Publication:
Interactive Models for Teaching and Learning of Hadith in the Covid-19 Pandemic Era

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ancaman pandemik COVID19 didapati telah mengubah cara kehidupan manusia secara global. Aspek konvensional terpaksa diubahsuai kepada satu kebiasaan baharu. Keadaan ini menjejaskan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Hadis di Universiti Awam (UA) yang lazimnya disampaikan secara tradisional yang mana diyakini dapat menjamin ketulenan dan kesempurnaan penyampaian ilmu daripada guru kepada murid. Namun, pasca COVID19 telah mengubah lanskap teknik penyampaian ilmu daripada kaedah bersemuka kepada kaedah pembelajaran dalam talian. Justeru, PdP Hadis pada masa kini perlu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang masih boleh dikatakan baharu dalam bidang pengajian yang bersifat tradisional. Dalam pada itu, pendekatan ICT telah digunakan secara meluas dalam pengajian moden kerana didapati boleh mempengaruhi minat khalayak yang sudah sedia tertarik kepada sebarang penggunaan teknologi. Namun begitu, didapati perkembangan ICT dalam penyampaian ilmu hadis masih tidak dapat diterima sepenuhnya oleh segelintir pendidik dalam korpus ilmu Islam berikutan keraguan mereka terhadap kemampuan ICT dalam menyampaikan ilmu. Teknologi pengajaran dalam talian telah berkembang dengan pesat walaupun masih terdapat banyak isu dan kekangan dalam pelaksanaannya. Kajian kualitatif ini mengumpulkan data kepustakaan dalam menjelaskan isu berkaitan. Justeru, dapatan kajian menjelaskan isu PdP yang berlaku secara tradisional serta pendekatan baru secara penggunaan teknologi. Cabaran dan kekangan pengajaran Hadis secara teknologi serta kaedah mengatasi keduanya turut dihuraikan. Pengalaman pengajaran ilmu bersifat amali dalam bidang lain dijadikan panduan dan pedoman dalam pengajaran ilmu hadis secara interaktif dalam talian dengan mengekalkan ciri khusus tradisional pengajian hadis. Beberapa model bersesuaian dicadangkan untuk diaplikasikan dalam PdP Hadis secara interaktif

Description

Keywords

PdP Hadis interaktif, aplikasi ICT dalam pengajaran, pengajaran hadis, PdP era COVID19

Citation

Syed Najihuddin Syed Hassan, Mohd Zohdi Mohd Amin, Siti Fatimah Mohd Tawil, & Fauziah Abdul Wahid. (2021). Interactive Models for Teaching and Learning of Hadith in the Covid-19 Pandemic Era. Jurnal Al-Sirat, 2(19), 16-23. Retrieved from https://ejournal.kuipsas.edu.my/index.php/qwefqwefq/article/view/150