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Dari aspek agama Islam, makanan yang aman adalah yang berasal dari bahan yang halal, caramemprosesnya yang baik, penyembelihan serta cara mendapatkannya juga perlu betul. Sebagai negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam, kerajaan Indonesia bertanggungjawab untuk mengekalkanproduk makanan halal. Ini dinyatakan dalam surat al-Maidah ayat 88,alMu'minunayat51,alBaqarahayat 172, 168 dan pelbagai hadis Nabi Muhammad SAW.Produkhalalmerupakanperkarapentingyang menjadi trend dan berkembang dalam keperluan pasaran kini. Ia memberi kesan dan mengubah simbol jaminankualitidanpilihangayahidup.MakalahinibertujuanuntukmenjelaskanbahawaIslamsangat mementingkan perkara berkaitan makanan yang halal dan baik (Halalan Thayyiban). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengajaran agama Islam tidak pernah berbeda dengan teori perubatan mana pun. Allah SWT telah menerangkan kebaikan kerana mengambil makanan yang halal, dan keburukan kerana mengambil yang haram. Untuk mempastikan produk itu halal, perlu melibatkan kerajaan dalam memantau pengeluar makanan dan pengurus pasaran, supaya mereka menjalankan beberapa ujian halal serta mendapatkan sijil halal sebelum menjual sebarang produk. Di Indonesia, terdapat beberapa tahapan untuk mendapatkan sijil halal, diantaranya adalah dengan menyerahan permohonan kepada LPPOM-MUI, proses audit dokumen, kajian lokasi, kajian hasil audit dan keputusan hasil permohonan.

Description

Keywords

pensijilan, sijil, halal, lppom-mui, halalan, toyyiban, prosedur

Citation