Publication: Analisis Manhaj Pengajaran dan Pembelajaran Qiraat: Suatu Sorotan Sejarah
Loading...
Date
2023-01-28
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Ilmu qiraat merupakan ilmu tentang cara-cara sebutan kalimah-kalimah al-Quran dengan perlaksanaan yang disepakati dan diperselisihkan bersandarkan sanad yang ṣaḥīḥ yang diriwayatkan oleh imam-imam qiraat merangkumi ḥadhaf, ithbāt, taḥrīk, taskīn, al-faṣl, al-waṣl dan seumpamanya dari aspek pendengaran. Perkembangan manhaj pengajian ilmu qiraat juga dilihat seiring dengan perkembangan multimedia dan faktor persekitaran seperti isu endemik baru-baru ini, namun masih terpelihara dalam tuntutan displin ilmunya. Namun begitu, kertas kerja ini hanya bertujuaan untuk mengkaji manhaj pengajaran dan pembelajaran Qiraat sejak era Rasullulah SAW hingga zaman pembukuannya. Kajian ini berbentuk kajian deskriptif dengan menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis kandungan dengan cara mengumpul data-data berkaitan dari kajian-kajian tinjauan melalui buku, artikel jurnal dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa manhaj pengajaran dan pembelajaran Qiraat yang dilaksanakan di zaman Rasulullah SAW dalam bentuk hafazan, talaqqī dan mushāfahah, tikrār, kefahaman serta syarahan. Bahkan pada zaman para sahabat RA sehingga ke sembilan hijrah manhaj ini semakin berkembang sehingga ke bentuk kitābah.
Description
E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara”
Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud
Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand
28 Januari 2023
Keywords
Qiraat, Manhaj, Pengajaran, Pembelajaran, Sejarah
Citation
Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/