Publication: Pembangunan dan Kebolehgunaan Applikasi E-I‘jāz dalam Pembelajaran Kosa Kata Arab
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Centre of Core Studies, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
Abstract
embelajaran interaktif berbantukan teknologi maklumat menjadi pilihan dan alternatif dalam sistem pembelajaran masa kini. Lebih-lebih lagi ketika global dalam tempoh peralihan pandemik yang melanda dunia. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa antara faktor penyumbang kepada pencapaian yang kurang memberangsangkan dalam kalangan pelajar bahasa Arab ialah kerana bahan sokongan yang kurang dan teknologi maklumat tidak dimanfaatkan secara optimum dalam pembelajaran. Sebagai usaha untuk menyumbang kepada penyelesaian masalah berkenaan, aplikasi E-I‘jāz direka bentuk dan dibangunkan dengan menjadikan kosa kata dari al-Quran sebagai teras modul. Model ADDIE yang sistematik, lengkap dan terarah dijadikan sebagai landasan untuk membangunkan E-I‘jāz. Modul yang dibina melalui setiap fasa pembinaan iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Untuk menilai kebolehgunaan E-I‘jāz, soal selidik telah dilaksanakan terhadap 24 orang responden setelah mereka didedahkan kepada pembelajaran interaktif menggunakan E-I‘jāz sepanjang satu semester pengajian. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi setiap konstruk adalah tinggi. Responden memberikan tindak balas yang positif terhadap persembahan, isi kandungan, persembahan bahasa dan penerimaan terhadap E-I‘jāz. Ini menunjukkan bahawa aplikasi yang dibangunkan ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Implikasi kajian ini menyumbang kepada keperluan membangunkan modul pedagogi berteraskan ICT yang boleh menjadi rujukan kepada pelajar, guru bahasa dan pemegang taruh dalam meningkatkan kompetensi pelajar bahasa Arab di Malaysia.
Description
Vol. 10, No. 1
Keywords
e-learning; vocabulary mastery; interactive learning; E-I‘jāz; IR4.0
Citation
Hussin, M., Othman , M. S. ., Ismail, M. Z. ., & Mohd Nathir , K. A. . (2023). Pembangunan dan Kebolehgunaan Applikasi E-I‘jāz Dalam Pembelajaran Kosa Kata Arab: Development and Applicability of E-I‘jāz Application in Arabic Vocabulary Learning. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 10(1), 57-70. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/252