Publication:
Pembelajaran Dalam Talian Pada Era Covid-19: Pengalaman Pelajar Kursus Metodologi Penyelidikan FPBU

Loading...
Thumbnail Image

Date

2021

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pengenalan- Masyarakat seluruh dunia menyaksikan satu perubahan drastik dalam cara hidup mereka sejak berlakunya penularan wabak COVID-19. Perubahan ini meliputi semua aspek kehidupan termasuklah sosial, ekonomi dan politik. Masyarakat terpaksa mengharungi norma kehidupan baharu bagi mengekang penularan pandemik ini. Bidang pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah mahu pun institusi pengajian tinggi turut terkesan dengan perubahan tersebut. Di Malaysia, para pendidik dan pelajar mula beralih daripada pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah dan bilik kuliah kepada norma baharu PdP dalam talian (online). Pelbagai platform digunakan untuk merealisasi sistem PdP seperti penggunaan Google Classroom, Telegram, Zoom, Microsoft dan sebagainya agar pelajar tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut mewajibkan pembelajaran atas talian selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi agar kaedah pembelajaran tersebut dilaksanakan secara berterusan sehingga Disember 2020. Bukanlah mudah untuk berubah kepada normal baharu kerana perubahan ini berlaku secara drastik. Objektif – Kajian ini cuba melihat perubahan ini dari kaca mata pelajar Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengetahui pandangan mereka tentang pembelajaran atas talian. Methodologi – Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah soal selidik dan hanya memilih sebahagian pelajar Tahun 3 yang mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan (MP) sebagai sampel kajian. Dapatan – Kajian awal mendapati kursus ini bukanlah mudah untuk dipelajari melalui dalam talian kerana memerlukan penerangan secara terus daripada pensyarah. Selain itu, pelajar juga kurang selesa mengikuti pembelajaran dalam talian kerana tidak dapat bersemuka dengan pensyarah untuk bertanyakan apa jua permasalahan yang dihadapi semasa melakukan tugasan Kepentingan –Kajian ini diharapkan dapat diambil perhatian oleh pihak berwajib untuk memastikan kaedah PdP sentiasa dalam keadaan yang selesa kepada pelajar dan memberi manfaat yang optimal dalam pembelajaran mereka.

Description

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia

Keywords

COVID-19, kursus Metodologi Penyelidikan, pembelajaran atas talian

Citation