Publication: Gamification In Islamic Education Based Onglobal Zakat Game: Bijak Zakat Version 1.0 (GZG)
Loading...
Date
2017
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Usuli Faqih Research Centre PLT
Abstract
Pendidikan secara fleksibel dapat ditingkatkan melalui inovasi yang dikenali sebagai gamifikasi atau gamification. Gamifikasi dalam pendidikan merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gamifikasi menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik dan interaktif. Menurut kajian daripada University of Mississippi, pelajar yang belajar matapelajaran sejarah melalui gamifikasi menunjukkan minat yang lebih tinggi dan penglibatan lebih aktif dalam matapelajaran tersebut. Satu inisiatif perlu dibentuk dalam kalangan mereka yang berkebolehan untuk membangunkan gamifikasi, dengan menerapkan nilai dan budaya tempatan supaya kaedah ini, di samping berjaya dijadikan alat P&P ia juga dapat memberi kefahaman masyarakat pelajar terhadap nilai budaya dan identiti negara. Objektif artikel ini ialah untuk memperkenalkan konsep gamifikasi dalam pendidikan Islam khususnya subjek zakat kepada masyarakat berasaskan produk Global Zakat Game. Ia juga turut menyentuh kepentingan gamifikasi sebagai alat pembelajaran dalam mewujudkan kefahaman Islam secara interaktif dan berkesan. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi dan temubual. Hasil kajian ini mendapati bahawa kaedah pembelajaran melalui gamifikasi ini terbukti memudahkan para pelajar dalam memahami Islam secara umum. Ia membantu para pelajar untuk mengingati maklumat dan pengetahuan berkaitan ilmu yang dipelajari dengan lebih mudah dan berkesan. Implikasi artikel ini boleh dijadikan rujukan kepada para guru dan pendidik dalam membentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui gamifikasi. Kajian lanjutan dapat dijalankan bagi mengenalpasti pendekatan gamifikasi yang lebih pelbagai dalam pendidikan khususnya melibatkan subjek pengajian Islam.
Description
Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies Volume: 6 No: 1 Page (1-9)
Keywords
Gamifikasi, pendidikan, zakat, interaktif, pembelajaran.
Citation
Ab Rahman, A., Hussin Ibrahim, I., Tengku Zainal Abidin, T. M., & Muhd Fauzi, A. A. (2018). GAMIFICATION IN ISLAMIC EDUCATION BASED ON GLOBAL ZAKAT GAME: BIJAK ZAKAT VERSION 1.0 (GZG): GAMIFIKASI DALAM PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN GLOBAL ZAKAT GAME: BIJAK ZAKAT VERSI 1.0 (GZG). Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 6(1), 1–9. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/53