Publication:
Elemen Pendidikan Manhaj Rabbani menggunakan Analisis Kajian Literatur Bersistematik (SLR)

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Konsep pendidikan manhaj rabbani merupakan ciri paling utama bagi Islam kerana ia merujuk kepada sifat pengabdian diri kepada tuhan, sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran al-Karim. Kajian ini memfokuskan kepada literatur berkaitan elemen pendidikan manhaj rabbani dalam kajian terdahulu dan mengintegrasikan penemuan kajian lepas bagi meneroka cadangan isu baharu untuk dikaji. Prosedur yang dijalankan adalah melalui Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) iaitu merangkumi strategi pencarian, kriteria pemilihan, proses pemilihan, pengumpulan data dan analisis data bagi karya ilmiah dan artikel yang diperolehi. Sebanyak 13 buah artikel dikenal pasti melalui kriteria yang ditetapkan iaitu tahun penerbitan terkini yang diambil bermula dari tahun 2016. Dapatan kajian menunjukkan elemen pendidikan manhaj Rabbani perlu disebar luaskan ke seluruh peringkat masyarakat dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat tertinggi, dari setiap agensi kerajaan dan bukan kerajaan, swasta mahupun secara persendirian. Elemen pendidikan rabbani diukur melalui peningkatan potensi dan kemahiran, pengaplikasian ilmu pengetahuan dan teknologi, pembinaan jiwa insan pendidik, pembudayaan amalan berguru dan pelaksanaan penyelidikan berterusan. Justeru, penyelidikan lanjutan diperlukan untuk meneliti secara empirikal bagi melihat keberkesanan elemen pendidikan manhaj Rabbani dapat dilaksanakan demi mengembalikan zaman kegemilangan Islam.

Description

Vol. 9 No. 1 (2022): Vol. 9 No. 1 (2022): The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS)

Keywords

Elemen, Pendidikan, Manhaj Rabbani, Analisis, Literatur

Citation

Din @ Mohamad Nasirudin, N., Mariam Abd Majid, Hamidun bin Husin, & Kamal Azmi Abd Rahman. (2022). Elemen Pendidikan Manhaj Rabbani menggunakan Analisis Kajian Literatur Bersistematik (SLR). The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 9(1), 15-30. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/180