Publication:
Meneroka Perspektif dalam Menangani Ektremisme di Malaysia Melalui Pendekatan Naratif Alternatif dan Media Digital

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pihak berkuasa secara berterusan telah menangani ekstremise melalui kaedah penguatkuasaan undang-undang dan langkah-langkah reaktif. Kertas kerja ini merungkai pelaksanaan kaedah dalam menangani ekstremisme melalui persepktif naratif alternatif sebagai wadah yang perlu digerakkan seiring pendekatan reaktif (seperti rehabilitasi esktremis dan penguatkuasaan undang-undang). Kaedah naratif alternatif perlu dilihat sebagai usaha proaktif agar ekstremisme dapat ditangani dengan lebih menyeluruh. Dapatan kajian ini berasaskan temu bual mendalam yang dijalankan dengan pelbagai pihak termasuklah pakar anti-ekstremisme, ilmuwan agama, pakar bahasa, pakar tasawuf, wakil Polis Diraja Malaysia, pempengaruh media sosial, pencipta kandungan, Menteri terdahulu di Jabatan Hal Ehwal Agama dan wakil pertubuhan bukan kerajaan. Gabungan pelbagai perspektif ini menyumbang kepada kefahaman menyeluruh tentang pendekatan dalam talian atau digital dan secara alternatif dalam menangani ekstremisme di Malaysia. Kajian ini menggunakan analisa tematik dan tema-tema utama dari dapatan kajian menunjukkan kepentingan klasifikasi audien, pendidikan dan kesedaran seiring dengan peranan media digital.

Description

E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Penyunting Siti Rubaini Mat, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Anita Ismail 19 Disember 2023 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)

Keywords

Media, Digital, Naratif, Alternatif, Ekstremisme.

Citation

Mat, S.R, Rahman, A.Ab, Abdulah, N. A, Ismail, A. (Eds.). (2023). In E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 (pp. 1–214). Penerbit USIM.

Collections