Publication:
Sumber Status Hadis untuk Takhrij Hadis

Loading...
Thumbnail Image

Date

2023

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Penerbit USIM

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Penyataan status hadis merupakan salah satu elemen penting dalam takhrij hadis. Hal ini disebabkan perkara tersebut ada disebut dalam definisi takhrij hadis, iaitu ‘menunjukkan tempat hadis pada sumber asalnya yang mengeluarkannya dengan sanadnya serta ‘menjelaskan statusnya ketika diperlukan.’ Walaupun perkara tersebut tidak diwajibkan, namun penyataan tersebut, jika ingin dilakukan, perlu mengikut garis panduan tertentu agar tidak menyalahi metodologi ahli hadis dan menyebabkan matlamat takhrij tidak tercapai. Hal ini kerana penyataan status hadis bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dibuat sesuka hati. Meskipun kesahihan sesuatu hadis atau kedhaifannya boleh ditentukan melalui kriteriakriteria yang telah ditetapkan oleh para ulama dalam ilmu hadis, namun hanya ulama yang benar-benar pakar dalam ilmu hadis Sahaja yang layak melakukannya disebabkan penentuan status hadis bukanlah satu perkara yang serius. Pelbagai maklumat berkaitan perawi, cara periwayatan, tariq, lafaz, ‘illah dan sebagainya perlu diketahui secara mendalam sebelum dapat diputuskan. Justeru, orang yang melakukan takhrij hanya perlu penukilkan pandangan para ulama yang telah menentukan status hadis. Pandangan mereka boleh didapati dan dinukilkan dari pelbagai sumber. Kertas kerja ini cuba membincang tentang sumber tersebut, menganalisa jenis-jenisnya serta memberi panduan dalam penyataannya

Description

E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Penyunting Siti Rubaini Mat, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Anita Ismail 19 Disember 2023 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)

Keywords

takhrij hadis, status hadis, sumber status hadis.

Citation

Collections