Publication: Budaya Hedonisme dalam Kalangan Remaja Muslim: Tinjauan Terhadap Pendidikan Akhlak dalam Islam Menurut Kitab Penawar bagi Hati Karya Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Artikel ini melihat budaya hedonisme yang menular dalam kalangan remaja Muslim di Malaysia dan langkah-langkah pendidikan akhlak menurut perspektif Islam. Artikel ini menjadikan kitab Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili sebagai panduan langkah-langkah pendidikan dan pentarbiahan akhlak bagi mendepani budaya hedonisme di dalam masyarakat Malasyia yang dilihat semakin membimbangkan. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen terhadap penulisanpenulisan para ulama turath dan kontemporari yang berkaitan, secara khususnya kitab Penawar Bagi Hati. Penulis mendapati bahawa budaya hedonisme yang dibawa masuk ke negara ini adalah mengikut acuan barat telah merosakkan nilai-nilai murni, adab serta budaya Masyarakat Melayu yang diwarisi sejak sekian lama. Pengawasan akhlak para remaja Muslim adalah sangat perlu dititiberatkan dengan jalan kembali kepada peninggalan keilmuan para ulama Islam melalui karya-karya mereka yang telah menggariskan kaedah-kaedah pendidikan dan pentarbiahan akhlak seorang Muslim. Antara contoh yang terbaik ialah kitab Penawar Bagi hati karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili yang telah mempersiapkan panduan serta metodologi yang perlu diikuti oleh masyarakat Melayu di rantau ini dalam mendepani apa jua aliran pemikiran serta budaya yang tidak selari dengan konsep akhlak Islam.
Description
E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Penyunting Siti Rubaini Mat, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Anita Ismail
19 Disember 2023
Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)
Keywords
Hedonisme, pendidikan akhlak, Syeikh Abdul Qadir al-Mandili.
Citation
Mat, S.R, Rahman, A.Ab, Abdulah, N. A, Ismail, A. (Eds.). (2023). In E-Prosiding SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 (pp. 1–214). Penerbit USIM.