Publication: Faktor-Faktor Penyumbang Kadar Kelahiran Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia: Tinjauan Saranan Dari Al Quran Dan Al-Sunnah
Loading...
Date
2020-10-29
Authors
Ahmad Syukran Baharuddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Isu kelahiran anak tidak sah taraf masih belum selesai. Penyelesaian seharusnya dilihat dari akar umbi
selaras dengan pendekatan yang diterapkan oleh al-quran dan al-hadith. Artikel ini menganalisis faktor
penyumbang kepada kadar kelahiran anak tak sah taraf dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Kajian telah ini menganalisis faktor-faktor penyumbang kepada kelahiran anak tak sah taraf
menggunakan metodologi temu bual dan analisis dokumen. Secara keseluruhannya, terdapat tujuh tema utama faktor-faktor yang mempengaruhi bilangan kelahiran anak tak sah taraf antaranya ialah, faktor keluarga, agama, pendidikan, rakan sebaya, teknologi, perasaan semula jadi, dan pergaulan bebas. Dapatan kajian ini memperincikan sub-faktor bagi faktor-faktor utama yang seharusnya ditekankan dalam menangani permasalahan ini. Makalah ini kemudiannya mengutarakan solusi bagi faktor-faktor tersebut melalui al-quran dan al-sunnah. Kajian lanjutan perlu dilakukan menerusi pelbagai medium dan metodologi bagi mengisi beberapa kelompangan yang telah dijumpai semasa kajian ini dilakukan.
Description
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
Paper No. BM029
515-529
Keywords
Anak tak sah taraf,, Nasab,, Faktor,, Kelahiran,, Keluarga,, Islam