Publication: Pembinaan, Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Kaunseling Kelompok berdasarkan Teknik Surah Lukman (Ayat 12 hingga 19) terhadap Murid Sekolah Menengah
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Malaysia Pahang Publishing
Abstract
Kaunseling kelompok merupakan proses penting dalam program bimbingan perubahan tingkah laku. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan Modul Kaunseling Kelompok Berdasarkan Teknik Surah Lukman (ayat 12 hingga 19) Terhadap Murid Sekolah Menengah. Modul ini mengandungi 8 komponen utama iaitu konsep bersyukur, kemantapan akidah, nasihat secara berhikmah, penjelasan tentang ganjaran pahala dan dosa, bimbingan menunaikan solat, larangan bertingkah laku sombong dan membangga diri, cara berjalan, dan sentiasa mengingati tentang pengakhiran hidup. Melalui lapan aspek hikmah ini dibangunkan lapan aktiviti utama yang merangkumi elemen ibadah, akidah dan akhlak untuk membantu murid membuat perubahan tingkah laku positif. Pembangunan modul ini yang menggabungkan pelbagai bidang teras utama ilmu psikologi, kaunseling, dan agama dapat meningkatkan profesional perkhidmatan kaunseling di Malaysia bagi membantu murid sekolah membuat perubahan tingkah laku positif. Kesahan modul ini dijalankan oleh 10 orang pakar dalam pelbagai bidang kaunseling dan psikologi pendidikan. Modul ini telah diuji terhadap 30 orang murid sekolah menengah dalam tempoh dua bulan secara berturut-turut. Hasil maklum balas daripada pakar penilai, modul ini sesuai digunakan terhadap sampel murid. Keberkesanan modul ini terhadap murid telah dinilai melalui data koheran biomaklumbalas untuk melihat kesan perubahan hati yang dilakukan oleh murid setelah melalui aktiviti dalam modul ini.
Description
VOLUME 8 NO. 2
Keywords
Module reliability, Group counselling, Surah Lukman, Secondary school